|
Tahun ini, Ramadan hadir dalam situasi pandemik lagi. Walaupun sambutannya sedikit berbeza, namun kemeriahannya tetap dapat dirasai.
Mengiringi kemeriahan Ramadan, kenangan dan memori masa silam akan sentiasa muncul dalam ingatan.
Bagi penyanyi, Wany Hasrita, kehadiran bulan Ramadan membawa banyak kenangan dan pengalaman mencuit hati buatnya.
Foto: IG
"Saya mula berpuasa ketika berusia 12 tahun. Banyak sebenarnya pengalaman mencuit hati kalau kita bercakap mengenai bulan Ramadan.
"Ada satu pengalaman yang mencuit hati dan sampai ke hari ini masih segar di ingatan saya. Ia berkaitan dengan durian," katanya.
Berkongsi mengenai pengalaman lucu itu, Wany berkata, dia pernah ponteng puasa ketika zaman kanak-kanaknya.
"Ada satu hari, saya buka peti sejuk dan ternampak buah durian. Baunya benar-benar memikat perhatian saya. Jadi, saya curi-curi makan satu ulas.
"Dah lepas makan, saya buang biji durian itu jauh-jauh di belakang rumah," katanya.
Mengingat kenangan itu, Wany berkata dia bagaimanapun tak mampu mengelak daripada 'terkantoi'.
"Bau durian itu memang kuat. Jadi, walaupun saya curi-curi makan, saya memang tak boleh nak sembunyi. Jadi, tak pasal-pasal 'kantoi'," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|