CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cari Duit, Zoo Negara Bakal Anjur Pakej Perkahwinan

9-4-2021 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4612| Komen: 31

Description: Zoo Negara bakal memperkenalkan pakej penganjuran majlis perkahwinan di premis itu sebagai produk alternatif dalam menjana pendapatan selepas Aidilfitri ini.
Zoo Negara bakal memperkenalkan pakej penganjuran majlis perkahwinan di premis itu sebagai produk alternatif dalam menjana pendapatan selepas Aidilfitri ini.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, pakej terbabit dirancang ditawarkan pada harga berpatutan yang akan menjadi tarikan terbaharu pada masa akan datang.


Foto: Harian Metro

"Memang kita ada rancangan jayakan idea ini (pakej perkahwinan) selepas Aidilfitri untuk tampung perbelanjaan dan menjana pendapatan sedia ada.

"Kalau kita boleh adakan majlis perkahwinan di Dewan Kancil, Zoo Negara, mungkin kita akan kaji prosedur operasi standard (SOP) serta bagaimana kemasukan tetamu tanpa melalui pintu sedia ada.


"Pada masa sama, semua tetamu yang hadir juga akan diberikan 50 peratus diskaun tiket kemasukan ke Zoo Negara pada hari berkenaan," katanya dalam sidang media selepas Program Walimatul Urus-Raikan Cinta meraikan dua pasangan mempelai di Zoo Negara, hari ini.

Mengenai status terkini kewangan Zoo Negara, Rosly berkata, mereka mampu meraih pendapatan sehingga RM11 juta tahun ini menerusi pelbagai inisiatif termasuk sumbangan dana, pengambilan haiwan angkat, program Jom Memancing @ Zoo Negara serta kemasukan pengunjung.

"Apabila Zoo Negara dibuka sejak lebih sebulan lalu, kita terima sambutan menggalakkan, malah lebih baik berbanding sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

"Saya juga berterima kasih kepada semua pihak kerana menyokong kami hingga mampu meraih RM11 juta tahun ini berbanding hanya RM10 juta tahun lalu.

"Apa yang saya boleh katakan memang kewangan kita sekarang mencukupi untuk menampung kos seperti gaji pekerja, perubatan dan makanan haiwan, tetapi jika PKP dilanjutkan lagi dalam tempoh lima ke enam bulan, mungkin kita terpaksa merayu lagi bantuan untuk kelangsungan," katanya.

Dalam pada itu, melihat kepada sambutan menggalakkan dalam program Jom Memancing @ Zoo Negara, pihaknya akan menambah lima tan lagi ikan pelbagai spesies dalam masa terdekat.

"Sehingga kini, kita sudah meletakkan satu setengah tan ikan dalam Tasik Tunku Abdul Rahman dan bakal menambah lima tan ikan lagi dalam masa terdekat bagi menarik minat pemancing," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 9-4-2021 09:35 AM
menarik juga. dgn view dlm hutan byk pokok
Quote MissVixen 9-4-2021 09:57 AM
Baguslah. Kreatif nak teruskan hidup.
Zoo taiping, zoo melaka diam je. Zoo lain banyak duit dan bantuan ke?
Quote songhara1226 9-4-2021 10:12 AM
Iolls cdgkan buat majlis berbuka puasa di zoo
Quote tikusmontok 9-4-2021 10:13 AM
menarik..byk view cantik..zoo air keroh boleh contohi
Quote emera 9-4-2021 10:16 AM
Cantikkan lagi landscape, bukak pakej photoshoot, gerenti ramai nak. Background zirafah mesti comey lotey
Quote awanysss 9-4-2021 10:29 AM
bestnyee.. buat kat afamosa pun mcm best.. yg dalam cage tu..
makan sambil dikelilingi rimau
Quote Nana_Man 9-4-2021 10:50 AM
Good idea. Wedding, birthday party. Buat2 night safari pun ok jgk.
Quote AyaqMeloSuam 9-4-2021 11:12 AM
Idea menarik.. blh pelbagaikan lg.. org dlm KL dh xtau nk p mna.. zoo bukak je dlm tu pakej2 menarik utk org ramai.. sure penuh dlm. Colab dgn panggung wayang ke.. mcm disney tu.. tp cerita unsur alam sekitar or hewan.. kartun2.. pstu pakej bgambar dgn hewan2 tu.. kompom bdk2 nk mai.. kompompom mak pak kna kluaq duit bwk masuk. Juai kt skolah2..
Quote Lylyna 9-4-2021 11:28 AM
Bole la klau yang nak bertemakan safari.
Quote kakakko 9-4-2021 11:30 AM
awanysss replied at 9-4-2021 02:29 AM
bestnyee.. buat kat afamosa pun mcm best.. yg dalam cage tu..
makan sambil dikelilingi rimau

Pernah makan kat situ.. Tapi rimaunya kurus gilaaaa... Kesiann
Quote BicaraHatiku 9-4-2021 11:32 AM
MissVixen replied at 9-4-2021 09:57 AM
Baguslah. Kreatif nak teruskan hidup.
Zoo taiping, zoo melaka diam je. Zoo lain banyak duit dan ba ...

Zoo Negara baru dpt bantuan 100k dari Habib Jewel.

Quote Artemesiaa 9-4-2021 12:21 PM
Idea yang bagus dari idea hanya harapkan sumbangan orang
Quote lavendernovella 9-4-2021 12:30 PM
Improve taman rama2 tu. Letak pokok2 bunga lagi banyak, so rama2 akan lagi banyak. Dan improve pengudaraan kat situ. Panas leting. Kesian pokok kesian rama2.   

Tempat tu ada potensi jadi tempat pengambaran pengantin.
Quote Boomibulat 9-4-2021 12:50 PM
Jgn lauk pengantin dicuri monyet dah la.
Quote Skuau 9-4-2021 12:52 PM
x nk amik gambor ngan rimau,singa,buaya???
Quote mamarock 9-4-2021 01:20 PM
Latar belakang dolphin pun cantik
Quote LadyCarefree 9-4-2021 04:18 PM
songhara1226: Iolls cdgkan buat majlis berbuka puasa di zoo


Good idea. Boleh solat jemaah bagai sekali khenzssssss.
Quote azimodin 9-4-2021 06:07 PM
Aku cadangkan management zoo negara pergi berguru dengan management zoo tepen. Zoo tepen antara zoo terbaik di asia kan? Pernah dengar yg zoo tepen siap tanam pokok untuk make sure bekalan makanan sentiasa ada. Zoo negara ni dah la masuk mahal, tapi keadaan daif sangat. Pagar pon ada karat2. Pameran x menarik.
Quote shida81 9-4-2021 06:10 PM
Bagus management zoo negara ni nampak ada initiatives... Bukan dok menunggu bulan jatuh ke riba...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.210874 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top