View: 3849|Reply: 26
|
Raih Emas Dalam Acara Taekwondo Walau Perut Memboyot
[Copy link]
|
|
Walaupun sarat hamil lapan bulan tidak menghalang atlet Nigeria ini meraih pingat emas dalam acara taekwondo.
Aminat Idrees, 26, yang memenangi kategori mixed poomsae dalam Festival Sukan Kebangsaan iaitu kejohanan sukan yang berlangsung setiap dua tahun sekali di Nigeria.
CNN melaporkan penganjur menggambarkan kemenangan Aminat memberi inspirasi kepada semua pihak.
Aminat dilihat lincah dalam rakaman tular di Twitter menunjukkan teknik pertempuran berbeza turut memenangi kategori lain iaitu simulasi bukan pertempuran dikenali sebagai poomsae dalam seni pertahanan diri itu.
Aminat berkata, dia gembira dengan pencapaiannya di acara yang berlangsung di Edo itu.
"Ini keistimewaan bagi saya. Saya baru saja memutuskan mencubanya selepas berlatih beberapa kali.
"Sebelum hamil, saya selalu melakukan latihan, jadi nampaknya tidak berbeza walaupun mengandung," katanya.
Namun, tidak semua orang menganggap penyertaannya dalam sukan itu memberi inspirasi.
Ada yang mengkritiknya kerana mengambil bahagian dalam sukan itu kerana usia kandungannya sudah lapan bulan.
Seorang pengguna Twitter, Iga Moore, menulis, "Ini agak memualkan daripada memberi inspirasi."
Bagaimanapun, Aminat tampil menjelaskan sukan pertahanan diri itu mempunyai pelbagai teknik boleh dilakukan.
"Ramai orang tidak faham apa sebenarnya taekwondo. Saya merasakan ini jalan untuk mendidik orang mengenai hal ini.
"Taekwondo ada dua cabang iaitu sukan tempur dan poomsae iaitu bentuk latihan yang hanya memaparkan teknik tangan dan kaki di taekwondo. Saya menyertai acara poomsae.
"Saya rasa tidak ada banyak risiko timbul, jadi saya memutuskan untuk mencubanya. Doktor saya dan juga penganjur kejohanan mengesahkan saya layak menyertai sukan tanpa kontak," katanya kepada CNN.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beliau masih mudah dan dah biasa lakukan aktiviti lasak pasti tak ada masaalah buatnya |
|
|
|
|
|
|
|
contestant lain : kasi dia menang la, tak sampai hati plak nak sepak. dah la bawak baby dlm perut, karang aku tendang, kata tak berperi kemanusiaan pula... tak pe la pura2 kalah la dgn dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Worrrr kagum aku. Aku time 8 bulan preggy dah macam sayur overcooked asyik melepek lembik je. Kuat sungguh minah ni |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 12-4-2021 05:32 PM
contestant lain : kasi dia menang la, tak sampai hati plak nak sepak. dah la bawak baby dlm perut, k ...
"Taekwondo ada dua cabang iaitu sukan tempur dan poomsae iaitu bentuk latihan yang hanya memaparkan teknik tangan dan kaki di taekwondo. Saya menyertai acara poomsae.
Yg dia bertanding bukan tempur |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 12-4-2021 05:42 PM
"Taekwondo ada dua cabang iaitu sukan tempur dan poomsae iaitu bentuk latihan yang hanya memaparka ...
Jenis tak baca abis atau tak baca isi langsung |
|
|
|
|
|
|
|
mikasa replied at 12-4-2021 05:44 PM
Jenis tak baca abis atau tak baca isi langsung
Mungkin ayat tu dia skip.. Hahahaha.. Iols pun pelik juga mula2..tu cari kat utube. |
|
|
|
|
|
|
|
oh taekwondo pn ada poomase cam karate ada kata,
patut la, kalo sukan tempur, aku rasa pengadil pn tak mgkn bagi masuk...
|
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 12-4-2021 05:46 PM
oh taekwondo pn ada poomase cam karate ada kata,
patut la, kalo sukan tempur, aku rasa pengadi ...
Mesti kena reject.. bahaya utk perut dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sifat perjuangan yang sangat tinggi, tahniah aminat |
|
|
|
|
|
|
|
kannn...kejadahnya perut memboyot cenggitu nak bertaekwondo
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo... Poomaae ni macam silat pengantin ya |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe.. tak kan nak tendang pewot ada baby. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock: contestant lain : kasi dia menang la, tak sampai hati plak nak sepak. dah la bawak baby dlm perut, karang aku tendang, kata tak berperi kemanusiaan pu ...
Kannnn.. aku pikiaq camtu.. klu sepak kang.. kena kecam.. {:run |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Babai at 7-7-2021 02:43 AM
Betul. Cuma kalau ikut logik, dia tak sepatutnya dibenarkan bertanding. Tapi mungkin juga dia dibenarkan sebab saje nak kasi dia menang dan boleh masuk berita heboh2 sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 12-4-2021 05:41 PM
Owh
Poomsae ni lbh kpd show
But still tgk aksi die utk 8 months preggy hebat
Tendang kaki ke atas tu Klu org biasa pun belum tentu blh buat
|
|
|
|
|
|
|
|
Babai replied at 6-7-2021 11:16 PM
Betul. Cuma kalau ikut logik, dia tak sepatutnya dibenarkan bertanding. Tapi mungkin juga dia dibe ...
Publisiti
Ramai jgk yg baru tau kategori ni
Plus what 8 month pregnant lady can do
|
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 12-4-2021 05:46 PM
oh taekwondo pn ada poomase cam karate ada kata,
patut la, kalo sukan tempur, aku rasa pengadi ...
Ya. Usually nak naik belt kena buat mcm ni dlu. Tp ramai2 la. Lepas ujian baru dpt naik belt |
|
|
|
|
|
|
| |
|