Penyanyi popular, Aina Abdul mengakui pernah hilang keyakinan diri disebabkan masalah kulit wajah yang berjerawat. Aina, 28, atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, masalah dihadapi itu juga membuatkan proses menyolek wajahnya mengambil masa yang lama.
"Perkara saya alami ini iaitu ada jerawat sejak sekolah menengah lagi. Perkara lama dan panjang macam ini tak boleh jangka akan ada perubahan dalam masa singkat. Kalau pulih cepat, nanti akan ada pula masalah lain. "Jadi, saya ok saja ambil masa panjang dan ikut langkah demi langkah. Dalam masa sama saya mendapatkan khidmat nasihat doktor. Malah, dia juga okay saya menggunakan produk sekarang iaitu dari Truskin. Alhamdulillah, saya okay dan gembira dengan perubahan ini. "Disebabkan masalah kulit memang susah nak mekap. Apatah lagi boleh dikatakan hampir setiap hari saya menggunakan mekap. Kadang kasihan pada jurusolek yang terpaksa ambil masa lama. Jadi, apabila saya berjaya atasi masalah ini, saya nak didik pengguna atau mereka yang ada masalah sama macam saya untuk percaya yang setiap perkara itu perlu melalui proses," katanya.
Menurut Aina, dia menyifatkan dirinya sebagai testimoni sebenar produk keluaran Trulooks kerana sudah menjadi pengguna produk itu sejak dua tahun lalu sehingga dapat keluar dari masalah kulit dialami.
|
cicicumel replied at 5-4-2021 08:27 AM
2 tahun dh pakai? ye ye je..sama je mcm xde perubahan..i rasa pihak Truskin (local ke? x pernah dgr) ...
wadiunong replied at 5-4-2021 09:18 AM
derma pen still x leh nak hilangkan parut tu sistur. iols dah buat 2-3 kali. muka i pon mcam A ...
wadiunong replied at 5-4-2021 09:18 AM
derma pen still x leh nak hilangkan parut tu sistur. iols dah buat 2-3 kali. muka i pon mcam A ...
flipolivio replied at 5-4-2021 10:24 AM
u buat dermapen sakit x?
shiraloveyou replied at 5-4-2021 11:00 AM
Pernah buat subcision dulu...seingat iols x sakit walaupun dirodok2 bawah lapisan kulit tu...
kakakgarang replied at 5-4-2021 11:15 AM
aina ni kalau betul bnyk nak kena repair.. tapi weolls still suka yg original.. uolls kena diet lagi ...
ADVERTISEMENT