CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buka Kedai Minuman Macam Shuib, Shuk Sahar Dituduh Sengaja Tiru Bisnes

21-4-2021 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3467| Komen: 9

Description: Dikecam dan dicemuh selepas terpalit dengan kontroversi berlaku curang malah hilang mata pencarian sebagai seorang penyampai radio, pelawak Shuk Sahar kini bangkit memulihkan semangat dengan menceburi ...
Dikecam dan dicemuh selepas terpalit dengan kontroversi berlaku curang malah hilang mata pencarian sebagai seorang penyampai radio, pelawak Shuk Sahar kini bangkit memulihkan semangat dengan menceburi bidang perniagaan.


Biarpun didakwa meniru konsep kedai minuman pelawak Shuib, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar mengakui dia menjadikan rakannya itu sebagai inspirasi utama.

Bagaimanapun, pelawak dan pengacara berusia 35 tahun ini menjelaskan Shuib juga banyak berkongsi ilmu dan nasihat tentang dunia perniagaan.


Foto: mStar

"Saya tahu, mungkin akan ada yang kata pembukaan jenama ini seakan-akan meniru kedai minuman yang diusahakan oleh Shuib yang kini sudah popular.


"Terus-terang, saya sendiri memang ada bertanya dan meminta tip perniagaan daripadanya tapi tidaklah meniru. Sebagai seorang sahabat, Shuib memang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya.

"Malah, dia juga ada memberi sedikit sebanyak nasihat kepada saya yang masih baharu dalam dunia perniagaan ini," kata Shuk kepada mStar.

Shuk berkongsi perkara tersebut ketika sesi ramah mesra bersama media di Semooth Cafe yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shuk turut berkongsi antara pesanan yang Shuib berikan padanya adalah jangan mudah mengalah kerana dunia perniagaan mempunyai risiko dan hanya yang berani mencuba sahaja akan terus maju ke hadapan.

"Dia kata jangan mengaku kalah, terus jalan ke hadapan bila sudah jejak kaki dalam dunia perniagaan ini. Daripada fikir sahaja tapi tidak buat dan mencuba, kita tak akan dapat apa-apa.

Salah seorang pemenang yang bertuah dapat tajaan makan dan minum di kafe Shuk seumur hidup.

"Ternyata dia memang idola saya. InsyaAllah, kalau ada rezeki, saya nak giatkan lagi latihan dan nk ikut jejak langkah dia. Sasaran saya, nak buka enam lagi cawangan Semooth Cafe selepas ini. Doakan ya," ujarnya.

Selain itu, kata Shuk, sempena pembukaan kafe tersebut, dia juga berhasrat menaja lima individu bertuah untuk makan dan minum di kafenya seumur hidup.

"Sebagai seorang yang pernah juga kehilangan kerja dan kena bermula semula daripada bawah, saya faham benar perasaan orang yang tidak punya kemampuan.

"Mungkin usaha ini tidaklah seberapa, tetapi sekurang-kurangnya rezeki yang ada dikongsi bersama dengan cara saya tersendiri," katanya.


Foto: mStar

Pada 18 Februari lalu, stesen radio Hot FM mengumumkan penamatan kontrak Shuk sebagai penyampai Geng Pagi Hot selepas mendapati pelawak itu bersalah dalam krisis rumah tangga dan kes curangnya dengan isteri.

Menerusi laporan mStar pada 6 April lalu, Shuk mengakui pendapatannya utamanya terjejas selepas tidak lagi bekerja sebagai penyampai radio. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BicaraHatiku 21-4-2021 11:17 AM
Org letak warna kuning ko pun nk ikut jugak...
Quote imransulaiman 21-4-2021 11:19 AM
Rezeki masing-masing.. Kalau aku pun ada modal, aku akan buat bisnes yang meniru secara positif..
Dato CT cakap minuman dia ni sedap... {:hooray

*bukan karat shuk....sekian {:thief
Quote ninnamina 21-4-2021 11:29 AM
Semooth cafe {:question
Quote Nurul_007 21-4-2021 11:32 AM
Rezeki masing2 kan.macam warong jual nasi lemak satu tempat ada 2-3 kedai sama saja semua mana yang sedap itu yang jadi pilihan
Quote uori 21-4-2021 11:40 AM
semooth tu semut ke apa?
Quote beloomberk 21-4-2021 12:29 PM
uori replied at 21-4-2021 03:40 AM
semooth tu semut ke apa?

Mgkin semut menandakan manis.. Or smoothie yg dieja nk nmpk hipster..
Quote mohdcrow 21-4-2021 12:36 PM
Kalau tak inform camni orang tak tau la ko dah bukak kedai kan?

Quote HoneyManjer 21-4-2021 12:38 PM
lahhai....kesian la sama kat org tu....
Quote LadyCarefree 21-4-2021 12:46 PM
imransulaiman: Rezeki masing-masing.. Kalau aku pun ada modal, aku akan buat bisnes yang meniru secara positif..Dato CT cakap minuman dia ni sedap... {:hooray*bukan  ...


CT ke retis ke memamg puji je manjang

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.054413 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top