CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegang Jawatan Hingga 2036, Putin Presiden Seumur Hidup

7-4-2021 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2038| Komen: 6

Presiden Rusia, Vladimir Putin kini digelar Presiden Seumur Hidup selepas menandatangani peruntukan undang-undang membenarkan beliau memegang jawatan presiden hingga 2036.

Ia selepas beliau memberikan persetujuan akhir terhadap undang-undang yang memungkinkan dia memegang jawatan bagi tempoh tambahan dua penggal, yang membuka peluang untuknya terus berkuasa bagi tempoh 15 tahun lagi.


Pemimpin Rusia berusia 68 tahun, yang berkuasa lebih dua dekad, menandatangani rang undang-undang itu Isnin lalu, menurut satu salinan disiarkan di portal maklumat undang-undang kerajaan Rusia.


Kredit foto: The Straits Time

Putin mengusulkan perubahan itu tahun lalu sebagai sebahagian reformasi perlembagaan yang sangat disokong Rusia dalam pemilihan pada Julai. Penggubal undang-undang meluluskan rang undang-undang itu bulan lalu.

Perundangan itu menetapkan semula had tempoh presiden yang memungkinkan Putin mencalonkan diri dalam pilihan raya sekali lagi selepas penggal semasa dan keduanya berakhir pada 2024.


Putin kali pertama dipilih sebagai presiden pada tahun 2000 dan menjalani dua penggal (empat tahun setiap satu penggal) berturut-turut.Sekutunya, Dmitry Medvedev menggantikannya pada 2008 yang dilihat pengkritik sebagai jalan mengatasi had dua penggal berturut-turut untuk presiden Rusia.

Ketika memegang jawatan, Medvedev menandatangani undang-undang untuk memanjangkan tempoh penggal sehingga enam tahun bermula dengan presiden berikutnya.

Putin kembali ke Kremlin pada 2012 dan memenangi pemilihan semula pada 2018.

Penentang Kremlin mengatakan pembaharuan perlembagaan adalah alasan membolehkan Putin menjadi presiden seumur hidup.

Putin berusia 83 atau 84 tahun ketika dia meninggalkan jawatan jika dia terpilih dan menjalani dua penggal tambahan hingga akhir tahun 2036.

"Mereka benar-benar berpendapat jika mereka berjaya menipu undang-undang manusia, maka mereka dapat menipu undang-undang alam," tulis ahli politik pembangkang Yevgeny Roizman di Twitter.

Rang undang-undang itu juga merangkumi syarat baharu untuk calon presiden.

Mereka sekarang mesti berumur sekurang-kurangnya 35 tahun, tinggal secara tetap di Rusia selama sekurang-kurangnya 25 tahun dan tidak pernah memiliki kewarganegaraan asing atau menjadi penduduk tetap di negara selain Rusia.

Bagaimanapun, semua presiden selepas Putin dihadkan mentadbir selama dua penggal.

Parti pembangkang di Rusia dilaporkan mengecam keras perubahan undang-undang dilakukan Putin.

Undian awam dilaksanakan Putin diperlekeh seorang pemimpin pembangkang, Gennady Zyuganov.

Pemimpin itu menyifatkan proses pindaan Perlembagaan itu sebagai undang-undang yang tidak dapat difahami.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 7-4-2021 02:50 PM
Russia's sexiest man
Quote Scheherazade 7-4-2021 04:21 PM
Putin forever ka ni?
Quote Chad 7-4-2021 04:26 PM
Putin forever
Quote slavehunter 7-4-2021 04:28 PM
Alexei navalny hidup lagi. Harap tak menggugat.
Quote CiliPadiSedap 7-4-2021 09:37 PM
Lepas putin mati kak percaya tengku leon dah bersedia jadi president russian
Quote kakakpositifker 8-4-2021 09:51 AM
CiliPadiSedap: Lepas putin mati kak percaya tengku leon dah bersedia jadi president russian

Hahaha hahahahahahahahaha.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.064688 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top