CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rompak Guna Selipar Je Belajar Dari YouTube

2-4-2021 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1740| Komen: 4

Taktik merompak menggunakan selipar sehingga mengaut keuntungan puluhan juta rupiah akhirnya terbongkar selepas pihak polis memberkas tiga lelaki, awal bulan lalu. 

Lapor Tribunnews, modus operandi geng penjenayah itu adalah selipar yang 'dipasang' paku lalu dilemparkan ke arah kereta mangsa sebelum merompak mereka ketika memeriksa tayar kenderaan yang menjadi kempis.  




Ketua Polis Bogor, Harun berkata, dalam kejadian yang berlaku awal bulan lalu, seorang mangsa mengalami kerugian selepas beg berisi 70 juta rupiah (RM19,921) yang merupakan gaji pekerjanya diragut termasuk buku cek dan jam tangan. 

Jelasnya, semasa insiden itu, kumpulan pertama penjenayah memasuki bank di Gunungputri untuk mencari mangsa yang mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. 

Selepas mengenal pasti mangsa, mereka akan memaklumkan kepada rakan penjenayah lain bagi melaksanakan tugas seterusnya. 


“Tiga suspek yang ditangkap dikenali sebagai IR, 36, AS, 27, BU, 35 manakala, seorang lagi suspek AN masih dalam buruan pihak polis. 

“Kegiatan jenayah ini merupakan komplot dari Lampung dan kesemua mereka mempunyai peranan masing-masing. Mereka dipecahkan kepada dua kumpulan, dua suspek menaiki motosikal, seorang memantau dan seorang lagi melaksanakan tugas,” katanya. 

Beliau malah memberitahu, kesemua suspek mempelajari kaedah merompak itu daripada Youtube.

 
Sumber: Utusan

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-4-2021 02:26 PM
70 juta...wow!
Quote Carcosa 2-4-2021 10:45 PM
IR - I(r)diot
AS - Asshole
BU - Burit

Nama2 pun mmg sesuai dgn perilaku   {:run
Quote Carcosa 2-4-2021 10:52 PM
Ohh tertinggal satu :
AN - Anak Hareyyyyy   {:good
Quote Artemesiaa 4-4-2021 10:43 AM
Baguslah dah kena cekup

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.030806 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top