CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semburan hidung mampu bunuh 99.99 peratus virus COVID-19

15-4-2021 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3161| Komen: 19



OTTAWA: Semburan hidung didakwa terbukti membunuh 99.99 peratus virus COVID-19, menurut satu laporan penyelidikan di Kanada.

Semburan itu dikatakan dapat mencegah penularan coronavirus dengan berkesan dan memendekkan tempoh jangkitan.

Bagi mereka yang sudah dijangkiti virus berkenaan, semburan itu juga boleh mengurangkan tahap kemudaratan gejala yang dialami.

Semburan yang dikembangkan sebuah syarikat Kanada, SaNOtize, berupaya membunuh kuman dalam saluran udara di bahagian atas hidung.

Ia juga menghalangnya daripada menetas dan masuk ke dalam paru-paru, berdasarkan keputusan ujian makmal di Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Pesakit yang dirawat dengan semburan itu juga menunjukkan penurunan purata kadar virus dalam badan sebanyak 1.362 dalam tempoh 24 jam pertama iaitu sekitar 95 peratus.

Dalam tempoh 72 jam, pengumpulan virus dalam badan didapati berkurangan lebih daripada 99 peratus.

Ketua Penyelidikan Ujian Klinikal Britain, Dr Stephen Winchester, berkata beliau amat berharap semburan hidung akan menjadi senjata terbaru dalam melawan COVID-19.

"Ini adalah satu revolusi dalam sejarah perubatan COVID-19 yang saya harap akan membantu perang masyarakat dunia melawan pandemik coronavirus," katanya. - AGENSI



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 15-4-2021 09:01 AM
{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh
Quote AbukRokok 15-4-2021 09:07 AM
nak ni
lain xnak
Quote Supersirap 15-4-2021 09:23 AM
Baguslah tu, semoga perkara ini dapat memberikan manfaat kepada semua
Quote buapakperut 15-4-2021 09:48 AM
wow hebatnye
Quote TalibanRock 15-4-2021 09:59 AM
so boleh elak vaksin tak ni?
Quote Kurex 15-4-2021 10:03 AM
Tapi mesti negara maju dah beli dulu kan....
Quote tipah89 15-4-2021 10:12 AM
bagusnyaa...
Quote saviour_09 15-4-2021 10:31 AM
so tapaya ambik vaksin la kheennn?
Quote Decaffeinated 15-4-2021 10:41 AM
Boleh ganti mask tak?

Sembur dgn hand sanitizer ka... tanya je
Quote Dwdrum 15-4-2021 10:43 AM
Nasal spray ini boleh bagi protection beberapa hari saja... Jika mahu banding kan vaccine...gigih aku perlu selalu  spray hidung.. tidak practical...
If efficacy tinggi boleh protect systemic and mucosal immunity for long time secara practical... Aku ambil both... Nasal spray.. Aku spray apabila hanya di perlu kan... Not everytime....
Quote zonan4 15-4-2021 10:53 AM
bagusla ada benda ni... kalau terbukti berkesan....
Quote lavendernovella 15-4-2021 11:31 AM
Ada jer nasal spray ni jual kat farmasi.  Isi nya air laut tapis.
Quote Adrif 15-4-2021 11:59 AM
Dwdrum replied at 15-4-2021 10:43 AM
Nasal spray ini boleh bagi protection beberapa hari saja... Jika mahu banding kan vaccine...gigih ak ...

nasal spray untuk sinus tu ke?
selamat tak kalau nak guna kerap, bila hidung tersumbat? daily basis ke?
sebab ada kawan dulu guna, dekat 10 tahun, then dia berhenti sebab ada steroid katanya. is it true??

teringin nak guna balik. dulu pernah guna sebotol masa doc prescibed untuk sinusitis
Quote FanTasyCreaTioN 15-4-2021 01:03 PM
Thread awal dah ada :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1246904


Mohon @CARI-HBZ mergekan ...


Terimakasih

Quote Dwdrum 15-4-2021 02:11 PM
Adrif replied at 14-4-2021 07:59 PM
nasal spray untuk sinus tu ke?
selamat tak kalau nak guna kerap, bila hidung tersumbat? daily bas ...

Bukan sis.. Itu untuk cuci hidung /sinus...i maksud nasal yang related with nose... Nose spray untuk covid 19 gitu....
Aku baru baca few days ago tidak bagi much attention tentang obat ini... Coz dia akan ber tahan untuk.certain period perlu repeat ...quite different with vaccine ....
Quote Adrif 15-4-2021 07:13 PM
Dwdrum replied at 15-4-2021 02:11 PM
Bukan sis.. Itu untuk cuci hidung /sinus...i maksud nasal yang related with nose... Nose spray unt ...

ohhh lain eh, ok ok. terima kasih
Quote LadyCarefree 15-4-2021 10:16 PM
Dah lama juga benda ni. Tapi sold out kat sana. Sini lagilah tadok jual.
Quote Dwdrum 16-4-2021 08:05 AM
Edited by Dwdrum at 15-4-2021 04:13 PM
Adrif replied at 15-4-2021 03:13 AM
ohhh lain eh, ok ok. terima kasih


Nitric oxide nasal spray (NONS) ....
Dia guna corticosteroids nasal spray...
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:12 PM
Nak nak nak. Nak yang ni jugak..dalam shopee or lazada tak ada jual ke?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.151335 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top