CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangan Anak Berdarah Jarum Suntikan Dicabut, lelaki Tampar & Tendang Jururawat

20-4-2021 05:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4289| Komen: 11

Gara-gara melihat tangan anak berdarah ketika jarum suntikan dicabut, seorang lelaki bertindak membelasah jururawat di Hospital Siloam Sriwijaya. 

Lapor Kompas.com, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dikenali sebagai JT dipercayai menampar dan menendang mangsa sehingga tersungkur. 


Mangsa mengalami luka dan lebam di bahagian muka selepas diserang.  


Tangan Anak Berdarah Jarum Suntikan Dicabut, lelaki Tampar & Tendang Jururawat


Ketua Sub-Bahagian Polis Palembang, M Abdullah berkata, JT ditahan di rumahnya di bandar Kayuagung, Jumaat lalu dan dibawa di Ibu Pejabat Polis Palembang untuk disoal siasat. 

“Dalam kejadian itu, suspek ingin mengambil anaknya yang sudah selesai menjalani rawatan. Namun, tidak semena-mena melihat keadaan anaknya yang berdarah selepas jururawat mengeluarkan jarum. Suspek kemudian meminta jururawat itu memeriksa keadaan anak lelakinya. 


“Jururawat itu kemudian membawa beberapa jururawat lain dan belum sempat meminta maaf, dia terus ditampar suspek. Lelaki itu malah meminta mangsa sujud untuk meminta maaf,” jelasnya. 

Suspek didakwa berdasarkan Artikel 351 Undang-Undang Jenayah berhubung penganiayaan

serta berdepan hukuman penjara selama dua tahun. 

Sementara itu, Pengarah hospital swasta tersebut, Bona Fernando berkata, jururawat itu mengambil tindakan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 20-4-2021 06:52 AM
Lah indon kaaaa
Quote darkness 20-4-2021 06:54 AM
Belum tau lagi pasal apa tangan anak berdarah, dah terajang org. Akal...
Quote sarah82 20-4-2021 07:08 AM
Rasa mcm dah baca.
Quote tipah89 20-4-2021 10:22 AM
ingat kat sini. indon rupanya
Quote gideoncross 20-4-2021 12:15 PM
Dh nma nya lpas injection, mmg lh ada brdarah sikit, tu pun x thu. Bodoh nk mmpus.
Quote batmana 20-4-2021 01:51 PM
tgn ank pn berdarah psl dktor pelatih tk pndai cari urat, baby lak tu, belum setahun, tkdela plak aku terajang doktor tu..

harap jgnla jadi baran
Quote Artemesiaa 20-4-2021 03:57 PM
Baran betul bapanya
Quote ninja9 20-4-2021 04:02 PM
Memang satu kesalahan kalau jarum orang keluar darah?
Quote shernazz 20-4-2021 04:46 PM
Dia ingat dia parameswara ka?
Quote Supersirap 21-4-2021 11:35 PM
Jangan lah buat tindakan yang kelak memakan diri sendiri, sekarang siapa yang susah?
Quote supernaturalee 22-4-2021 02:35 AM
Ke dlm kang ko plk yg dicucuk kt bontot


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.226874 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top