View: 2490|Reply: 10
|
Anak Nak Kurung Kru Kapal Selam Kri Nanggala Sebelum Pergi Kerja
[Copy link]
|
|
Sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki ingin mengurung bapanya di dalam bilik kerana enggan membenarkan lelaki itu pergi ke kerja menjadi tular dalam media sosial.
Hal ini kerana, lelaki dalam video tersebut adalah Imam Adi yang merupakan seorang daripada anak kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang dan tenggelam di perairan Bali.
Lapor Kompas.com, video itu dirakam oleh isteri Imam sebelum dia berlayar menaiki KRI Nanggala-402.
Bapa Imam, Edy Sujainto berkata, cucunya yang berusia dua tahun setengah itu seolah-olah tahu insiden buruk akan berlaku pada bapanya.
“Kebiasaannya, cucu saya memahami bapanya akan pergi belayar, namun baru-baru ini, dia seolah-olah tidak mahu melepaskan Imam dan ingin mengurung bapanya di dalam bilik.
“Cucu saya beritahu dia tidak mahu bapanya pergi kerja dan hanya duduk di rumah,” katanya.
Namun, Edy hanya menganggap tingkah laku cucunya itu sebagai kebetulan sahaja dan masih berharap anaknya ditemukan selamat.
Sumber: Utusan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siannya lahai...kecik2 dah yatim. Moga Allah permudahkan hidupmu anak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.. tapikan bila tiba anak i meragam buat perangai nangis tak benti.. mesti mak i tak bagi i gerak balik rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa sekolah rendah dulu pernah tgk drama indon, ayahnya pegawai tentera laut meninggal semasa bertugas dan pengebumian dilakukan dengan penuh adat istiadat tentera. Kat rtm.
|
|
|
|
|
|
|
|
mawarika: Kesiannya.. tapikan bila tiba anak i meragam buat perangai nangis tak benti.. mesti mak i tak bagi i gerak balik rumah.
Sebab tu u panjang umur??? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah dari Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Namun, Edy hanya menganggap tingkah laku cucunya itu sebagai kebetulan sahaja dan masih berharap anaknya ditemukan selamat.
Dan di Malaysia, setiap kali kemalangan akan tanya ade x mangsa berkelakuan pelik. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih tgk video ni kat ig. Allahu..moga keluarga2 arwah kuat dan tabah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih. Tak dapat bayang macam mana cemasnya kru2 tu semua masa tenggelam tu |
|
|
|
|
|
|
|
bila mati tragis dan dan la keluar cerita pelik2. sama saja perangai indon ngn melayu |
|
|
|
|
|
|
| |
|