CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Sahaja Akalnya, Guna Kucing Seludup Dadah Ke Dalam Penjara

21-4-2021 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2602| Komen: 10

Description: Panama City: Pelbagai taktik digunakan sindiket penyeludupan dadah untuk menyeludup bahan terlarang itu ke dalam penjara di Panama.
Panama City: Pelbagai taktik digunakan sindiket penyeludupan dadah untuk menyeludup bahan terlarang itu ke dalam penjara di Panama.

Selepas taktik menggunakan dron sebelum ini tidak berjaya, kini penyeludup cuba menggunakan kucing untuk membawa bahan terlarang itu.


Pihak berkuasa Penjara Nueva Esperanza berkata, mereka menangkap seekor kucing selepas ia dilihat membawa sesuatu mencurigakan di kawasan luar penjara.

Menurut satu laporan, dadah berkenaan diisi dalam plastik dan diikat pada bahagian bawah perut haiwan itu.


Kredit foto: Harian Metro


Antara dadah yang ditemui adalah kokain dan ganja, lapor Daily Star yang memetika laporan media tempatan negara itu.


"Kucing berkenaan akan dipakaikan beg khas yang diisi dadah di dalamnya. Kami menemui serbuk putih dan daun," kata Ketua Sistem Penjara Panama Andres Gutierrez.

Namun, ia bukan pertama kali haiwan digunakan untuk menyeludup masuk dadah ke dalam penjara.

Pengawal penjara sebelum ini melaporkan penjenayah menggunakan burung merpati untuk menghantar dadah kepada tahanan dipenjara berkenaan.

Penjara itu kini menempatkan 1,700 tahanan.

Kes ini mendapat perhatian serius sehingga Pendakwa Raya Narkotik Colon, Eduardo Rodriguez bertanggungjawab menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan.

Pengumuman mengenai kes itu dibuat pejabat Pendakwa Raya itu di Twitter.

Pendedahan kes itu turut mencuit hati ramai pihak apabila pihak berkuasa turut menyiarkan gambar dadah dan kucing berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 21-4-2021 03:49 PM
alangkan roket dlm vontot pun sanggup

apa laaa sgt kucing ni

org kalo dah gian
Quote AyaqMeloSuam 21-4-2021 04:02 PM
Marah betul muka cik cing !!! Tgamak korg menjadikn beliau keldai dadah.. hanatt.. ! Dia kucin.. bukan keldai !!
Quote matchstick 21-4-2021 04:10 PM
Nmpk sedih je muka kucing tu kena kurung..beliau tak bersalah
Quote makcun14 21-4-2021 08:00 PM
Dari komen sini dapat la buat kesimpulan ummah porum malaysia pencinta kucing. Kalau yang dijadikan keldai tu anjing mesti takde kisah
Quote gideoncross 21-4-2021 09:18 PM
matchstick replied at 21-4-2021 04:10 PM
Nmpk sedih je muka kucing tu kena kurung..beliau tak bersalah

Khuenst, pkai kucing plak dorg ni, xguna tol.
Quote ipes2 22-4-2021 12:53 AM
thread dah ada puan @admin6
Quote mejaputih 22-4-2021 08:39 AM
ipes2 replied at 22-4-2021 12:53 AM
thread dah ada puan @admin6

tp thread sana takde gambo kucing tu dlm cage...comelnyaaa...muka sayu je
Quote tipah89 22-4-2021 10:19 AM
bukan keldai dadah da ni, tapi kucing dadah.. kesian cik meow xmemasal terjebak.
Quote City 22-4-2021 01:26 PM
Semoga tucing tak berakhir di tali gantung!
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 12:28 PM
Kesiannnyaa meowww

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.074863 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top