CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wany Hasrita Ponteng Puasa, Tak Tahan Godaan Bau Durian

13-4-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3998| Komen: 13

Description: Tahun ini, Ramadan hadir dalam situasi pandemik lagi. Walaupun sambutannya sedikit berbeza, namun kemeriahannya tetap dapat dirasai.
Tahun ini, Ramadan hadir dalam situasi pandemik lagi. Walaupun sambutannya sedikit berbeza, namun kemeriahannya tetap dapat dirasai.

Mengiringi kemeriahan Ramadan, kenangan dan memori masa silam akan sentiasa muncul dalam ingatan.


Bagi penyanyi, Wany Hasrita, kehadiran bulan Ramadan membawa banyak kenangan dan pengalaman mencuit hati buatnya.


Foto: IG

"Saya mula berpuasa ketika berusia 12 tahun. Banyak sebenarnya pengalaman mencuit hati kalau kita bercakap mengenai bulan Ramadan.

"Ada satu pengalaman yang mencuit hati dan sampai ke hari ini masih segar di ingatan saya. Ia berkaitan dengan durian," katanya.


Berkongsi mengenai pengalaman lucu itu, Wany berkata, dia pernah ponteng puasa ketika zaman kanak-kanaknya.



"Ada satu hari, saya buka peti sejuk dan ternampak buah durian. Baunya benar-benar memikat perhatian saya. Jadi, saya curi-curi makan satu ulas.

"Dah lepas makan, saya buang biji durian itu jauh-jauh di belakang rumah," katanya.




Mengingat kenangan itu, Wany berkata dia bagaimanapun tak mampu mengelak daripada 'terkantoi'.

"Bau durian itu memang kuat. Jadi, walaupun saya curi-curi makan, saya memang tak boleh nak sembunyi. Jadi, tak pasal-pasal 'kantoi'," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue^panther 13-4-2021 10:32 AM
Soooo???? Gosip apakah ini.......
Quote maxim 13-4-2021 10:38 AM
Wartawan cari dan thread sampah berpisah tiada
Quote ajinomotonosuga 13-4-2021 12:23 PM
blue^panther replied at 13-4-2021 10:32 AM
Soooo???? Gosip apakah ini.......

Promosi cari suami kut..

Kut kut dpt PU gak cam hakak lopak
Quote Lylyna 13-4-2021 12:30 PM
Tak menariknye gosip
Quote tipah89 13-4-2021 01:13 PM
i oll pun kecik2 pernah, sikit lagi nak buke tapi mak gureng nugget xtahan g makan. xmemasal kena ganti  satu hari.
Quote misssakura 13-4-2021 01:52 PM
bosannya kisah uols
Quote Carcosa 13-4-2021 02:53 PM
Lambatnya si Thomas and friends ni start posa?
#donekecam
Quote mesmerize 13-4-2021 02:56 PM
ooo kisah kecik2 dulu.. ingatkan sekarang ..
Quote Plain-tif 13-4-2021 04:32 PM
Kenapa mata aku nampak mak dia lagi cantik
Quote TerataiMelur02 13-4-2021 08:23 PM
Plain-tif replied at 13-4-2021 04:32 PM
Kenapa mata aku nampak mak dia lagi cantik

Tak keseorangan.. I pun nampak mak dia lagi cantik
Quote ashilalat 13-4-2021 08:31 PM
So apa gusip si thomas ni? Kalau skrg x puasa pon aku ok je. Dah mmg ko pompuan, mmg la ada masa tak puasa.
Quote gideoncross 13-4-2021 11:14 PM
mesmerize replied at 13-4-2021 02:56 PM
ooo kisah kecik2 dulu.. ingatkan sekarang ..

Iol pun ingt dia yg buka puasa time skrg, rupa2 nya msa kcil dulu2.
Quote slyfynx 13-4-2021 11:22 PM
Bijik ape mcm ni.
Dah mcm baca ruangan tambah kenalan mangga je

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059534 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top