CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerja kuat untuk apa? Ini jawapan Azar Azmi

15-4-2021 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7067| Komen: 30|Original author: piao




PETALING JAYA – Belum berkeluarga sendiri bukan alasan untuk Azar Azmi tidak bekerja bersungguh-sungguh.

Menurut pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Nur 2 itu, jika dahulu dia bekerja keras untuk membantu dan memenuhi
segala keperluan ibu bapa, kini tanggungjawabnya tidak terhenti biarpun mereka telah meninggal dunia.

Azar sebalik tetap bekerja keras kerana enggan membiarkan adik-beradiknya hidup dalam kesusahan.

Azar menjawab persoalan sering diajukan segelintir pihak tentang keperluannya untuk bekerja keras mencari rezeki dengan berlakon dan gigih berniaga, sedangkan tiada komitmen terhadap anak atau suami.

“Apabila seseorang bertanyakan kepada saya. Kau kerja kuat sangat untuk apa? Ini adalah persoalan terbesar saya,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.

Menurut Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 31, sebelum ini harus memenuhi impian ibu bapa, kini tanggungjawabnya beralih pula kepada adik-beradik.

“Dahulu saya kerja untuk bagi atau belikan apa sahaja untuk arwah ibu bapa saya. Pantang dengan mereka nak apa-apa, mesti saya bagi. Minta RM150 Saya bagi RM300. Minta RM300 saya bagi RM600.

“Minta sehelai baju, saya bagi tiga helai baju. Minta kain baju raya kosong saya bagi yang ada batu Swarovski. Alhamudlillah sempat gembirakan mereka walaupun sekejap dan tidak seberapa,” ujarnya.

Namun, selepas kedua-dua orang tuanya meninggal dunia, Azar masih bersikap ‘murah hati’ membantu adik-beradiknya.

Ujarnya, walaupun tidak mempunyai komitmen keluarga seperti suami dan anak-anak kerana belum berkahwin, tetapi pelakon itu masih mempunyai adik-beradik yang harus dibantu jika mereka memerlukan bantuan.

“Memang saya tidak ada lagi komitmen berkahwin (suami dan anak), tetapi saya ada adik-beradik. Jika sesuatu berlaku kepada mereka, saya dengan gembiranya akan sambut.

“Saya tidak mahu generasi selepas saya (anak-anak buah) rasa susah macam mana susahnya saya mencari sesuap nasi. Saya nak ubah dan berada pada satu pencapaian tertinggi,” katanya.

Pada masa sama, Azar turut mengakui tidak suka mendengar orang mengeluh dan hanya mahukan perkara-perkara positif dalam hidupnya. – K! ONLINE


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 14-4-2021 10:56 AM
Tak pe mek ja, abe joe kan kaya.eh!masih dgn abe joe ke?
Quote sarah82 14-4-2021 11:06 AM
Kerja kuat utk joli online shopping.. Tu aku la
Quote Lailerthee 14-4-2021 11:53 AM
cruz2 replied at 14-4-2021 10:56 AM
Tak pe mek ja, abe joe kan kaya.eh!masih dgn abe joe ke?

Da lana xdgr dgn abe jo tu
Quote kakakgarang 14-4-2021 02:43 PM
cantik dia ni. tapi tu la.. abe joe mcm endah tak endah je layan sheolls.. sheolls BERIA tag kat hati ig handle abe joe. kesian pulak tgk..  abe joe aman2 sebok dgn story pasal muflis, hutang apoooo

dik non.. move onnn
Quote prettyuglybabe 14-4-2021 03:00 PM
adik-beradik masih sekolah atau belajar tu, memang patut la kita bantu..
tapi kalau dah beranak pinak, sila bolayan kan je..
apa hal hang pulak kena kerah nak sara mereka anak beranak..
esok naik lemak sampai tak nak usaha cari rezeki sendiri..
Quote mewo 14-4-2021 03:05 PM
Statement mengundang kegembiraan pada biawak2 tersohor..



Quote Zhana 14-4-2021 03:19 PM
Edited by Zhana at 17-4-2021 05:30 PM

edited:

maaf, salah faham sbb tak kenal
Quote kucim 15-4-2021 07:25 AM
Nasib malang siapa dpt keluarga biawak hidup yg 1 kampit beras pun tak boleh sumbang dlm keluarga tahu tumpang hasil org aje..tau2 makanan siap hidang ..duduk mentekadarah ja..bil api bil air...lagilah jauh nak kua duit....dah merasa benda ni walaupun sementara...duduk rumah org 1 sen pun tak menyumbang..dasar biawak hdop...padanlah bdn serupa badak sumbu
Quote husna_amal 15-4-2021 09:26 AM
Kerja kuat tak nak susah di kemudian hari. Takkan nak berharap kat orang lain pula.
Quote purebloodleo 15-4-2021 09:42 AM
Zhana replied at 14-4-2021 03:19 PM
Ayah dia biawak ke. sampai perlu menanggung sungguh2?

Ayah dia dah meninggal. Mak dia pun sama. Adik beradik dia ada yg dh keje and ada yg still belajar.
Quote pngky 15-4-2021 09:50 AM
kakakgarang replied at 14-4-2021 02:43 PM
cantik dia ni. tapi tu la.. abe joe mcm endah tak endah je layan sheolls.. sheolls BERIA tag kat hat ...

sapa abg joe ni? akak tertinggal kereta api lah
Quote buapakperut 15-4-2021 09:50 AM
bertungkus lumus untuk anak tu ye,tapi untuk suami takyahle, ko nak bela bewak ke ape
Quote Zhana 15-4-2021 09:53 AM
purebloodleo replied at 15-4-2021 09:42 AM
Ayah dia dah meninggal. Mak dia pun sama. Adik beradik dia ada yg dh keje and ada yg still belajar ...

owh. sorry. terbawa2 dari benang2 lain yg ada mak ayah tapi adik2 tetaplah ditanggung kakak. kalau abang ok sikit lah
Quote Zhana 15-4-2021 10:02 AM
maaf Azar, saya tak kenal awak. Masa baca tajuk , dlm fikiran terbayang lelaki.
Quote tuttt 15-4-2021 10:46 AM
cruz2 replied at 14-4-2021 10:56 AM
Tak pe mek ja, abe joe kan kaya.eh!masih dgn abe joe ke?

Dia ni dulu bukan dh tunang ngn pengarah ke apa tah. Tp dh senyap eh dh putus ke. Ngn abe jo pun dh senyap eh
Quote sukacactus 15-4-2021 10:54 AM
pngky replied at 15-4-2021 09:50 AM
sapa abg joe ni? akak tertinggal kereta api lah

Janda kepada tokey tudung
Quote kakakgarang 15-4-2021 11:53 AM
pngky replied at 15-4-2021 09:50 AM
sapa abg joe ni? akak tertinggal kereta api lah

bekas suami mawar penang pekat~ farida gittew
Quote Johi 15-4-2021 01:49 PM
Edited by Johi at 15-4-2021 01:50 PM

Tapi dia  Ni berlakon bagus ok gak
Quote ReginaBeauty 15-4-2021 02:00 PM
Bagusnya. Inspired dgr cite org yg suka work hard ni

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.046512 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top