CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elyana kini agen insurans?

19-4-2021 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9452| Komen: 36|Original author: piao

 



PETALING JAYA – Penyanyi Elyana berkongsi kepentingan dan manfaat jika memiliki insurans lebih-lebih lagi kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti yang dihidapinya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Elyana meluahkan rasa syukur kerana mempunyai insurans yang banyak membantu daripada segi kos rawatan penyakit kansernya.

“Assalamualaikum. Hai semua. Tahukan insurans itu sangat penting? Saya merupakan penghidap kanser limfoma tahap empat dan bersyukur kerana saya mempunyai insurans yang dapat membantu rawatan di hospital.

“Apa yang paling penting, anda tidak akan tertekan bila sakit kerana adanya insurans yang sangat penting sebab kena fikir mana nak cari duit untuk bayar bil hospital,” katanya.

Ujar Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, dia turut bersyukur kerana mendapat sokongan daripada seluruh ahli keluarga serta insan tersayang.

“Malah doktor juga begitu mengambil berat tentang proses pemulihan kesihatan saya. Selepas didiagnosis menghidap kanser, saya mula sedar tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan gaya hidup yang sihat,” luahnya.

Dalam perkongsian sama juga, penyanyi yang popular menerusi lagu Niat itu turut memberitahu bahawa dia mengamalkan cara pemakanan sihat dan melakukan senaman ringkas supaya badannya dapat pulih dengan lebih baik.

Terdahulu, Elyana disahkan menghidap kanser limfoma sejak hampir 10 tahun lalu.

Pendedahan mengenai penyakit yang dihidapinya diumumkan sendiri oleh Elyana selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote user.name 18-4-2021 11:18 AM
Quote user.name 18-4-2021 11:19 AM
Quote user.name 18-4-2021 11:25 AM
[youtube]fO85kgi4azk[/youtube]
Quote user.name 18-4-2021 11:26 AM
[youtube]WQvPzsajOtQ[/youtube]
Quote user.name 18-4-2021 11:34 AM
Quote Cik_jantung 18-4-2021 11:38 AM
Edited by Cik_jantung at 20-1-2022 02:21 PM

..........
Quote Cik_jantung 18-4-2021 11:39 AM
Edited by Cik_jantung at 20-1-2022 02:21 PM
user.name replied at 18-4-2021 11:25 AM

...........
Quote user.name 18-4-2021 11:42 AM
Quote CiliPadiSedap 18-4-2021 11:58 AM
dia buat marketing lagu guano ni.
Quote stania83 18-4-2021 12:02 PM
Cik_jantung replied at 18-4-2021 11:39 AM
Sihat lagi dia ye boleh live lagi.. aku ingatkan klu dh tahap 4 tebaring je

ada satu pakar perubatan pernah cakap,, andaikata takdir dia, dia dapat kanser, biarlah kanser linfoma.
Quote TerataiMelur02 18-4-2021 12:12 PM
Dia ni rajin live kat ig. Ada sekali masuk live dia masa tu dia tengah bercuti. Dia tak larat nak bangun sebab vertigo, jadi suami n anak2 je turun mandi2 kat swimming pool. Tapi bagus dia ni kuat semangat.
Quote samshik 18-4-2021 07:14 PM
Yg baik2 utk awak dikk
Quote kiah_mai_pulak 18-4-2021 08:53 PM
semoga dipermudahkan urusan elyana
Quote Pujangga22 18-4-2021 09:46 PM
semoga terus semangat and cepat sembuh
Quote annadonna 19-4-2021 01:02 AM
Terus berjuang elyana. Jangan duduk menunggu maut. I love your spirit
Quote Perawankota 19-4-2021 05:50 AM
Bkn ke klu dah ada penyakit, pastu baru nk amik insurans, insurans x kan cover sakit tu?
Quote awanysss 19-4-2021 09:15 AM
Cik_jantung replied at 18-4-2021 11:39 AM
Sihat lagi dia ye boleh live lagi.. aku ingatkan klu dh tahap 4 tebaring je

kan.. aku tgk org lain cepat sangat merebak kanser nye.. tahap 2pun dah teruk..
dia ni kira panjang umur la aku rasa...
Quote awanysss 19-4-2021 09:16 AM
stania83 replied at 18-4-2021 12:02 PM
ada satu pakar perubatan pernah cakap,, andaikata takdir dia, dia dapat kanser, biarlah kanser lin ...

sebab apa sis.. cer kongsi kenapa pakar tu ckp camtu..
paling tak sakit ke
Quote missHaidiD 19-4-2021 09:19 AM
Cuols iols nk tnya je. Dia ni betul2 sakit ke. Jgn kecam.ye cuols sb cm tak caya la. Maaf la hati iols walau bln ramadan tetap.ada titik hitam.kt dia ni
Betul ke dia sakit. Ada tak doc2 yg rawat dia komen bgtau condition dia.cmana skrg. iols tnya sb iols tak follow dia.
Iols bkn fan dia.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056944 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top