CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Nyaris Maut Obses Bersenam

7-4-2021 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3285| Komen: 17

Remaja perempuan nyaris maut dan terpaksa menerima rawatan akibat ketagihan melampau untuk bersenam.

Daily Mail melaporkan, Lisa Fouweather, 19, dari Doncaster, South Yorkshire ketagih bersenam sehingga sanggup berlari sejauh 21 kilometer sebelum sarapan pagi dan bersembunyi di dalam bilik air untuk berjoging. 



Kredit foto: Daily Mail/SWNS

Dia pada mulanya hanya mahu meningkatkan pencapaian lariannya dan mencapai pada tahap terbaik dalam kelab larian disertainya sebelum ia menjadi suatu obsesi.

Lisa juga makan dalam kuantiti sedikit dan cuba untuk meniru senaman dilakukan atlet profesional dua kali ganda dari usianya.

Walaupun berat tubuhnya menjunam, Lisa tetap obses dengan apa yang dilakukannya itu. Malah, dia mengugut akan membunuh diri sekiranya mendapat tentangan orang sekeliling.

Sehinggalah obsesinya itu memakan diri hingga dia terpaksa menerima rawatan. 


Pun begitu, dia tetap enggan mengakui bahawa dia sebenarnya mempunyai masalah walaupun kadar nadinya jatuh ke paras bahaya yang boleh membawa maut. 


Lisa (kiri) ketika berusia 16 tahun dan kanan, ketika pulang dari hospital bersama ibunya, Joanna

Lisa yang akur menerima rawatan daripada pakar akhirnya berjaya menghentikan ketagihan ekstremnya itu. 

Kini, dia mempunyai berat yang sihat dan tidak berlari lagi.

Difahamkan, keadaan Lisa berpunca daripada sindrom Orthorexia, iaitu sejenis gangguan pemakanan apabila pesakit ketagih untuk mengamalkan diet dan senaman keterlaluan. 

Keadaan ini membuat pesakit hanya mahu makan makanan ‘sihat’ sahaja seperti sayur dan buah-buahan serta mengelak makanan seperti ikan dan daging menyebabkan sumber protein diperolehi mereka tidak mencukupi.

Walaupun nampak seperti sihat sebab hanya makan makanan sihat, namun kandungan kalori yang diambil terlalu sedikit dengan tenaga yang digunakan seharian. 


Sumber: KoolFM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 7-4-2021 04:42 PM
Kesiannnn.terpaksa nyaris maut..{:cryrun
Quote helicornia 7-4-2021 04:43 PM
terpaksa nyaris maut?
ni bukan terpaksa, ni cari maut
TT ko BM lulus tak
Quote hazzy0304 7-4-2021 05:15 PM
macam macam hal ..
Quote lipans 7-4-2021 05:16 PM
penyakit nak kurus macam aneroxia ke?
Quote Artemesiaa 7-4-2021 05:20 PM
Ramai yang seusia dia ada masaalah macam tu sebab dapat info yang salah
Quote Jitu 7-4-2021 05:57 PM
obses sampai nak bunuh diri   


Quote Jitu 7-4-2021 06:07 PM
Artemesiaa replied at 7-4-2021 05:20 PM
Ramai yang seusia dia ada masaalah macam tu sebab dapat info yang salah

zaman internet ni pun ada lg ke yg dpt salah info
klu zaman aku dulu iye lah baca buku teks je
cikgu PJ bukan nak ajar sangat asyik2 main bola sepak je dia ingat semua org minat bola sepak
jd aku masa tak tahu langsung berkenaan protein, carbohydrates, metabolism, kalori intake, isometric, isotonic, isokinetic etc
ingat lg masa tu konon2 nak build muscle tp tak tahu teknik dgn diet yg betul patutlah muscles tak naik2

Quote imransulaiman 7-4-2021 07:11 PM
Sementara di Malaysia ramai yang kena penyakit angkara obsesi makan itu ini... {:thief
Quote ikanmasin 7-4-2021 07:31 PM
nsb baik panjang lg umur ko anak ..alahaii
Quote None68 7-4-2021 08:40 PM
Nasib baik x mati
Quote Adrif 7-4-2021 09:27 PM
Jitu replied at 7-4-2021 06:07 PM
zaman internet ni pun ada lg ke yg dpt salah info
klu zaman aku dulu iye lah baca buku teks je
...

