CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Idayu Masih Belum Dapat Peluk Anak Selepas Bersalin

21-4-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4493| Komen: 13

Di sebalik keterujaan penyanyi, Idayu Yaakob, 35, melahirkan cahaya mata pertama, namun diuji apabila bayinya berdepan komplikasi ketika dilahirkan.

Idayu selamat melahirkan bayi yang diberi nama Aryan Rifai di sebuah pusat perubatan di ibu kota, Jumaat lalu. Namun, sehingga kini, belum dapat bersama dengan anak sepenuhnya.

Katanya, dia sepatutnya melahirkan anak sulungnya itu secara normal, namun terpaksa melalui pembedahan selepas Aryan mengalami kekurangan oksigen akibat kepala tersangkut pada tali pusat.


Foto: Via Berita Harian

"Satu kepuasan sudah diperoleh selepas melahirkan Aryan. Apatah lagi, saya dan suami sudah tujuh tahun menanti kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga kami.


"Keadaan Aryan semakin baik apabila kuningnya sudah nampak beransur sedikit. Aryan juga sudah dipindah ke wad biasa daripada dari Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Saya mohon orang ramai dapat mendoakan anak saya. Sehingga kini, saya perlu pendam hasrat memeluknya dengan erat," katanya kepada BH Online.

Sebagai ibu, Idayu berkata, perasaan resah dan bimbang tidak mampu disembunyikan dengan situasi melanda anaknya.

"Saya tidak senang duduk melihat keadaan bayi. Walaupun saya sendiri baru bersalin, tetapi risau sangat. Saya berharap anak Aryan kuat.

"Selepas Aryan dilahirkan, doktor memasang oksigen. Saya juga dibius penuh pada saat mahu melahirkannya.

"Saya hanya dapat menyentuhnya sesekali saat melawat di ICU. Itupun tidak boleh selalu.

"Doktor nasihatkan saya jangan terlalu kerap melawat Aryan, bimbang sakit kuningnya lambat sembuh. Anak saya kena pulih sendiri supaya boleh cepat keluar hospital," katanya.


Foto: Via Berita Harian

Juara program realiti AF Megastar 2017 itu turut berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anaknya itu dalam laman Instagram (IG) miliknya, semalam.

Idayu atau nama sebenarnya, Nur Farah Idayu Yaakob mendirikan rumah tangga dengan Shahrul Fadzil pada Mei 2014. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 21-4-2021 01:26 PM
"Doktor nasihatkan saya jangan terlalu kerap melawat Aryan, bimbang sakit kuningnya lambat sembuh. Anak saya kena pulih sendiri supaya boleh cepat keluar hospital," katanya."

Ada fakta tak kuning lambat sembuh bila maknya kerap p tgk? Malah kerap kita susukan which is kena sentiasa berdamping dgn anak nilah baru kuning boleh hilanh. Setahu sy kuning ni disebabkan oleh organ baby yg belum matang...mungkin jgk idayu salah dgr org misscomunication dgn doc
Quote nazzse 21-4-2021 01:33 PM
Apa kaitan mak tengok baby dgn kuning?
First time aku dengar ni.

Mak tak boleh kerap melawat sbb nak suruh mak berehat, caesar kot, bukan normal. Tak pasal bentan plak
Quote sayawifenikmie 21-4-2021 02:03 PM

.... saya lebih bimbangkan bab kekurangan oksigen tu .... kekurangan oksigenboleh menyebabkan kerosakan otak juga .. moga segalanya selamat buat baby Idayu ..... Insyaallah.
Quote Ciktiekus 21-4-2021 05:07 PM
darkness: "Doktor nasihatkan saya jangan terlalu kerap melawat Aryan, bimbang sakit kuningnya lambat sembuh. Anak saya kena pulih sendiri supaya boleh cepat k ...


Kann..kalau spital gomen lagi kerap die suruh bf kalau nak turun cepat kunin tu..
Quote hareeeesah 21-4-2021 06:53 PM
Ciktiekus: Kann..kalau spital gomen lagi kerap die suruh bf kalau nak turun cepat kunin tu..


Aku husnuzon doc mungkin suruh balik pam susu banyak  jangan depress nanti flow susu tak cantik ahhaha gitu aku husnuzon sebab still puasa hahah
Quote mijot 21-4-2021 07:15 PM
Edited by mijot at 21-4-2021 07:16 PM

pestime dengar tak bagi lawat baby masa kuning...
doktor lg galakkan brestfeed...lg byk baby  minum susu, lg byk dia kencing berak, lg cepet kuning turun...ke sebab covid, doktor tak galakkan keluar masuk hospital dgn kerap...
Quote fairy_fairy 21-4-2021 07:44 PM
Teringat dulu my friend. Masa mengandungkan anak pertama, naluri hati sheols kuat untuk buat czer. Tak nak beranak biasa biarpun her doctor cakap dia fit nak beranak biasa. Tapi my friend bolayan, tetap juga nak czer. Masa surgery tu, rupa-rupanya leher baby sheols dah terbelit dengan tali pusat. Syukur sangat sheols ikut gerak hati nak czer kalau tak memang baby akan ada komplikasi.
Quote miminn 22-4-2021 10:27 AM
maybe idayu cakap lain tapi reporter tulis lain. nasihat doctor jangan selalu lawat anak tu takut infection dari luar kot?
Quote Lailerthee 22-4-2021 10:40 AM
I syak doc risau infection dr luar ye laa dia da blek rumah nanti dtg tgok baby bawak kuman dr luar ke apa ke kan
Quote Budakmomok 22-4-2021 10:45 AM
semoga baby cepat sembuh
Quote fcl29 22-4-2021 11:11 PM
aku masa baby kuning.. aku pilih utk warded skali, senang nk bf anak.. x sanggup nk ulang alik n berjauhan dgn anak.. hujung tahun lepas, so merasa la kene swab test kali kedua.. huhu

semoga baby idayu cepat sembuh!
Quote jijioaynna 23-4-2021 11:18 AM
fairy_fairy replied at 21-4-2021 07:44 PM
Teringat dulu my friend. Masa mengandungkan anak pertama, naluri hati sheols kuat untuk buat czer. T ...

Doc kwn u tu x scan tgk keadaan bby ke?..ker doc xdpt kesan tali pst bby tbelit mse scan?..
Quote red_velvet 23-4-2021 11:27 AM
fairy_fairy replied at 21-4-2021 07:44 PM
Teringat dulu my friend. Masa mengandungkan anak pertama, naluri hati sheols kuat untuk buat czer. T ...

Same dgn meols.. dah buka 4cm n dah start contraction kerap.. doc suggest bersalin normal je.. tapi aku berkeras nak czer jugak..sebab aku high risk pregnancy ..n bersalin kali ni memang doc suggest ikat..anak sebelumnya aku bleeding 1.2L... so nak bleeding utk kelahiran seterusnya mmg besar kemungkinan. Time czer betul sungguh aku bleeding lagi... 1.8L darah aku membuak keluar.. lepas tu uri pulak lekat... Macam ayam aku digodek2 waktu tu. Mujur bius sepatuh.. cum nampak la muka pakar bius serious.n btul2 care kat aku... Asyik tanya ada nak muntah tak. Ade pening tak.. siap suruh aku selawat n mengucap ko.. kalau bersalin normal tak taulah camana dengan uri lekat n bleeding tu.. nauzubillah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038922 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top