View: 1811|Reply: 5
|
Lelaki 58 tahun rebah dan meninggal dunia ketika mendaki bukit
[Copy link]
|
|
Georgetown: Lelaki mengalami sesak nafas sebelum rebah dan meninggal dunia ketika mendaki bukit di Taman Botani berhampiran Tanjung Bungah, Bagan Jermal di sini, hari ini.
Mangsa yang berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipanggil ke lokasi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.02 petang.
Menurutnya, kerja menyelamat mangsa membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal.
"asukan bomba dimaklumkan bahawa lelaki terbabit yang melakukan aktiviti mendaki bersama tujuh lagi rakannya dan kemudiannya dilihat mengalami sesak nafas sebelum pengsan.
"Anggota bomba menaiki kereta pacuan empat roda selama 10 minit dan mendaki kira-kira dua kilometer (km) untuk ke lokasi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM sebelum dibawa turun ke kaki bukit dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan lanjut.
Sumber : Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah semoga arwah dimasukkan dalam syurga |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengok badan puth semacam tu ..cina kot. |
|
|
|
|
|
|
|
tulah. tgk gambo pun mcm chinese, putih pastu pakai short aje
|
|
|
|
|
|
|
|
Serangan jantung ke kalau ada masaalah kesihatan tak sesuai nak buat aktiviti macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat xtvt mendaki ni...
jantung kena sehat dan kuat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|