CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Meninggal Dunia Ketika Main Bola, Saiz Kasut Puncanya?

15-4-2021 04:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2492| Komen: 7

Description: Insiden seorang pelajar sekolah yang meninggal dunia ketika bermain bola sepak besar kemungkinan disebabkan kasut bola yang dipakai mangsa bersaiz besar.
Insiden seorang pelajar sekolah yang meninggal dunia ketika bermain bola sepak besar kemungkinan disebabkan kasut bola yang dipakai mangsa bersaiz besar. 

Lapor Daily Mail, ketika kejadian, Yasir Hussain, 10, yang merupakan penjaga gol, cedera ketika cuba menahan bola dari masuk ke gawang sehingga menyebabkannya terjatuh dan kepalanya terhentak.    



Kredit foto: Daily Mail, Google, BPM Media

Yasir dilaporkan meninggal dunia pada 12 November tahun lalu selepas lima hari bertarung nyawa di Hospital Kanak-Kanak Birmingham.

Menurut anggota perubatan, Zahira Mabine yang ketika itu berada di lokasi kejadian, kasut bersaiz besar yang dipakai oleh Yasir mungkin boleh menjadi salah satu punca menyebabkan dia terjatuh.

“Saya diberitahu bahawa kasut itu diminta oleh Yasir dan sebab itulah ia dibelikan namun tidak pasti mengapa ia sangat besar. 


“Ketika itu, saya membersihkan kaki Yasir kerana kotor terkena lumpur dan saya melihat kasut itu terlalu besar untuknya,” katanya pada sesi prosiding inkues.

Jelas Zahira, dia sudah memaklumkan perkara itu kepada ibu dan nenek Yasir yang datang ke sekolah selepas mengetahui mengenai kecederaan anaknya.

“Saya telah memaklumkan perkara itu kepada mereka, saya juga memberitahu amat penting untuk memakai saiz kasut yang sesuai kerana jika tidak ia boleh menyebabkannya jatuh,” katanya.  

Tambah Zahira, selepas kejadian itu, dia memeriksa badan Yasir dan mendapati terdapat kesan benjolan di bahagian kanan kepala pelajar lelaki itu.  


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote songhara1226 15-4-2021 05:35 AM
Innalillah, mungkin dh ajal adik ni
Quote Carcosa 15-4-2021 05:59 AM
songhara1226: Innalillah, mungkin dh ajal adik ni


Takde mungkin2 nye chuols. Mmg dah ajal.
Quote helicornia 15-4-2021 06:05 AM
pelik pulak nape dia mintak kasut besar.bukan selesa pun.
Quote merrissa 15-4-2021 07:23 AM
helicornia: pelik pulak nape dia mintak kasut besar.bukan selesa pun.


Dia suka design tu tp takde size la tu.
Atau mak dia saja je bg alasan gitu
Kadang deme beli kasut besar sb boleh pakai lama
#donebuatandaian
Quote dodolgemok 15-4-2021 07:50 AM
Apa pulak size kasut puncanya?? Punca kematian dia adalah jatuh kepala terhentak kat batu, kemungkinan besar intercrainal bleeding. Dalam sijil kematian xda nya dia tulis cause of death: kasut besar. Puiii clickbait anjing!
Quote mdhelmi 15-4-2021 09:01 AM
kasut ngam2 saiz pon bole jatuh
Quote tipah89 15-4-2021 10:09 AM
da ajal dia mcm tu.

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.077247 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top