CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bersanding Pakai Seluar Pendek Je

4-4-2021 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5923| Komen: 29

Seorang pengantin lelaki di daerah Lengkong, wilayah Jawa Timur, Indonesia mengejutkan netizen apabila dia duduk di pelamin dengan hanya memakai seluar pendek manakala terdapat plaster luka pada badannya, lapor portal be-rita Kompas.com semalam.


Gambar tular di Twitter itu menunjukkan pengantin lelaki berkaki ayam duduk tersenyum di atas pe-lamin. Tangan kirinya dibaluti kain anduh dan terdapat plaster luka agak besar pada bahu kirinya.


PENGANTIN lelaki kelihatan tersenyum di samping isterinya walaupun tidak tampil bergaya pada hari persandingannya. – TWITTER/DOK.ELINDA DWI K

Kesan luka yang hampir sembuh turut jelas kelihatan di sekitar lutut, betis dan lengan kanan lelaki itu.

Menurut pengantin perempuan, Elinda Dwi Kristiani, suaminya terjatuh daripada motosikal empat hari sebelum majlis perkahwinan mereka yang berlangsung semalam.


“Suami tidak boleh mengenakan baju pengantin kerana baru menjalani prosedur pembedahan pada bahunya. Dia baru saja keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi.

Elinda berkata, pada hari kejadian, suaminya dalam perjalanan membeli petrol sebelum pengsan secara tiba-tiba menyebabkan dia terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya.

“Kemalangan tidak melibatkan sesiapa hanya diri sendiri. “Alhamdulillah (pernikahan berjalan) lancar,” jelasnya.

Walaupun tidak nampak se-gak dan bergaya, pengantin itu menerima pujian netizen yang menyifatkannya sebagai lelaki bertanggungjawab.

“Hebat kerana jujur dan bertanggungjawab kepada majlis dan keluarga,” komen seorang pengguna.

“Mungkin ini disebut menikah kerana kemalangan,” gurau seorang lagi.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 4-4-2021 01:08 PM
Smua muka cam x rela je.
Quote Kurex 4-4-2021 01:23 PM
Jizklongklong berkemban je pergi pasar basah
Quote AbukRokok 4-4-2021 01:37 PM
zuhudnya...
Quote SayaSayangMama 4-4-2021 01:42 PM
Gigih. Klu aku xnk la bersanding
Quote krustykrab 4-4-2021 02:00 PM
Geli aku
Dah tau cenggitu x yah la gigih nk duduk atas pelamin
Quote jazaa100 4-4-2021 02:04 PM
krustykrab replied at 4-4-2021 02:00 PM
Geli aku
Dah tau cenggitu x yah la gigih nk duduk atas pelamin

aku ingt aku sorang je geli.....

rasanya blh je klu nk pakai baju, suar tutup kaki tu kannnm
Quote asfaz 4-4-2021 02:08 PM
merosakkan gambar
Quote sukacactus 4-4-2021 02:11 PM
Gigih jg tu nak sanding2 bagai
Quote Decaffeinated 4-4-2021 02:11 PM
dia dah elok pakai kain tapi camera man yang suruh tarik kain kasi nampak plaster

demi viral

Quote kuzaime 4-4-2021 03:55 PM
Rosak gambar xpelah, esok2 dah sihat boleh aje pi kedai gmbar ambil gmbar baru
Quote Skuau 4-4-2021 03:57 PM
Gue udah terkenal di Forum Msia...ngapain lue???
Quote Belibis 4-4-2021 04:53 PM
Rantai tu macam pelampung pukat laut jer..{:smile
Quote Mary_jane 4-4-2021 05:06 PM
Kenapa lah sanggup aibkan diri macam tu. Bukan nya keluarga & tetamu tak faham. Daripada bersanding rupa itu. Cool habis lah tu?
Quote Tapiokay 4-4-2021 05:50 PM
Hahaha Jawa, shotgun wedding ke nie?
Quote cupu 4-4-2021 05:59 PM
Ngada ngada je...klu sebut batik terus meroyan claim hak dia...kan blh ko pakai kain sarung je dr berseluar pendek mcm tu..
Quote star_karat 4-4-2021 06:03 PM
Lain semua muka asem, dia sorang jer happy. Mcm dia dah kena kan dorang jer..
Quote buapakperut 4-4-2021 07:55 PM
kot ye pun takyah la selak pehe tu demi nk tengok plaster kecik ja pun. dah semua kat pemalin macam takda mood macam terbau kurang enak
Quote Lylyna 4-4-2021 09:39 PM
Selisih naw kau ni. Gmbr kawin nanti dh boleh kambus belakang rumah.
Quote CaqJora 4-4-2021 10:26 PM
Mau menyumpah mak mertua dia dpt menantu buat rosak majlis. Kalu ye pun pakai le elok sikit, mcm 3 suku plak aku tgk

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.397614 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top