CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lima Tahun Hidup Siti Fazurina Kosong Tanpa Restu Ibu Bapa

13-4-2021 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9198| Komen: 30

Description: Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd Famir mengakui restu ibu bapa memainkan peranan penting sebelum membina mahligai perkahwinan.
Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Dunia Anita, Siti Fazurina Mohd Famir mengakui restu ibu bapa memainkan peranan penting sebelum membina mahligai perkahwinan.

Siti Fazurina yang mesra disapa Nina berkata, pengalaman hidup yang penuh berliku dan cabaran nyata banyak mengajar dirinya untuk mengutamakan keluarga dalam segenap aspek kehidupan.


Foto: Harian Metro

"Seperti semua sedia maklum, hubungan saya dan keluarga pernah mencetuskan kontroversi tidak lama dulu apabila mereka tidak merestui perkahwinan bersama suami. Bukan sehari dua, tetapi lima tahun juga hidup saya kosong apabila berjauhan daripada mereka.

"Biarpun keluarga mentua baik dan melayan saya seperti anak sendiri, namun kekosongan itu tetap dirasai kerana ibu bapa tidak merestui rumah tangga yang dibina.


"Alhamdulillah, tawaran kerja juga semakin terbuka selepas hubungan dengan ibu bapa pulih seperti sedia kala. Malah, saya dan suami juga ketika ini tinggal bersama keluarga," katanya.



Tambah Nina, hubungan dengan ibu bapanya mula pulih sebaik dia mengambil keputusan untuk merapatkan kembali kasih sayang yang sudah lama didambakan.

"Jujur tanpa kasih sayang ibu bapa saya akui hidup saya tidak lengkap. Saya tetap nak mereka restu perkahwinan saya.

"Jadi beberapa tahun lalu saya ambil keputusan untuk bertemu keluarga seorang diri terlebih dahulu, kemudian ibu saya minta saya bawa suami. Alhamdulillah, kini kami sangat rapat," katanya.

Mengulas mengenai soal cahaya mata, Nina dan suami, Muhammad Hykal Zulkifli, 39, menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki dan tidak mahu meletakkan tekanan pada diri sendiri.



"Soal zuriat saya dan suami sentiasa positif dan tidak terlalu memikirkannya. Saya serahkan sepenuhnya kepada takdir Ilahi.

"Saya sendiri pernah dua kali keguguran sebelum ini, malah doktor juga mengesahkan saya tidak mempunyai masalah kesihatan. Kehidupan saya dan suami kini diserikan dengan kehadiran anak-anak saudara," katanya.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember 2012 berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciksaenara 13-4-2021 11:22 AM
Alhamdulillahh ..
Quote Kenabertaubat 13-4-2021 11:24 AM
I perasan dia ni banyak buat voice over untuk rtm
Quote Nnasda53 13-4-2021 11:53 AM
Alhamdulillah bila sedar dan mengakui kesilapan.
Quote salmon-suki 13-4-2021 12:04 PM
Lama x tgk dia berlakon..tp dia berlakon pn ai xigt apa y memorable..hehehe...dia pegi pn ai xtaw bila. Dia dtg pn ai xtaw bile{:smile
Quote opie5662 13-4-2021 12:25 PM
Die ni masa dewi remaja dlu cantik sgt di mata i... Skrg lain sgt dah
Quote hazzy0304 13-4-2021 12:33 PM
semoga dipermudahkan urusan & baik2 saja utk anita dunia baru ..
Quote Lylyna 13-4-2021 12:35 PM
Teringat dia berlakon dlm dunia anita.
Quote cikkuntum 13-4-2021 12:39 PM
opie5662 replied at 13-4-2021 12:25 PM
Die ni masa dewi remaja dlu cantik sgt di mata i... Skrg lain sgt dah

die penah masuk dewi remaja ke...??? iols ingat die start berlakon drama puteri tu je...
Quote Tasikchini 13-4-2021 12:48 PM
nina ni 1 kolej dengan aku...comel je..lemah lembut...hot jugak lah kat kolej sebab die masuk dewi remaja
Quote haruslah 13-4-2021 12:50 PM
Lylyna replied at 13-4-2021 12:35 PM
Teringat dia berlakon dlm dunia anita.

Sbb dlm citer tu la i rasa dia bingit....hahah
Quote helicornia 13-4-2021 05:20 PM
serina please take note
Quote krimkraker 13-4-2021 09:08 PM
haruslah replied at 13-4-2021 12:50 PM
Sbb dlm citer tu la i rasa dia bingit....hahah

Ehh same with me laa....dalam dunia anita agak annoying sket...dalam puteri nora kasi enjoy tu xde la sebingit tu sangat...
Quote msdummy.2018 13-4-2021 09:10 PM
salmon-suki replied at 13-4-2021 12:04 PM
Lama x tgk dia berlakon..tp dia berlakon pn ai xigt apa y memorable..hehehe...dia pegi pn ai xtaw bi ...

Dlm citer nora enjoy tuhhh..jd rumate nora dgn kesuma dewi
Quote nikaido 13-4-2021 09:14 PM
cikkuntum replied at 13-4-2021 12:39 PM
die penah masuk dewi remaja ke...??? iols ingat die start berlakon drama puteri tu je...

Aku pun ingat dia penah dewi remaja sb gambar dlm majalah org lain posing biasa je dia sorang tonggek melebih lebih haha
Quote kaedahnya 13-4-2021 09:16 PM
cikkuntum replied at 13-4-2021 12:39 PM
die penah masuk dewi remaja ke...??? iols ingat die start berlakon drama puteri tu je...

cuba google cover majalah dewi remaja 2000s dulu ada dia jadi covergirl. comel.
Quote mamastoney 13-4-2021 10:08 PM
helicornia replied at 13-4-2021 05:20 PM
serina please take note

Tapi serena dah dpt restu drp papa....hahaha
Quote salmon-suki 13-4-2021 10:52 PM
msdummy.2018 replied at 13-4-2021 09:10 PM
Dlm citer nora enjoy tuhhh..jd rumate nora dgn kesuma dewi

Ai igt2 lpe daa dia berlakon citee apa tp igt laa dia mcm berlakon komedi gitu..pstu mcm xtaw bila hilang drpd industri..hihihi~
Quote ikanmasin 13-4-2021 11:03 PM
alhamdulillah...
Quote makadek 13-4-2021 11:22 PM
Tk beranak pn gundu gak

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.060521 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top