CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Saintis Cipta Penutup Hidung, Direka Khas Untuk Makan, Bendung Penularan Covid-19

13-4-2021 12:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3076| Komen: 10

Description: Para saintis di Mexico telah menghasilkan penutup khusus hidung yang direka untuk membantu orang ramai bagi melindungi diri dari Covid-19 semasa mereka makan dan minum.



Para saintis di Mexico telah menghasilkan penutup khusus hidung yang direka untuk membantu orang ramai bagi melindungi diri dari Covid-19 semasa mereka makan dan minum.

Seperti kebanyakan penutup muka di pasaran, penutup hidung yang digelar sebagai ‘eating mask’ ini mempunyai dua tali untuk diikat di belakang telinga dan hanya menutupi hidung pemakai.

Sebuah video yang dimuat naik oleh media Reuters tuurt menunjukkan seorang wanita dan seorang lelaki di Mexico menggunakan penutup hidung sambil duduk di luar bagi menikmati makanan dan minuman.

Masing-masing sebelum itu mengeluarkan penutup mulut dan hidung biasa yang dipakai sebelum mengeluarkan satu lagi penutup hidung yang dipakai di dalam.

Lelaki berkenaan makan dengan biasa sambil memakai penutup hidung sementara wanita tersebut meneguk minuman. Mereka kelihatan santai dan tidak terganggu.

Kebiasaannya, negara yang mewajibkan pemakaian penutup mulut dan hidung membenarkan orang ramai untuk membukanya ketika makan dan minum di luar.

Tetapi selepas ini, mungkin sahaja inovasi penghasilan penutup hidung oleh para saintis di Mexico ini akan diguna pakai oleh negara lain bagi mengekang penularan Covid-19 di tempat awam secara lebih ketat.




Sumber: Mirror UK/SK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 13-4-2021 01:23 AM
Abis tu bila bersin bukan ko spread kan virus tu gak ke
Quote notM 13-4-2021 03:25 AM
Lucu Kan...kalau batuk Tak spread Covid ke.

Btw nampak macam G-String.

Hidung adalah private part
Quote GigaMom 13-4-2021 05:54 AM
Menatang hodoh ni pakai masa makan je
Dh makan depa pakaila mask biasa
Baik pakai face shield tu atau x payahla gatal2 makan kat tpt crowded
Quote salmon-suki 13-4-2021 07:01 AM
Ohhh begitu..jd bila bukak mulut,maybe virus pn xmasuk laa kan..{:smile{:smile{:smile
Lawak je lahaiiiii mask ni..{:smile
Quote bakingsoda 13-4-2021 09:55 AM
cam bodo je mask dia
Quote shernazz 13-4-2021 10:03 AM
Iols terbayang hidung mr bean je
Quote cmf_almondpecan 13-4-2021 11:12 AM
Berkesan ke? Ni cuma kurangkan chances nak dpt penyakit kot sbb dah tutup lobang hidung.
Quote capiloton 13-4-2021 11:30 AM
ini mask untuk spesis kambeng bek bek takut kobid.

https://www.independent.co.uk/ne ... rkers-a9377856.html


Quote Supersirap 13-4-2021 05:24 PM
Nampak menarik penutup hidung tersebut
Quote b_n_c 13-4-2021 09:18 PM
aku rasa lah kan, test covid ambik ikut lobang hidung, sb tu dia bajet covid masuk melalui hidong sajork, so terciptalah lah mask hidung..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.041323 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top