CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Berniqab Disihir, Dakwa Dengar Bisikan Suruh Tikam Suami!

9-4-2021 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4132| Komen: 18

Dugaan demi dugaan yang dilalui wanita ini akibat disihir sejak tahun 2017 ternyata membawa impak yang cukup besar dalam hidupnya.

Dakwa Aida Suriyanti Abdullah, 33, bukan sahaja kesihatan dirinya terganggu, malah dia turut berhadapan peristiwa mistik seperti bisikan jahat yang menyuruhnya melakukan perkara bukan-bukan.


Mesra disapa Mekda, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui sudah berubat di serata negeri dan kini keadannnya beransur pulih.

Kredit foto: mStar

"Saya kena pada tahun 2017. Waktu tu perniagaan jamu saya tengah laris. Tiba-tiba pada suatu hari, saya nak angkat botol produk pun tak boleh.

"Kemudian mak suruh balik kampung jumpa ustaz. Makin hari makin teruk. Saya dengar bisikan di telinga suruh tikam suami, campak anak dan sebagainya.


"Saya berubat di Kedah, Kuala Lumpur dan Perak. Sekarang dah OK sikit. Walaupun dalam tempoh itu emosi saya tak stabil macam orang gila, saya tetap berniaga," ujarnya yang menetap di Putrajaya.

Bercerita lanjut kepada mStar, Mekda berkata dia melalui detik hitam apabila pelbagai barangan dikeluarkan daripada tubuhnya sewaktu menjalani rawatan altenatif dengan pengamal perubatan tradisional.

Malah, dia turut berkongsi video-video sekitar proses rawatan itu menerusi media sosial untuk memberi peringatan kepada orang ramai mengenai kewujudan sihir.

Kredit foto: mStar

"Paku, mata kail, miang buluh keluar di bahagian kaki. Kemudian ustaz pernah keluarkan duit siling dan tanah busuk melalui bahagian belakang tubuh saya. Katanya tanah kubur.

"Waktu dia tarik, badan rasa panas. Paling sakit waktu keluar mata kail di kaki saya. Ibaratnya saya menjerit sampai satu taman boleh dengar. Tapi tak ada darah yang keluar," dakwanya lagi.

Dalam tempoh menerima rawatan itu, Mekda turut melakukan penghijrahan dan mula mengenakan niqab.

Menurutnya lagi, dia reda diuji begitu dan menganggap ia sebagai satu teguran Allah.


Kredit foto: mStar

"Ada satu ketika, saya tengah sujud dalam solat. Saya nampak bayangan api yang sangat panas. Esoknya saya terus terdetik untuk berniqab dan pakai sampai sekarang.

"Saya sentiasa fikir positif. Saya pun dah maafkan sesiapa yang hantar sihir kepada saya. Mungkin saya lupa diri masa produk tengah naik, jadi Allah nak tegur saya.

"Yang penting jangan tinggalkan amalan kita. Saya juga terharu dengan sokongan suami. Selain itu, saya terharu apabila netizen bagi sokongan di media sosial," ujarnya lagi.

Menurut Mekda, dia dan suami, Muhamad Rizuwan Khalin, 35, berkahwin pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia empat tahun.


Dalam pada itu, Mekda turut menitipkan pesan buat individu yang berniat jahat sehingga sanggup melakukan perbuatan sihir agar sentiasa ingat dengan hukum Allah.

Kredit foto: mStar


"Kita memang rasa puas bila dapat balas kemarahan kita, kedengkian kita pada orang. Selagi tak rasa azab Allah, kita tak kan rasa menyesal bila kita buat sesuatu perkara yang menyakitkan orang lain.

"Tapi ingat balasan Allah akan berganda sakit dari apa kita buat dekat orang. Saya doakan dan mohon Allah kesiankan orang yang hatinya begini supaya Allah ketuk pintu hati dia.

"Semoga Allah beri hati yang baharu pada dia untuk dia bertaubat dan mulakan kehidupan yang baru. Tiada sedikit dendam pun dihati saya," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 9-4-2021 12:26 PM
Aku masuk komen sbb nak bagi naik jela..


Menguap di skala 100 baca berita ni.. Next.

Quote ainonymous 9-4-2021 12:46 PM
yawnnnnnnnnnnnnnnnn
Quote helicornia 9-4-2021 01:42 PM
tk abis2 sihir. dh check kt psikiatris ke dik. ntah2 ko skizo ke apa
Quote sfrnna 9-4-2021 01:57 PM
Mental sickness ke camna ni. Tpi yang paku rambut keluar dari badan Meols nak tanya ada tak acik forum pernah tengok real life benda2 camtu keluar. Meols curious la. Sihir org melayu je ke keluar benda2 camni. Sihir mat salleh camne pulak. Sorry, sekadar bertanya.
Quote hareeeesah 9-4-2021 02:12 PM
sarah82 replied at 9-4-2021 12:26 PM
Aku masuk komen sbb nak bagi naik jela..



