CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biawak Gergasi Kelaparan 'Shopping' Di Kedai Serbaneka

9-4-2021 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4601| Komen: 21

Description: Bangkok: Pembeli di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Thailand dikejutkan dengan 'kedatangan' biawak gergasi sepanjang 1.8 meter.
Bangkok: Pembeli di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Thailand dikejutkan dengan 'kedatangan' biawak gergasi sepanjang 1.8 meter.

Biawak besar itu masuk dan memanjat rak makanan di kedai itu.


Daily Mirror melaporkan kejadian itu dirakam melalui video yang kemudian tular di media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah premis di Nakhon Pathom.


Foto: Agensi

Reptilia gergasi itu dipercayai keluar dari saluran air terdekat sebelum merangkak masuk ke kedai itu.

Saksi yang melihat kejadian itu dan merakam pemandangan luar biasa itu, Narumpa Tangsin mengakui bahawa dia cuba untuk mendekati biawak berkenaan.


Menurutnya, haiwan itu boleh menjadi berbahaya apabila sedang marah dan kelaparan.

"Saya berhenti di kedai ini untuk membeli makanan dan kemudian melihat biawak besar di dalamnya.

"Malah, saya ingin mengambil minuman tetapi reptilia itu terlalu dekat dengan lorong minuman.

"Biawak ini boleh menjadi bahaya terutama ketika marah, jadi saya diam saja dan merakamnya menggunakan telefon bimbit saya," katanya.

Kakitangan dan pelanggan bersembunyi di sebalik meja, sementara binatang itu naik ke rak dan menjatuhkan beberapa kotak susu ke lantai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apa yang terjadi dengan biawak itu selepas insiden berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 9-4-2021 09:11 AM
sama tinggi dgn orang
Quote Belibis 9-4-2021 09:18 AM
Rejeki la tuuuu..
Quote ninnamina 9-4-2021 10:45 AM
Besar gila
Quote Artemesiaa 9-4-2021 12:57 PM
Besornya mana tak terperanjat dibuatnya
Quote Buritan 9-4-2021 12:58 PM
cmf_premierleag replied at 9-4-2021 09:11 AM
sama tinggi dgn orang

Boleh dia berdiri nokk
Quote kakikuDibibirmu 9-4-2021 01:02 PM
Biawak pun nak minum Milo
Quote ikanmasin 9-4-2021 05:00 PM
psst tgh pilih makanan apa tu..siap berdiri huhaiii
Quote sekngucing 9-4-2021 05:01 PM
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2021 01:02 PM
Biawak pun nak minum Milo

biawak sebesar inilah yg bertwmbung dgn iols. masa iols. nak. turun ke bawah tangkap. ukan.. tiba2 dia keluar dari semak.. nampak iols.. dia nak keluar tp ada pagar.. dia uturn.. iols. nak. lari.. tersepak pagar yg ada atas. tanah.. jatuh betul2 depan biawak.. biawak tu pusing dan lari arah kain... betul2 mcm ni ada bulat di belakangnya
Quote kakikuDibibirmu 9-4-2021 05:08 PM
sekngucing replied at 9-4-2021 05:01 PM
biawak sebesar inilah yg bertwmbung dgn iols. masa iols. nak. turun ke bawah tangkap. ukan.. tiba2 ...

Akak rengsa dengan biawak lari masuk pintu rumah, siap dengan pakej dia berak lagi, busuk punya taik ke muntah ke dia makan bangkai, terus akak pasang grill berpagar halus dekat pintu grill rumah akak, trauma sangat akak masa tu, menyesal ada rumah atas tanah dekat dengan semak hutan
Quote Orix 9-4-2021 05:14 PM
Iols dlu ok jah dgan biawak sbb biawak selalunya takut org. Yg iols tak suka dia makan anak kucing iols {:yameteh
Quote edayildiz 9-4-2021 05:21 PM
mcm buaya..dlu masa kecik..biawak masuk dom umah ustaz yg ajar i ngaji..lintang pukang weols lari..biawak ni apehal eh dia main sergah jer..hbs langgar kitorg..tp org ckp biawak ni suwey
Quote cmf_premierleag 9-4-2021 06:02 PM
Buritan replied at 9-4-2021 12:58 PM
Boleh dia berdiri nokk

kalo si Kiah gi kedai tu, pastu nmpk biawak tu, mesti dia pi dekat2 and tegur..."lawa costume baru ko ni hussein..ko nak masuk pertandingan pakaian beragam ke?"
skali tgk2 biawak betul ghopenyeee
Quote cmf_premierleag 9-4-2021 06:04 PM
kakikuDibibirmu replied at 9-4-2021 05:08 PM
Akak rengsa dengan biawak lari masuk pintu rumah, siap dengan pakej dia berak lagi, busuk punya ta ...

cash lah uols sbb biawak berak muntah kt rumah uols
Quote any42 9-4-2021 06:14 PM
aaaa besarnyaaa. kakitgn & plnggan sembunyi sbalik meja je klau i lintang pukang lari xckup tanah cri pintu kluar
Quote bakingsoda 9-4-2021 07:07 PM
rajin jugak gi kedai dari sejenis lagi bewak, sume tunggu mak ayah atau bini yg suap, elok disuap racun pastu lempar dlm sungai bagi buaya makan
Quote naina 9-4-2021 07:13 PM
Besaunyaaaa. Ini spesis komodo ni
Makan apalah jadi besar cmtu
Quote Centurion 9-4-2021 07:35 PM
Buaya biawak buaya biawak buaya biawak buaya biawak buaya biawak  
Quote ninja boy 9-4-2021 09:37 PM
Pernah nampak biawak kecik 90% sikit dari ni kat kebun sawit
Quote PinkyPie 10-4-2021 07:05 AM
Ada tgk vid dia panjat rak tu, bleh tahan laju gak dia gerak. Ingatkan slow.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.063607 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top