CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Umur Dah 37 Tahun, Zizan Doa Cepat Dapat Isteri

15-4-2021 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5669| Komen: 21

Menginjak usia 37 tahun pada Khamis, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak mendoakan agar dirinya cepat dipertemukan jodoh.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak yang berkongsikan ucapan itu di Instagram turut mendoakan agar Allah SWT sentiasa merahmati dirinya dalam setiap perkara yang dilakukannya.


Foto: IG

"Assalamuailakum, ucapan happy birthday buatmu Mohd Razizan Abdul Razak. Semoga terus berjaya dan berjaya.

"Jangan pernah berhenti buat orang tersenyum. Semoga Allah merahmatimu selalu dan sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur.

"Segala usahamu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan... Amin," katanya.



Ucapan yang ditulis Zizan untuk dirinya sendiri itu turut menarik perhatian ramai rakan selebriti yang turut mendoakan kesejahteraanya dan rata-ratanya mengharapkan pelakon filem Polis Evo itu segera dipertemukan jodoh.

"Happy birthday bro. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan cepat kahwin," tulis Fizo Omar.

"Selamat lahir beb! Semoga dipercepatkan jodoh, dikurniakan kesihatan amin," tulis Yana Samsudin.

"Happy birthday Zizan. Semoga berjaya dunia akhirat! Saya cop awal-awal nak jadi pengapitmu," usik Izzue Islam.




Zizan sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Juliana Evans, Mira Filzah dan Emma Maembong.

Kesemua selebriti wanita yang dikaitkan dengannya itu kini sudah berkahwin sehinggakan netizen pernah membuat gurauan yang menyebabkan Zizan terasa hati dengan perkara itu baru-baru ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kirana_22 15-4-2021 12:23 PM
Pasti boleh jijan..
Dengan syarat turunkan sedikit taste ko yg tinggi melangit tu
Quote Brunes 15-4-2021 12:42 PM
why not jijan cari wanita yang bukan artist atau instafamous. aku rasa jijan akan lebih di hargai agitchew
Quote hazzy0304 15-4-2021 12:48 PM
Memilih sangat …

Quote sarah82 15-4-2021 01:01 PM
Aku doakan ang bertemu jodoh yg ditetapkan utk ang pada masa yg sesuai..
Quote Cik_jantung 15-4-2021 02:04 PM
zizan ni real life kecik jer orangnya...
Quote bottombikini 15-4-2021 02:10 PM
aritu kata jupo doh jodoh ?
yg pakai tudung tu..bukan ke
Quote black_handbag 15-4-2021 03:57 PM
kemain koleksi ex dia.. mix belaka.. tp dia sndiri nan hado aje..
Quote mdhelmi 15-4-2021 04:40 PM
myjodoh kan aje zan
dia ni sebaya aku
Quote makcun14 15-4-2021 06:14 PM
Giteeww. Ex semua dah beranak pinak dia je masih berdoa menanti.
Kalau perangai tak reti nak ubah sampai bila pun tetap bujang.
Quote tumpanglalu74 15-4-2021 06:33 PM
Kire dah pueh maen la ni.
Quote None68 15-4-2021 06:56 PM
Tak kawen pun bukan masalah
Quote awekjepun 15-4-2021 07:21 PM
Dia jenis tak nak settle down.. mcm remy jugak. Cari artis yg sempurna sgt.
Quote helicornia 15-4-2021 07:53 PM
lawak, lawak jugak.tapi dlm hati mesti tersentuh jugak org sume dah kawin
Quote Orix 15-4-2021 08:32 PM
Gay kot. Larikkkkkkkk{:smile
Quote 3chanceno 15-4-2021 10:06 PM


Apa hal crita sama je pasal zizang nie????mungkin dia tak nak komit dgn seorang wanita je tapi takkan nak canangkan???

Ramai pat luar tu belum kawin baya zizan nie.apa lah kecoh pasal jodoh dia.kalau dah jodoh tak kemana..paling2 pun dia  gi Perlis settle nikahnya senyap2
Quote Cece1234 15-4-2021 10:07 PM
Dah tua rupanya dia..
Quote Lengkong 15-4-2021 10:18 PM
Semoga zizan bertemu jodoh tahun ni

Quote Carcosa 16-4-2021 12:32 AM
Dulu masa pom pom pom, taknak kawin. Skrg dah sendu dan tak laku, jgn kan pan Asian, pancake pun taknak kat ko Dulu masa dia jadi duta KitKat, meols rasa mcm wow, brand besar tu. Lps mcm2 kes gatal dia kena gossip, terus merudum.
Quote LemonGourmand 16-4-2021 01:26 AM
helicornia replied at 15-4-2021 07:53 PM
lawak, lawak jugak.tapi dlm hati mesti tersentuh jugak org sume dah kawin

masa dia muda dulu, dia kapel dengan artis2 lawa dan flirt around... dia ni mcm Wemy Subuh, hidup berkisarkan kepada kerja dan hasilnya he lives  the reward from his work for himself. Dia tak macam Johan dan rakan2 artis yang settle down, they are motivated by cari makan umtuk anak bini. Orang macam Zizang dan Wemy ni masa mereka tengah muda, top dan bergetah, they work and play very hard. Relay2 mereka sebelum ni jatuh dalam kategori 'play'.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.089281 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top