Nak join.... pastu orang  ni la yang menayang kebendaan mereka kan. Tak selari sikit-sikitujian Allah itu ini pastu riak eh....
Quote sarah82 9-4-2021 02:25 PM
hareeeesah replied at 9-4-2021 02:12 PM
Nak join.... pastu orang  ni la yang menayang kebendaan mereka kan. Tak selari sikit-sikitujian Al ...

Hihihi.. Kalau jin boleh saman manusia.. Mmg kena saman fitnah..
Quote sarah82 9-4-2021 02:28 PM
sfrnna replied at 9-4-2021 01:57 PM
Mental sickness ke camna ni. Tpi yang paku rambut keluar dari badan Meols nak tanya ada tak acik for ...

Ada.. Iols pernah kena santau.. 2 kali.. 1 santau angin.. Ni just sipi2 bukan utk iols tapi pengamal lepas santau sbb bulan safar mmg org yg amal santau kena lepaskan ibu santau.. Kebetulan iols lalu... Kena la.. Yg berubat iols bapa tiri sendiri.. Bapa tiri iols pandai berubat juga.. Jadi muntah keluar rambut.

2nd mmg ditujukan utk iols.. Kes politik opis.. 2 bulan iols tanggung sakit kat tangan.. Last sekali bapa tiri juga ubatkan..

Benda2 sihir ni semua bangsa ada..
Quote hareeeesah 9-4-2021 02:30 PM
sarah82 replied at 9-4-2021 02:25 PM
Hihihi.. Kalau jin boleh saman manusia.. Mmg kena saman fitnah..

Hahahaha bernas idea chuolls. Mentang-mentang la depa tak boleh menjawab kan asik alasan kena buatan
Quote sarah82 9-4-2021 02:38 PM
hareeeesah replied at 9-4-2021 02:30 PM
Hahahaha bernas idea chuolls. Mentang-mentang la depa tak boleh menjawab kan asik alasan kena buat ...

Yap... Mesti jin2 berangin je asyik depa kena fitnah.. HHahh
Quote auntyonion 9-4-2021 03:15 PM
sfrnna: Mental sickness ke camna ni. Tpi yang paku rambut keluar dari badan Meols nak tanya ada tak acik forum pernah tengok real life benda2 camtu keluar. Me ...
me pon nak tawww
Quote sfrnna 9-4-2021 05:22 PM
sarah82 replied at 9-4-2021 02:28 PM
Ada.. Iols pernah kena santau.. 2 kali.. 1 santau angin.. Ni just sipi2 bukan utk iols tapi pengam ...

Kira kaka Sarah mmg muntahkan rambut tu la ye. Seramnye. Hitamnya hati org yang suka hantar benda2 camni kat orang.
Quote sarah82 9-4-2021 05:25 PM
sfrnna replied at 9-4-2021 05:22 PM
Kira kaka Sarah mmg muntahkan rambut tu la ye. Seramnye. Hitamnya hati org yang suka hantar benda2 ...

Bukan kak sarah tapi bapa tiri kak sarah.. Manusia lagi menakutkan dari hantu..
Quote salmon-suki 9-4-2021 09:16 PM
Ada je sihir ni nak2 org y berbisnes..ada sedara ai bukak kedai mkn n mmg feymes laa,selalu ramai org,tp ada org dengki,htr sihir..bila berubat,ok sket,kedai dah pulih..tp,benda lain plak jadi. Org tu tetap xpuashati,htr sihir pemisah nak pisahkn laki bini tu...n mmg berjaya lah .bercerai berai dah laki bini tu dibuatnya.. kawin berpuluh2 tahun tp disebabkan org dengki,hancur gitu je.. kesian betul..

Skrg ni kedai mkn dorg pn dah tutup sbb dah bercerai,so,org tu mmg berjaya laa tutup kedai tu..

Tp citee ni smpan dlm family jelaa..xde laa nak post n seek attention kt socmed..so,utk kes pmpuan ni,ai ragu2 nak percaya betul ke x,kot2 bt citer nak up jamu dia..dunno laa..
Quote chechemoyy 10-4-2021 08:52 AM
{:question
Quote ReginaGeorge 10-4-2021 12:07 PM
Panjangnya karangan.
Quote glump 10-4-2021 12:31 PM
Sihir memang ada ..tapi cerita tu mcm bukan kena sihir tapi lebih kepada mental health or gangguan jiwa.
Tapi tulah ada pelik sikit,asal org melayu berniaga je ,mesti cerita sihir keluar..
Quote alinone78 10-4-2021 03:06 PM
makin kau tunjuk benda keluar, makin ligat orang tu hantar lagi dan lagi
Quote user.name 11-4-2021 08:56 PM
jahjobo mohon ko take note yachh? kot ada yang nak menyantau dek perangai hanat kau dan encik suami habis satu malaya bakalan tak dapat balik kampung beraya?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.118027 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top