CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khai Bahar Kekok Dengan Riena Diana

26-4-2021 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3737| Komen: 7

Description: Penyanyi, Khai Bahar mendedahkan dirinya rasa kekok untuk melakonkan adegan bercinta dengan rakan pelakon, Riena Diana menerusi drama sulung mereka, Kisah Cinta Rumi.
Penyanyi, Khai Bahar mendedahkan dirinya rasa kekok untuk melakonkan adegan bercinta dengan rakan pelakon, Riena Diana menerusi drama sulung mereka, Kisah Cinta Rumi.

Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin menjelaskan, gara-gara situasti tersebut, dia terpaksa mengambil masa untuk mendalami karakter heroinnya itu sebelum selesa beraksi bersama di hadapan lensa kamera.

Foto: IG

“Memang kekok kerana saya tidak kenal karakter Riena sebelum ini, namun kerana drama ini mengandingkan kami sebagai pasangan bercinta, jadi ‘kimia’ itu harus diwujudkan.

“Saya juga bersyukur kerana Riena memudahkan kerja dan membuatkan saya selesa.

“Sikapnya yang ceria dan ‘gila-gila’ menjadikan kami lebih mudah untuk membangkitkan kemesraan. Terhibur saya dengan keletah spontannya, yang mana Riena sendiri popular selepas dramanya yang berjudul Kampung People.

“Ada sesetengah pelakon, yang membangkitkan rasa bercinta dengan melakukan rutin pasangan yang sedang bahagia. Namun, saya menyekatkan perkara itu di set penggambaran saja dan tidak lebih daripada itu,” katanya kepada MH.

Penyanyi Luluh ini berkata demikian ditemui di majlis pelancaran Zikir Damba Ketenangan di Hotel The Pearl, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Terdahulu, Zikir Damba Ketenangan memuatkan lima zikir dan satu lagu penuh berjudul Perpisahan ciptaan sepenuhnya Rudy Nastia, Shamin Nazri dan Adi Pawana.

Album ini diterbitkan oleh 17 Eleven Music diibaratkan sebagai hadiah buat mereka yang sudah lama menantikan Khai muncul dengan lagu ketuhanan dan zikir.


“Sebelum ini menyanyikan lagu bahasa Melayu, tidak ada masalah tetapi apabila membabitkan sebutan perkataan Arab, memang ambil masa juga nak rakam. Tanda bacaan kena betul.

“Album ini saya dan Dr Azrul sudah rancang lama di mana memang nak keluarkan pada bulan Ramadan. Alhamdulilah, tahun ini terlaksana jugai,” katanya lagi. -CARI

Sumber: IG

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-4-2021 03:28 PM
Cuba bagi jantan dekat khairina, pasti tak kekok. Malas ada keserasian
Quote LadyCarefree 26-4-2021 05:06 PM
Riena ni agak annoying iols block dah semua ig yg iols nampak ada post pasal video dia kat hotfm ke apa tu sesama mark adam. Trying too hard gitu.
Quote NataliaLuiz 26-4-2021 11:47 PM
Dah lama tak tengok drama melayu, tv3 semua tu. Tak kuasa la iols. Lantak kome la serasi ke tak.
Quote hangdenim 27-4-2021 12:07 AM
LadyCarefree replied at 26-4-2021 05:06 PM
Riena ni agak annoying iols block dah semua ig yg iols nampak ada post pasal video dia kat hotfm ke  ...

Eeeee sama lah. Yang dia acah2 belajar nyanyi lagu bellayochicken dgn mark adam tu pun, perlu ke nyah? Content syok sendiri sangat
Quote anony-mous 27-4-2021 02:46 AM
LadyCarefree replied at 26-4-2021 05:06 PM
Riena ni agak annoying iols block dah semua ig yg iols nampak ada post pasal video dia kat hotfm ke  ...

Mmg nmpk sgt too hard. Hun haqeem yg lazat tu pon lek2 je lepas habis kg people. Lina pompom pon aman2 jah. RD ni mcm lg gedik in real life compare watak lailer
Quote LadyCarefree 27-4-2021 06:52 PM
NataliaLuiz replied at 26-4-2021 10:47 PM
Dah lama tak tengok drama melayu, tv3 semua tu. Tak kuasa la iols. Lantak kome la serasi ke tak.

iols lg lah xpernah tngok. Kalau ada gosip bagus sini ada tepek clip baru tengok
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 09:40 PM
LadyCarefree replied at 27-4-2021 06:52 PM
iols lg lah xpernah tngok. Kalau ada gosip bagus sini ada tepek clip baru tengok

Kan sis..lagi2 bila instafemes berlakon aduii. Lagi la tak kenal..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.577194 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top