CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jong-Un Arah Hukuman Mati Pegawai Tinggi Kementerian Pendidikan Sering Mengeluh

13-4-2021 05:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5010| Komen: 19

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan mengarahkan hukuman mati ke atas seorang pegawai tertinggi di kementerian pendidikan tinggi selepas gagal mengadakan panggilan video mencukupi dan sering mengeluh dengan bebanan kerja.


NY Post melaporkan, pegawai berkenaan juga dikatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan kerana tidak menyalurkan sumber dan bantuan mencukupi untuk menggerakkan kerja.


Kredit foto: Yahoo

Pegawai dikenali sebagai Park berusia 50-an itu dilantik sebagai pengerusi suruhanjaya tidak tetap kementerian pendidikan tinggi yang dibentuk pada Jun tahun lalu bagi melaksanakan Akta Pendidikan Jarak Jauh, lapor Daily NK.

Tetapi, penyelidikan oleh Jabatan Organisasi dan Bimbingan terhadap suruhanjaya itu menunjukkan bahawa Park gagal mencapai kemajuan nyata dalam menentukan hala tuju pembelajaran jarak jauh di negara ini.

Malah, ahli jawatankuasa suruhanjaya hanya berkumpul untuk mengkritik pemerintah, menurut pejabat berita yang berpusat di Korea Selatan.


Park dilaporkan mengeluh kepada pegawai atasannya yang memberitahunya supaya diam dan jalankan saja tugas diberi.

Namun, Park dilaporkan terus meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Saya tidak faham mengapa (kerajaan) memilih untuk melaksanakan akta ini, menubuhkan suruhanjaya ini dan memanggil profesor yang sibuk dari tugas universiti mereka sedangkan mereka tidak memberi sebarang sumber.

"Walaupun kita memberi cadangan, mereka hanya memberitahu supaya kita menutup mulut.

"Jadi kita hanya berkumpul dan kemudian pulang ke rumah masing-masing," kata Park kepada anggota suruhanjaya.

Suruhanjaya berkenaan terdiri daripada kira-kira 20 profesor yang mengadakan mesyuarat mingguan.

Siasatan dijalankan selepas Presiden Universiti Kim Il Sung, Ri Guk Chol kemudian mengetahui mengenai komen Park dan melaporkannya kepada jawatankuasa pusat.

Sementara itu, Mirror melaporkan Ri Guk Chol kini menerajui suruhanjaya berkenaan dan antara langkah awal yang diambil adalah untuk mengadakan persidangan video dengan lebih kerap.


Sumber: Harian Metro
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 13-4-2021 05:36 AM
Moga Kim Jong-un memerintah Malaysia... elok semua pemimpin yg korup di tembak mati dan yg menyeleweng kerja dan kebajikan pada rakyat
Quote caprut 13-4-2021 05:42 AM
Mengeluh tu tk pe. Tp jangan la mengeluh dkt media sosial. Bila org kecam ko ckp org tk paham. Ko mengeluh antara geng2 ko je boleh
Quote shernazz 13-4-2021 05:44 AM
Kalau dia ada kat mesia
Berapa ramai la.mati nanti...
Quote Carcosa 13-4-2021 05:46 AM
Padan muka. Dahla kementerian pendidikan. Org dah suruh diam, kau bebel2 lagi. Kan dah nk kena bunuh. Kang hari nak kena tembak nnti, kau jgn bebel2 plk lagi
Quote tikusmontok 13-4-2021 05:53 AM
Bezanya nasib dgn majlis prof2 msia
Quote meteorspeed 13-4-2021 05:56 AM
Teruk betul, kepimpinan dia, nie.. Bunuh bunuh jer keje nyer
Quote CiliPadiSedap 13-4-2021 06:01 AM
nasib baik dia tak suruh pelajar tukar kasut hitam kalau tak mengamuk si doraemon kim jongang
Quote highcastle 13-4-2021 06:29 AM
Edited by highcastle at 13-4-2021 06:30 AM
meteorspeed replied at 13-4-2021 05:56 AM
Teruk betul, kepimpinan dia, nie.. Bunuh bunuh jer keje nyer

Itu pun ramai yang kat atas ni bangga sampai ada yg mintak memerintah Malaysia.. Main bunuh suka hati dia aje...........
Quote TuntungReturn 13-4-2021 06:42 AM
bertapa untungnya cikgu yg dok kt malaysia
Quote Punat_button 13-4-2021 07:45 AM
orang malaysia rasa untung tak jadi rakyat korea utara

orang england rasa untung tak jadi rakyat malaysia

Quote Rajawali 13-4-2021 07:53 AM
highcastle replied at 13-4-2021 06:29 AM
Itu pun ramai yang kat atas ni bangga sampai ada yg mintak memerintah Malaysia.. Main bunuh suka h ...

sebab hati dah hitam..nampak perkara bunuh orang ni macam tengok wayang je.
Quote tripleid 13-4-2021 09:08 AM
menteri yg tido masa majlis konvo tu dah selamat jadi arwah kalo dok korea utara
Quote cambaik 13-4-2021 09:26 AM
tripleid replied at 13-4-2021 09:08 AM
menteri yg tido masa majlis konvo tu dah selamat jadi arwah kalo dok korea utara

Yang ni aje
selamat kalau tidur


"ahak"




Quote tripleid 13-4-2021 11:02 AM
cambaik replied at 13-4-2021 09:26 AM
Yang ni ajeselamat kalau tidur

biasalah tu mp tertido dlm parlimen,bistu mp umngok pas x penah tido dlm parlimen ka?
mp umngok lagi power,kantoi hisap vape dlm parlimen..yg menterinya pulak siap membuta dlm majlis konvo sampai viral satu dunia



ni lah kualiti menteri2 PN bertaraf sampah

[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1886301741548334/?type=3&source=54&ref=page_internal[/fbp]







Quote Potato_kering 14-4-2021 04:10 AM
noor2: Moga Kim Jong-un memerintah Malaysia... elok semua pemimpin yg korup di tembak mati dan yg menyeleweng kerja dan kebajikan pada rakyat

Ler si jongkol ni amik duit rakyat yg bekerja utk sara negara kot. Bersyukur la.
Quote Ninjanunu 17-5-2021 12:45 PM
Dia ni agama apa? Senang2 hukum mati org lain..  Xde percaya life after death ya?
Quote dudaberhias 17-5-2021 12:47 PM
Kesiannya tak pepasal kena hukum mati. Btw panjang betul umur diktator korea utara ni, tak cash2 lagi pun.
Quote ninja9 17-5-2021 12:55 PM
Tak bolehlah salahkan pegawai tu. Masalah yang dia utarakan tu memang nyata. Nak jalankan perancangan perlu duit.. kalau tak ada duit, macam mana nak buat. Bila cakap dengan pihak atasan, pihak atasan suruh tutup mulut... pihak atasan pun tak ada penyelesaian. Masalah bukan tak ada skill.. ada taraf professor kot..
Quote mbhcsf 17-5-2021 12:56 PM
wow, ni betul2 anak murid Niccolo Machiavelli ni ....realpolitik ....matlamat  menghalalkan cara , the end justifies the means?

wow man.....asyik bunuh2 je  depa...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.047382 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top