lari keliling padang
main bola
bulan depan rotate bola tampar
cikgu buncit perut bulat cekak pinggang tepi padang

bila aku form 5, baru cikgu proper masuk sekolah. badan kurus, tapi ada shape. katang ketak-ketak, tengok lengan pun ketul. umo 40 lebih, steady macam orang muda, dia pun macam budak sekolah.
tak sampai setahun dia ambil alih ajar budak2 atlet training, makanan, tournament, etc.
budak2 bola, budak rugby, bola tampar, hockey, gila semua tiba2 jadi fit, ada jadi sado.
budak silat je dia tak kacau, sebab ada jurulatih lain. budak silat tak leh otot keras katanya, tapi kena flexible. orang lain buat muscle, budak silat sejam dua jam sahaja untuk stretching

kita geng budak asma, semput. pakej dengan anaemia, tekanan darah rendah.
baru jalan dari kelas ke padang, dah mengah jeles tengok orang lain bersukan
tapi semuanya kisah lama.. sekarang fast forward belasan tahun, kawan2 semua macam belon dipam-pam
Quote Artemesiaa 8-4-2021 12:31 PM
Jitu replied at 7-4-2021 06:07 PM
zaman internet ni pun ada lg ke yg dpt salah info
klu zaman aku dulu iye lah baca buku teks je
...

Ada je jenis yang malas membaca malas buat research ikut ikut orang je
Quote Jitu 8-4-2021 07:11 PM
Adrif replied at 7-4-2021 09:27 PM
lari keliling padang
main bola
bulan depan rotate bola tampar

satu lagi pilih kaseh dgn body shaming
klu yg terer main bola layan elok je
geram pulak aku bila ingat balik

yg nak badan flexible ni ikut pada perguruan jugak mcm silat gayong
ada perguruan silat badan dah keras pun boleh belajar lg

aku still maintain lg berat badan buat masa ni
Alhamdulillah bila cakap umur 20 an pun org percaya walaupun sebenarnya dah 30 an
Quote green~tea 8-4-2021 08:58 PM
Edited by green~tea at 8-4-2021 09:00 PM

Pernah ada phase i gila eksesais sampai 3 jam sehari.. i went to the gym lunchtime, petang,  and malam pun eksesais... weekend join marathon, or event workout sampai 6 jam.. sampai ada kawan tegur, stop becoming gym rat... sbb masa tu rasa diri gemuk walau 52-54 kg (tinggi 162 cm, BMI 20)... kalo tak eksesais, rasa gemok sgt2... padahal miss sehari je.. kdg2 kalo miss eksesais jadi nak marah siap gigil2 kalo tak dpt eksesais...
lama2 tu i dpt recover dari penyakit extreme eksesais ni.. and dpt slow down... now i just workout 3 kali seminggu je... sbb nak jaga badan.... tanak gemuk, and lutut, ankle, pinggang terjaga... i mmg actively workout at gym since 2009

So faham je how some people dpt penyakit camni... kawan2 i pun ramai jadi gym rat... paling menakutkan is kalo jatuh and injured lutut... i never go hiking sbb sayang badan.. takut jatuh sbb nak pakai lutut lama
Quote kakikuDibibirmu 8-4-2021 09:09 PM
green~tea replied at 8-4-2021 08:58 PM
Pernah ada phase i gila eksesais sampai 3 jam sehari.. i went to the gym lunchtime, petang,  and mal ...

Kena exercise macam ni kalu tak nak pinggang gemok

Quote darkness 8-4-2021 09:09 PM
green~tea replied at 8-4-2021 08:58 PM
Pernah ada phase i gila eksesais sampai 3 jam sehari.. i went to the gym lunchtime, petang,  and mal ...

Alamak...i sikit lagi mcm u. Baru2 jugak...tp sy berjaya kawal perasaan tu
Quote green~tea 8-4-2021 09:32 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-4-2021 09:09 PM
Kena exercise macam ni kalu tak nak pinggang gemok

Yang ni setiap malam

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060504 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top