CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bell Ngasri Tak Kisah Dilabel ‘Ikon Plastik Hitam’

19-4-2021 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2231| Komen: 0

Semenjak bermulanya tanyangan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang di saluran Astro First, nama pelakon, Bell Ngasri kembali menjadi sebutan gara-gara watak yang dimainkannya di dalam filem tersebut.


Membawa watak sebagai Pak Barkoba, yang sinonim dengan tabiatnya yang suka ponteng puasa, lakonan Bell pada kali ini sekali lagi telah mencuit hati ramai pihak.

Masakan tidak, sehingga hari ini, bila bercakap sahaja mengenai ‘Geng Plastik Hitam’, nama Bell pasti antara yang terlintas di dalam fikiran.

Terdahulu, memetik laporan Utusan Online, Bell mendedahkan dirinya langsung tidak tersinggung seandainya namanya sering kali dijadikan bahan jenaka lebih-lebih lagi mengenai tabiat ponteng puasa.


Foto: Google


Jelas Bell, dia sebaliknya berasa sangat gembira kerana watak tersebut diterima ramai oleh para penonton dan juga masyarakat.

“Walaupun asal bulan Ramadhan ada sahaja yang menjadikan wajah saya sebagai jenaka geng plastik hitam, tapi saya okey sahaja, tak ada masalah pun tentang itu.

“Bagi saya, watak itu berjayalah, orang suka. Kalau ada yang cakap saya tak puasa, itu Barkoba atau Ngasrilah. Saya masih berpuasa ya!” katanya seperti yang dipetik.

Katanya lagi, kekuatan watak tersebut sebenarnya telah dibina sejak enam tahun yang lalu menerusi drama 16 Puasa yang sebenarnya menjalani sesi pengambaran ketika bulan Ramadan.


“Cuba tengok betul-betul, saya makan ke tidak dalam babak-babak yang dipertontonkan dalam drama itu (16 Puasa)? Saya tak makan sebab waktu itu saya berpuasa.

“Saya sebenarnya tak sangka walaupun drama itu sudah lama, tetapi naskhah Mamat Khalid ini ada kelompok peminatnya tersendiri. Tak sangka juga dapat perhatian sebab saya ini buat sahaja kerja sebagai pelakon.

“Kalau nampak macam betul  tak puasa itu, maknanya saya berjayalah buat penonton percaya dengan hasil kerja saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, filem 18 Puasa Di Kampong Pisang telah pun meraih hasil kutipan berjumlah RM 1 juta meskipun baru tiga hari ia ditayangkan.



Malah, Bell turut meluahkan rasa syukur diatas pencapaian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah skali lagi. Kali ni sy tak main-main. Saya takkan tinggal puasa sampai akhir Ramadan. Ini kali betul,” tulinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut memberikan reaksi postif selain turut memuji karya lakonan Bell.


“Sambil berbuka kami tonton cerita ini. Best banyak pengajaran sindirian yang baik untuk kita. Is good,” tulis seorang individu.

“Time puasa bell popular,” selorah seorang pengguna Instagram.

“Lawak Bel ni tak pernah basi dari dulu,” jelas seorang lagi individu.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang boleh ditonton secara langganan di saluran Astro First bermula 15 April lalu. -CARI

Sumber: Media Hiburan
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.024908 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top