CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berlakon Jadi Inspektor, Sheera Iskandar Bakal Kahwin Dengan Polis

1-4-2021 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9524| Komen: 31

Selepas hampir 14 tahun membintangi drama bersiri Gerak Khas, akhirnya pelakon Sheera Iskandar mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan tersebut yang bersiaran episod akhirnya pada Sabtu lalu.


Menurut Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 36, dia mengakui sedih apabila drama kepolisan itu sudah menamatkan siarannya selepas lebih 21 tahun menemui penonton.

Foto: IG

"Sedih sangat sebab memang suka bawa watak anggota beruniform. Biarpun saya hanya masuk dalam keluarga Gerak Khas pada tahun 2007 namun ia merupakan satu penghargaan apabila terlibat dalam drama yang diterbitkan Datuk Yusof Haslam.

"Lepas habis drama ini, memang saya tiada sebarang tawaran lakonan, jadi bolehlah beri lebih fokus kepada perniagaan yang diusahakan.


"Gerak Khas dah tamat, doakan Sheera teruskan kehidupan sebagai isteri polis pula," katanya ketika dihubungi mStar.



Sementara itu, Sheera juga berkata dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang anggota polis yang dikenali sebagai Mr. H dalam masa terdekat.

"Bakal suami saya ni pemalu orangnya, kalau boleh dia nak dikenali sebagai Mr. H je dulu. Dia berasal dari Melaka.

"Dulu dia bertugas di Labuan dan baharu beberapa bulan ditukarkan ke Semenanjung. Sekarang kami dalam perancangan untuk mendirkan rumah tangga. Disebabkan belum boleh merentas negeri, jadi agak sukar untuk kumpulkan ahli keluarga bakal suami yang tidak tinggal di Kuala Lumpur.




"Kalau boleh kami mahu disatukan sebelum Ramadan tahun ini. Jadi sekarang kami dalam proses untuk uruskan hal perkahwinan secepat mungkin," katanya.

Sheera sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015 namun tidak bertahan lama apabila disahkan bercerai pada hujung 2018. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 1-4-2021 09:41 AM
Ohhh xkawen lg ke dia ni.. Ingatkn ank 3 dah..
Quote kuchenta_81 1-4-2021 09:45 AM
pearl.silver replied at 1-4-2021 09:41 AM
Ohhh xkawen lg ke dia ni.. Ingatkn ank 3 dah..

udah kawen dengan Harun katanya, pastu cerai. Ni nak kawen dengan Mr H pulak.
Quote pearl.silver 1-4-2021 09:54 AM
kuchenta_81 replied at 1-4-2021 09:45 AM
udah kawen dengan Harun katanya, pastu cerai. Ni nak kawen dengan Mr H pulak.

Ooo... Penah kawen la..
Quote dejure 1-4-2021 10:03 AM
Ex laki dia dulu muka macam pondan..
Quote nolya 1-4-2021 10:20 AM
Alhamdulillahdn tahniah.  Semoga segala perancangan membina masjid dipermudahkan Allah swt dn menjadi isteri yg solehah.
Quote bottombikini 1-4-2021 10:24 AM
dejure replied at 1-4-2021 10:03 AM
Ex laki dia dulu muka macam pondan..

mana wajah ex nye

Quote drivethru 1-4-2021 10:28 AM
Ex laki dulu chef kan. Xtau plak dia dah bercerai. Untung lah dpt abang polis.
Quote Geeayden 1-4-2021 11:49 AM
Semoga urusan mendirikan masjid dipermudahkan oleh Allah
Quote arlyssa 1-4-2021 12:40 PM
nape nmpk lain benor muka dia ek
Quote bisamyhead 1-4-2021 12:42 PM
dejure replied at 1-4-2021 10:03 AM
Ex laki dia dulu muka macam pondan..

Serius lah???

Quote newyork 1-4-2021 12:44 PM
tak tahu lak dia dah kawin..ingat single lg..
Quote kiahbosan 1-4-2021 08:41 PM
Dah agak dah dia bercerai dengan Doul Harun dulu pernah menyanyi dgn Adibah Nor...
Quote 3chanceno 1-4-2021 08:50 PM
Sorry tak tahu yg dia da kawin then bercerai..semuga dipermudahkan
Quote edayildiz 1-4-2021 09:31 PM
la cerai lama dh..i xtau langsung..sbb rasa pnh la tgk time dia baru kawen dlu..2015 rupanya time..rasa mcm 2 3 thn lps jer kejadian dia kawen
Quote edayildiz 1-4-2021 09:34 PM
ok dh gugel muka ex dia..mmg mcm pon sikit kan..i husnudzon jer la wpn mcm tau jer nape cerai
Quote fadz84 1-4-2021 09:34 PM
Dulu Sheera ni pernah bertunang ngn ex husband Deja Moss tu kn?
Quote makadek 1-4-2021 10:31 PM
Dia ni mmg sendu ibarat kerja mcm gaji dgn sekop prodaktion
Quote silampumeja 1-4-2021 10:57 PM
Oh lama jugak dia berkahwin 2015-2018. Sbb ingat dia cerita dia nikah gantung dgn lakinya .. takde majlis dlu sbb lakinya keja chef offshore waktu tu...
Quote sukacactus 1-4-2021 11:01 PM
Oh dah cerai rupanya
Mula baca pasal dia nak kawin mcm confused plak aku sebab rasa dia dah kawin dgn chef dl

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.104828 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top