CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Salah Ke Tegur?"- Hattan Menyampah Sikap Artis Suka Cakap Belakang

13-4-2021 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4575| Komen: 15

Description: Lantang bersuara mengenai selebriti dan instafamous menyalahguna kebenaran rentas negeri baru-baru ini, penyanyi Datuk Hattan menjelaskan tegurannya itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu.
Lantang bersuara mengenai selebriti dan instafamous menyalahguna kebenaran rentas negeri baru-baru ini, penyanyi Datuk Hattan menjelaskan tegurannya itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu.


Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, mana-mana individu yang mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri sepatutnya menggunakan peluang itu dengan baik.

Bagaimanapun, Hattan yang kini berusia 57 tahun ini menjelaskan teguran tersebut juga dibuat berdasarkan fakta yang betul bukan sekadar bercakap kosong.


Foto: mStar

“Saya banyak tegur berdasarkan fakta... sama seperti minggu lalu yang saya tegur tentang rentas negeri. Teguran itu disebabkan membabitkan ramai pihak tapi bukan ditujukan kepada seorang selebriti sahaja.


“Ia untuk semua orang secara meluas. Bagi saya, kalau dah dapat peluang untuk ke mana-mana, janganlah salah guna. Sebab kalau peluang itu disalahguna, akan membabitkan semua orang.

“Salah ke saya nak tegur? Kalau saya tak tegur, siapa lagi nak buat teguran itu? Saya bukan beri teguran secara membabi buta. Bila saya rasa fakta itu betul, saya akan kongsi dan ia hanya pendapat peribadi, ” katanya kepada mStar.

Hattan ditemui ketika majlis pelancaran pelantikannya sebagai duta produk minuman jenama Stobu di Out Of Afrika Restauran & Bar di Petaling Jaya pada Isnin.

Sebelum ini, penyanyi yang terkenal berbicara menggunakan bahasa Negeri Sembilan itu menegur segelintir selebriti dan instafamous yang menyalahguna pelepasan rentas negeri.

Malah penyanyi lagu Gadis Jolobu itu turut mempersoalkan tindakan individu tersebut yang seronok memuat naik aktiviti mereka di media sosial sekali gus mengundang kemarahan netizen.

Dalam pada itu, Hattan juga memberitahu dia tetap akan bersuara terutama isu melibatkan industri muzik seperti mana dia menegur persembahan penyanyi Nabila Razali di Anugerah Juara Lagu yang ke 35.

Bagi Hattan, dia juga kurang gemar melihat sikap segelintir artis yang hanya memuji di hadapan namun tetap bercakap buruk di belakang rakan selebriti lain.

“Saya akan bersuara... contoh fasal muzik, kalau ada yang tak kena, saya akan tegur dan ia adalah pendapat peribadi saya. Jadi, kalau nak dengar, dengar la. Saya rasa sakit jiwa bila tak ada orang tegur.

“Sesama artis ini asyik memuji sahaja tapi padahal belakang, kutuk lain. Tapi macam saya bukan kutuk, saya hanya beri semangat. Mereka sepatutnya ambil teguran secara positif, anggap ia pembakar semangat untuk masa depan.

“Takkan nak puji sahaja... bila tak puji, jadi menyampah pula. Saya dan rakan senior industri terutama sifu saya iaitu M Nasir selalu berbincang mengenai industri seni. Kalau ada nampak kelemahan, kena la tegur, ” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelanci 13-4-2021 10:25 AM
tegur lagi tok...
up lagi bideo....sampai lah yang langgar sop tu dikene kan tindakan....

membongak yo dlm siasatan....
Quote eira2310 13-4-2021 11:38 AM
i suke la dgr dia berleter dengan cakap nogori nya..terkesan sungguh.. hee
Quote kakakgarang 13-4-2021 11:52 AM
aiolss mcm terasa bodoh kejap bila dengar tok hattan ckp.. berpino2 nak faham kan..
Quote hazzy0304 13-4-2021 12:04 PM
kami sokong tok ...

tegur je lagi.. geng2 ni sebab xde orang tegur tu yang makin banyak keluaran tibaiunta ..

semua asik nak puji memuji aje,,, bila org berkata yang buruk (berkata benar@fuckta) x terima pulak ...
Quote AshkieLa 13-4-2021 12:57 PM
bash je tok..
bash sekali dengan presiden seniman tu..
yang sengal2 aje keluar drpd mulut dia
Quote tipah89 13-4-2021 01:11 PM
tegur je, kadang ckp baik2 bukan reti nak hadam.. kadang2 retis ni rasa entitled sgt bila netizen tegur dia je betul, biar org dlm industri sendiri bersuara lg2 otai cam atok baru pandai depa nak telan.
Quote nadie90 13-4-2021 01:23 PM
Ceq tringt msa Mawi nyanyi lagu Dato' Hattan
masa konsert AF3....wlpun bru mggu pertama Mawi menyanyi kt konsert dgn lupa lirik (rasanya dlm sebaris rangkap lirik lagu klu xsilap)....Dato' Hattan siap buat muka kecewa masa kamera fokus kat dia....ceq igt lg....dan lps tu tgk Mawi nyanyi btul2 smpai jd juara.

Ceq lebih terima komen2 dr org2 lama mcm Dato' Hattan bila ada isu2 yang tgh viral/panas.....dan komen2 beliau pun jenis direct tapi xla smpai menjatuhkan org.....

Ok Salam Ramadan....
Quote nesloice 13-4-2021 04:17 PM
sokong tok
Quote She-Ra 13-4-2021 04:19 PM
dh ada yg terasa dan mmg bersalah mohon maaf kan??
Quote slyfynx 13-4-2021 07:29 PM
Kot x paham lg maki sedas dua.
Mintak maaf pun still arrogant.
Yang sepasang kemut tu siap ngaku x bersalah.
Buduh x bertepian semua ni
Quote inspektoremos21 13-4-2021 10:06 PM
nadie90 replied at 13-4-2021 01:23 PM
Ceq tringt msa Mawi nyanyi lagu Dato' Hattan
masa konsert AF3....wlpun bru mggu pertama Mawi menya ...

Masa Gegar Vaganza tahun lepas dato hattan jadi juri pun memang slumber je dia direct tegur peserta yg perform tak best.
Quote Nenasketum 13-4-2021 10:35 PM
Next bideo teguran, tolong include cc (close captioning) please. Tak paham banyak perkataan
Quote imanjannah 16-4-2021 10:30 PM
benda x betul, tegur je tok, yg panas tu.. diaorg terasa la tu
Quote bungarose 17-4-2021 11:57 AM
Iols suka ajer toktan tegur retis2 yang raser diri hebat bley sesuke hati langgar sop especially retis2 yang berkabel besar dan berduit
Ce^#*@ sungguh

Tengokler sampai skrg masih xder kena tindakan aper2
Quote tikusmontok 17-4-2021 12:06 PM
Toktan ni kalo jumpa kat luar peramah btul, dia yg senyum dulu wp kita mcm buat2 tak npk, akhirnya kita yg malu sendiri

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.283303 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top