CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raih Emas Dalam Acara Taekwondo Walau Perut Memboyot

12-4-2021 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4858| Komen: 26

Walaupun sarat hamil lapan bulan tidak menghalang atlet Nigeria ini meraih pingat emas dalam acara taekwondo.

Aminat Idrees, 26, yang memenangi kategori mixed poomsae dalam Festival Sukan Kebangsaan iaitu kejohanan sukan yang berlangsung setiap dua tahun sekali di Nigeria.


CNN melaporkan penganjur menggambarkan kemenangan Aminat memberi inspirasi kepada semua pihak.



Aminat dilihat lincah dalam rakaman tular di Twitter menunjukkan teknik pertempuran berbeza turut memenangi kategori lain iaitu simulasi bukan pertempuran dikenali sebagai poomsae dalam seni pertahanan diri itu.

Aminat berkata, dia gembira dengan pencapaiannya di acara yang berlangsung di Edo itu.

"Ini keistimewaan bagi saya. Saya baru saja memutuskan mencubanya selepas berlatih beberapa kali.

"Sebelum hamil, saya selalu melakukan latihan, jadi nampaknya tidak berbeza walaupun mengandung," katanya.


Namun, tidak semua orang menganggap penyertaannya dalam sukan itu memberi inspirasi.

Ada yang mengkritiknya kerana mengambil bahagian dalam sukan itu kerana usia kandungannya sudah lapan bulan.

Seorang pengguna Twitter, Iga Moore, menulis, "Ini agak memualkan daripada memberi inspirasi."

Bagaimanapun, Aminat tampil menjelaskan sukan pertahanan diri itu mempunyai pelbagai teknik boleh dilakukan.

"Ramai orang tidak faham apa sebenarnya taekwondo. Saya merasakan ini jalan untuk mendidik orang mengenai hal ini.

"Taekwondo ada dua cabang iaitu sukan tempur dan poomsae iaitu bentuk latihan yang hanya memaparkan teknik tangan dan kaki di taekwondo. Saya menyertai acara poomsae.

"Saya rasa tidak ada banyak risiko timbul, jadi saya memutuskan untuk mencubanya. Doktor saya dan juga penganjur kejohanan mengesahkan saya layak menyertai sukan tanpa kontak," katanya kepada CNN.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 12-4-2021 04:54 PM
Beliau masih mudah dan dah biasa lakukan aktiviti lasak pasti tak ada masaalah buatnya
Quote salimrock 12-4-2021 05:32 PM
contestant lain : kasi dia menang la, tak sampai hati plak nak sepak. dah la bawak baby dlm perut, karang aku tendang, kata tak berperi kemanusiaan pula... tak pe la pura2 kalah la dgn dia ni...
Quote Megikari 12-4-2021 05:32 PM
Worrrr kagum aku. Aku time 8 bulan preggy dah macam sayur overcooked asyik melepek lembik je. Kuat sungguh minah ni
Quote sarah82 12-4-2021 05:41 PM
[youtube]wYvesk_JTuM[/youtube]
Quote sarah82 12-4-2021 05:42 PM
salimrock replied at 12-4-2021 05:32 PM
contestant lain : kasi dia menang la, tak sampai hati plak nak sepak. dah la bawak baby dlm perut, k ...

"Taekwondo ada dua cabang iaitu sukan tempur dan poomsae iaitu bentuk latihan yang hanya memaparkan teknik tangan dan kaki di taekwondo. Saya menyertai acara poomsae.

Yg dia bertanding bukan tempur
Quote mikasa 12-4-2021 05:44 PM
sarah82 replied at 12-4-2021 05:42 PM
"Taekwondo ada dua cabang iaitu sukan tempur dan poomsae iaitu bentuk latihan yang hanya memaparka ...

Jenis tak baca abis atau tak baca isi langsung
Quote sarah82 12-4-2021 05:44 PM
mikasa replied at 12-4-2021 05:44 PM
Jenis tak baca abis atau tak baca isi langsung

Mungkin ayat tu dia skip.. Hahahaha.. Iols pun pelik juga mula2..tu cari kat utube.
Quote salimrock 12-4-2021 05:46 PM
sarah82 replied at 12-4-2021 05:42 PM
"Taekwondo ada dua cabang iaitu sukan tempur dan poomsae iaitu bentuk latihan yang hanya memaparka ...

oh taekwondo pn ada poomase cam karate ada kata,

patut la, kalo sukan tempur, aku rasa pengadil pn tak mgkn bagi masuk...



Quote sarah82 12-4-2021 05:47 PM
salimrock replied at 12-4-2021 05:46 PM
oh taekwondo pn ada poomase cam karate ada kata,

patut la, kalo sukan tempur, aku rasa pengadi ...

Mesti kena reject.. bahaya utk perut dia.
Quote Supersirap 14-4-2021 08:56 AM
Sifat perjuangan yang sangat tinggi, tahniah aminat
Quote kasibiman 14-4-2021 08:57 AM
salimrock replied at 12-4-2021 05:32 PM
contestant lain : kasi dia menang la, tak sampai hati plak nak sepak. dah la bawak baby dlm perut, k ...

kannn...kejadahnya perut memboyot cenggitu nak bertaekwondo
Quote che-cikL 14-4-2021 01:47 PM
Ooo... Poomaae ni macam silat pengantin ya
Quote airfilterkotor 8-6-2021 08:04 AM
Hahahaa...
Quote jiwasemangat 8-6-2021 09:25 AM
Hehehe.. tak kan nak tendang pewot ada baby. Hahaha
Quote AyaqMeloSuam 6-7-2021 10:26 PM
salimrock: contestant lain : kasi dia menang la, tak sampai hati plak nak sepak. dah la bawak baby dlm perut, karang aku tendang, kata tak berperi kemanusiaan pu ...

Kannnn.. aku pikiaq camtu.. klu sepak kang.. kena kecam.. {:run
Quote Babai 6-7-2021 11:16 PM
Edited by Babai at 7-7-2021 02:43 AM
salimrock replied at 12-4-2021 05:32 PM
contestant lain : kasi dia menang la, tak sampai hati plak nak sepak. dah la bawak baby dlm perut, k ...


Betul. Cuma kalau ikut logik, dia tak sepatutnya dibenarkan bertanding. Tapi mungkin juga dia dibenarkan sebab saje nak kasi dia menang dan boleh masuk berita heboh2 sikit.
Quote supernaturalee 7-7-2021 02:11 AM
sarah82 replied at 12-4-2021 05:41 PM

Owh
Poomsae ni lbh kpd show
But still tgk aksi die utk 8 months preggy hebat
Tendang kaki ke atas tu Klu org biasa pun belum tentu blh buat

Quote supernaturalee 7-7-2021 02:13 AM
Babai replied at 6-7-2021 11:16 PM
Betul. Cuma kalau ikut logik, dia tak sepatutnya dibenarkan bertanding. Tapi mungkin juga dia dibe ...

Publisiti

Ramai jgk yg baru tau kategori ni
Plus what 8 month pregnant lady can do

Quote anony-mous 7-7-2021 02:13 AM
salimrock replied at 12-4-2021 05:46 PM
oh taekwondo pn ada poomase cam karate ada kata,

patut la, kalo sukan tempur, aku rasa pengadi ...

Ya. Usually nak naik belt kena buat mcm ni dlu. Tp ramai2 la. Lepas ujian baru dpt naik belt

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049530 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top