CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suntikan vaksin Pfizer mungkin perlu dos ketiga - Ketua Pengarah Operasi Pfizer

19-4-2021 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12705| Komen: 106



WASHINGTON: Suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 mungkin diperlukan dalam tempoh setahun selepas menjalani inokulasi.

Ketua Pengarah Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata vaksinasi tahunan untuk melawan coronavirus juga mungkin diperlukan.

"Kami perlu melihat apa langkah seterusnya dan bila tiba masanya, kita akan tahu apa yang perlu dilakukan.

"Senario yang ada sekarang menunjukkan kemungkinan dos ketiga diperlukan antara antara enam hingga 12 bulan selepas dos terakhir."

Malah, vaksinasi bagi COVID-19 juga mungkin perlu dilakukan setiap tahun kerana adalah penting untuk memastikan ramai orang rentan virus itu," katanya dalam temubual bersama CNBC.


Saintis ketika ini masih belum pasti, sejauh mana vaksin COVID-19 memberi ketahanan menentang coronavirus.

Pfizer pada awal bulan ini menerbitkan satu kajian mengatakan suntikan vaksin itu berkesan sehingga 91 peratus untuk melindungi daripada virus.

Ia juga lebih 95 peratus berkesan mengatasi komplikasi teruk akibat COVID-19 sehingga enam bulan selepas suntikan kedua dilakukan, namun perlu dikaji lebih lanjut.

Vaksin Pfizer, yang dibangunkan dengan kerjasama BioNTech, ketika ini memainkan peranan utama dalam kempen vaksinasi di AS dan Eropah.

Syarikat farmaseutikal gergasi itu pada Februari lalu mengumumkan, mereka sedang menguji dos ketiga vaksin itu menambah keberkesanan melawan varian baharu. - AFP


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 19-4-2021 04:11 PM
Ini semua kerana mahu untung
Quote Kurex 19-4-2021 04:13 PM
Makin lama makin tak caya dah virus2 ni
Quote Kurex 19-4-2021 04:13 PM
Makin lama makin tak vaya dah virus2 ni
Quote anakjiran 19-4-2021 04:17 PM
bila cakap lebih cop anti vaksin.tapi makin lama makin pelik2. kata vaksin selamat lah tapi macam2 kes pulak.

apa buat vaksin tak ada research betul2 ke...ke konsep try dulu lepas tu tengok kesan baru tambah baik?

ke macam mana
Quote awanysss 19-4-2021 04:17 PM
alaa matik la camni..
Quote AbukRokok 19-4-2021 04:31 PM
bulan september kerajaan akan wajib kan mandatori paksaan vaksin

siapa yg xnak habislah ibarat pendatang asing indon..  hilang kerja hilang rumah
Quote minahmanja 19-4-2021 04:40 PM
dh mcm influenza pulak kena buat yearly..
Quote Belibis 19-4-2021 04:42 PM
AbukRokok: bulan september kerajaan akan wajib kan mandatori paksaan vaksinsiapa yg xnak habislah ibarat pendatang asing indon..  hilang kerja hilang rumah

Biar aku jadi macam indon..aku sanggup ilang kerja..{:cryrun
Quote September14 19-4-2021 04:51 PM
Ngada2 la kau ni.. ckupla 2 dose... nak tadah kali ke3 pulak ayyooo
Quote MinyakAngin 19-4-2021 04:56 PM
Ehh engko kan hari tu yg takmau vaksin? Siap tolak lagi vaksin utk anak bini?
Quote Suchi 19-4-2021 05:00 PM
Sampai bila nak hidup ngn vaksin nih? Aduh hidup kita semua mcm ni la ekk sampai bebilaa

Quote MinyakAngin 19-4-2021 05:06 PM
Yang dok ratib antivac antivac antivac sebelum ni, cuba la kau orang tengok dari perspective depa pulak.

Aku bukan antivac, aku anticovidvac. Sempat 3bulan percaya kat covid ni. Sampai la aku korek sendiri data kematian bulanan & tahunan. Terus jadi menyampah kat kj.
Quote songhara1226 19-4-2021 05:21 PM
MinyakAngin replied at 19-4-2021 05:06 PM
Yang dok ratib antivac antivac antivac sebelum ni, cuba la kau orang tengok dari perspective depa pu ...

Apa bnda hasil research uolls tu, cuba kongsi sedikit utk ummah forum, sebab iolls pon mcm atas pagar je dengan vaksin2 ni
Quote Eliadaisy83 19-4-2021 05:28 PM
Nampak sangat tak berkesan sebabtu kena tambah dos lg..puiii
Quote FanTasyCreaTioN 19-4-2021 05:46 PM
Thread lebih awal dah ada ...
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1247404


Mohon @CARI-HBZ mergekan ...
Terimakasih ...


Quote user.name 19-4-2021 06:14 PM
lepas suntikan ketiga kau menggedik pulak nak kena dos keempat bagai?
Quote MinyakAngin 19-4-2021 06:19 PM
songhara1226 replied at 19-4-2021 05:21 PM
Apa bnda hasil research uolls tu, cuba kongsi sedikit utk ummah forum, sebab iolls pon mcm atas pa ...

Aku idok ler simpan. Aku bukan geng yg dok share ss kehulu kehilir tu tu. Dia lebih kurang comparison kematian tahunan, dipecahkan mengikut penyebab kematian. Contoh mati sebab tibi, jantung, pneumonia semua tu, berkurang. Semua dah jadi mati sebab covid kot. Lagi, kematian tahunan sebab tibi lgi tinggi tahun sebelum2ni. And else, mati sbb sakit tua berkurang jugak jumlahnya. Jadi mati covid.

Tambahan, DG pernah kata kalau mangsa eksiden bila check ada covid, masuk dlm data covid. Tepuk dahi aku.
Quote Belibis 19-4-2021 06:49 PM
Ke 3...pastu ke 4..lama2 cucuk vaksin jadi norma baru.macam makan panandol.
Quote noor2 19-4-2021 07:20 PM
Selagi x mati selagi tu suntik ke apa...x berkesan ke walau dah suntik 2 kali

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.174899 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top