Georgetown: Lelaki mengalami sesak nafas sebelum rebah dan meninggal dunia ketika mendaki bukit di Taman Botani berhampiran Tanjung Bungah, Bagan Jermal di sini, hari ini. Mangsa yang berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipanggil ke lokasi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.02 petang. Menurutnya, kerja menyelamat mangsa membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal. "Pasukan bomba dimaklumkan bahawa lelaki terbabit yang melakukan aktiviti mendaki bersama tujuh lagi rakannya dan kemudiannya dilihat mengalami sesak nafas sebelum pengsan.
"Anggota bomba menaiki kereta pacuan empat roda selama 10 minit dan mendaki kira-kira dua kilometer (km) untuk ke lokasi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM sebelum dibawa turun ke kaki bukit dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan lanjut. Sumber : Harian Metro |
ADVERTISEMENT