CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hilang Deria Bau Dan Sukar Bernafas, Sweet Qismina Positif Covid-19

22-4-2021 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4469| Komen: 10

Pelakon Sweet Qismina mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) pada Selasa.

Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 24, berkata dia mula berasa tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.


Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Instagram, pihak pengurusan Warner Music Malaysia memaklumkan Sweet kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.



"Sweet berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran berasa tidak sihat dan mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi masih belum pulih dan sukar bernafas.

"Sweet membuat ujian calitan di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya adalah positif. Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan buat saringan PCR dan keputusan positif.

"Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Sweet tiada sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau," kata syarikat pengurusan Warner Music Malaysia.

Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.

Foto: IG

"Sweet ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Kuala Kangsar kerana menjaga Sweet dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh.

"Doakan semoga Sweet cepat sembuh daripada Covid-19 ini," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 22-4-2021 10:12 AM
semoga cepat sembuh sweet
Quote AshkieLa 22-4-2021 11:11 AM
syafakillah...

haritu kes bising2 tak larat pusing sekolah nak return buku SPBT adik dia kan...
pastu kes abang dia takleh pi indon tengok bini...
so semoga mendapat pengajaran yang bermakna disitu....
Quote MontanaHannah 22-4-2021 11:29 AM
cikgu cikgu metsi suka dengan berita ni
Quote beatgirlX 22-4-2021 02:33 PM
Makin kurus la diaa..
Tapi produksi tu kena la semua buat swab test...sb dia kena time penggambaran
Quote Sham143 24-4-2021 06:45 AM
Wah, Best la nama dia, Sweet Qismina..Unik. Kena la rupa dia pun sweet..
Quote supernaturalee 25-4-2021 03:21 AM
beatgirlX replied at 22-4-2021 02:33 PM
Makin kurus la diaa..
Tapi produksi tu kena la semua buat swab test...sb dia kena time penggambaran

Produksi aida aris ni mmg tgh break sbb ni
Beberapa pelakon dan crew positif
The rest yg negatif tgh quarantine kt fasiliti kkm di perak

Gitu melaporkan
Quote anony-mous 25-4-2021 05:08 AM
Lebih low dari basic muka sheol dlm gmbar tu. Mira basic tu kurang2 comel jugak
Quote lilydandelion77 25-4-2021 05:35 AM
Sorry Sweet. Panggilan Sweet, Sweetie patutnya hanya panggilan manja among family members stays in that circle saja..
Bila buat jadi Nama glam..iols tak boleh digest. Yang a lot of mix pun Nama Juliana, Diana, Sofia, Ramona je. Tapi ni Sweet?!

Qismina tu lebih sesuai. Tersangat sesuai dengan sheols. Anyways, semoga cepat sembuh ye Qismina.

Quote Cece1234 25-4-2021 08:08 AM
Get well soon..
Quote gucci_advocate 25-4-2021 08:59 AM
Sepatutnya bila dia tak sihat, tak patut pergi shooting...nanti jangkit penyakit pada crew lain..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.112110 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top