CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Berpaling Tadah Nak Boikot Neelofa Sebab 'Angkuh'

7-4-2021 07:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 70216| Komen: 470

Netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Neelofa berhubung isu menyalahgunakan permit rentas negeri dan pelanggaran prosedur operasi standard  (SOP) pada majlis perkahwinannya baru-baru ini.


Mereka menyifatkan kenyataan Neelofa kedengaran angkuh hingga ada yang mahu memboikot selebriti popular itu.


Kredit foto: IG Neelofa

“Selain tudung dan susu pisang, apa lagi produk yang berkaitan Neelofa perlu diboikot?” antara luahan warganet.

Kecoh di media sosial semalam mengenai kenyataan mahu memboikot Neelofa yang menurut netizen, sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh.



Rata-rata netizen berpendapat Neelofa sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh.

“Minta maaf Neelofa, sebelum ini saya memang minat awak tetapi tidak lagi sekarang. 

“Awak sepatutnya meminta maaf bukannya keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki diberikan,” tulis seorang netizen.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan pelakon, pengacara dan usahawan itu memohon agar diberikan isu terbabit secara profesional dengan pihak berkuasa.



Kredit foto: IG Neelofa

Neelofa dan Haris Ismail dilaporkan selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kelmarin.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sejak minggu lalu nama pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac itu menjadi bualan hangat netizen selepas mereka dikatakan bersiar-siar, bermain jetski dan menaiki kereta kabel sebagai mana yang dikongsikan dalam Instagramnya ketika dalam tempoh lawatan kerja di pulau peranginan berkenaan.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abadi84 7-4-2021 07:37 AM
Org tgh bengang sbb tak boleh rentas...ko plak tayang2 liburan. Memang mengundanglah sgt.
Udahlah tu merendah diri lsg tak nak.
Apa salahnya mengaku salah jer, lps keje tu ambik kesempatan berjalan2 ker dan akan bayar denda ker...sejuklah hati netizen sikit.

Quote wanawina 7-4-2021 07:41 AM
memang sheols penuh kebongkakan yach. tak mintak maap langsung.
Quote dudaberhias 7-4-2021 07:45 AM
Susu, daging kentut, kaftan kentut, tudung, lipstick old n shine kentut, chocojar little miss kentut.

Soo apa lagi ye produk theyols ni? Nak support pun no use sebab ujung2 korang borong banyak2 nak jadi agen last3 kambus tertimbus belakang rumah jugak. Deorang je kaya, diri sendiri tertimbus belakang rumah takde pun keturunan deorang ni kisah. Macam LMK cosmetics tu sebagai contoh dan tudung warda tahun 2016
Quote kaseh80 7-4-2021 08:06 AM
Jgn sopport product kobis ni

Quote sarah82 7-4-2021 08:08 AM
Quote rbmy 7-4-2021 08:12 AM
ala.. peminat dan pencacai dia mmg setia je ...
Quote laksmanabentan 7-4-2021 08:13 AM
berani ker uollsss nak boikot tuh...
hihihihi...

ini da nak ramadhan nih..
kejap lagi lopak upload dia mengaji dengan punai...
terus suci uoollls... lepas tu update IG gambar bersedekah gitu..

Quote Cekla 7-4-2021 08:13 AM
Kan betul..
Selepas dia buat viral bodoh, dia launch produk baru selipar jamban.
Quote kakakpositifker 7-4-2021 08:13 AM
Kau ingat dia herannnn sbb ramai lagi yg jenis bersangka baik bersama dia. {:nose
Quote winky1 7-4-2021 08:16 AM
Let' s show consumer and netizen power.
Quote ekmal_sorrow 7-4-2021 08:16 AM
thread JAHanam kat board peminat and haters seleb tu bakal jadi tmpt saka dan hantu posting la yer? sendu mcm xda manusia masuk
Quote Mawar91 7-4-2021 08:17 AM
Yola boikot.Nti produk Lofa ade sale kompom berduyun beli.Pastu sheols buat sedekah etc penyucian semula terus netizen lupa da kisah2 sheols.Netizen Malaysia kan mudah memaafkan.
Quote imanjannah 7-4-2021 08:20 AM
never.. dia ni mmg x akan minta maaf, buat apa dia nak minta maaf, sebb dia anggap semua perbuatan dia betul, x salah.. oohhh lupa.. benak masih x nmapak..
Quote edayildiz 7-4-2021 08:21 AM
xpnh bli product lopa...
susu pisang masa first2 dlu jer..tu pun sbb dak opis juai..pastu yg chattime x nilopak tu jer..
Quote lattehazelnut 7-4-2021 08:23 AM
Boikot melayu ni hangat2 taik je..
Puas kne kutuk dgn paki tetap nak jilat gak..
Buat alim2 sikit terus cair..
Quote mieymiey 7-4-2021 08:24 AM
Korang jangan hangat-hangat taik ayam yach!
Kang esok lusa Hajjah buat sale bagai, sakan pula korang memborong.
Nak boikot, boikot sungguh-sungguh.
Macam kosmetik LMK tu, alahai sendunya.
Sapo nak beli kosmetik dengan founder cenggitu.
Dah la kantoi kengkonon dari France padahal China mari
Quote KBW2 7-4-2021 08:25 AM
Baru tahu ka? Takpalah, better late than never agituuu.
Quote dudaberhias 7-4-2021 08:26 AM
laksmanabentan replied at 7-4-2021 08:13 AM
berani ker uollsss nak boikot tuh...
hihihihi...


Alamak betul la kaka, lepasni dia upload post dengan anak yatim pulak. Terus dimaafin acik2 agittew. Takpun terus berburqa tak nampak apa, mata pun tak nampak maka beruduyun2 komen kat post ig terkesima dan inspired. Yang tak pernah berniqab pun gigib post berniqab berbuqa untuk 2-3 hari, esoknya sambung balik mengarit
Quote EncikRhoma 7-4-2021 08:27 AM
Yang cakap nak boikot tu pun memang tak pernah beli pun produk dia

Lihat semua komen(470)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.160932 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top