CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kamal, Uqasha Rancang Majlis Nikah Di Pusat Peranginan Tanah Tinggi Terkemuka

31-3-2021 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14581| Komen: 95

Pasangan selebriti, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, bersyukur kerana urusan menjelang hari bahagia mereka dipermudahkan, namun memilih untuk tidak mendedahkan tarikh pernikahan sebenar sehingga ia benar-benar muktamad.




Merancang untuk melangsungkannya di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka untuk majlis akad nikah, bintang drama Setelah Terlafaznya Akad ini juga dijangka mengadakan tiga majlis resepsi.

Bagaimanapun perkara tersebut bergantung kepada situasi semasa ketika ini.

“Ikutkan perancangan, majlis pertama khas untuk keluarga, teman rapat serta media, manakala majlis kedua pula untuk rakan artis. Majlis ketiga pula kami rancang untuk peminat yang banyak memberikan sokonga, insya-Allah,” kata Uqasha.

Sementara itu, Kamal dan Uqasha yang ditemui sejurus program MeleTop pada Selasa turut berkongsi, persiapan hari bahagia itu juga hampir selesai.


“Sudah 80 peratus persiapan sudah pun dibuat. Kita sudah ‘locked’ untuk beberapa perkara misalnya dari segi persalinan kahwin dan makanan yang bakal dihidangkan nanti, insya-Allah.

“Cuma cabaran yang paling besar bagi kami setakat ini ialah jadual kerja. Malah ada ketikanya Uqasha terpaksa uruskan berseorangan kerana komitmen kami berbeza-beza.

“Tetapi tidak mengapa kerana sebahagian besar persiapan, Uqasha yang tentukan,” katanya.


Kredit foto: IG Kamal

Ditanya mengenai apakah reaksi yang diberikan dua adiknya yang juga pelakon, Nelydia dan Raysha Rizrose, Uqasha memberitahu mereka turut tumpang gembira dan teruja.

“Adik-adik sangat positif dan menyokong. Malah ketika ini mereka sentiasa ada bersama-sama saya selain tawarkan diri teman saya uruskan hal berkaitan kahwin,” katanya.

Uqasa dan Kamal pada masa sama turut berharap agar majlis perkahwinan mereka nanti berjalan lancar sebagaimana yang diharapkan terutamanya alam berdepan cabaran COVID-19.

“Harapan saya, keadaan COVID-19 semakin reda apabila tiba waktu kami diijabkabulkan. Jadi, tiada masalah untuk tetamu merentas negeri.

“Alhamdulillah, banyak perkara yang saya belajar ketika membuat persiapan perkahwinan. Apapun, saya hanya ingin Uqasha gembira kerana dia mempunyai majlis perkahwinan impian.

“Apa temanya, biarlah menjadi rahsia terlebih dahulu, insya-Allah kami akan umumkan apabila tiba masanya,” kata Kamal.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aldilla_zahraa 31-3-2021 05:07 PM
Kan elok gini. Terus terang dh ada persiapan itu ini. Takyah acah2 rahsia rahsia tapi acah2 spill sikit2 sana sini
Quote kaoru44 31-3-2021 05:10 PM
Kan senang bgthu...smoga dipermudahkn urusan..
Quote Normabaru 31-3-2021 05:15 PM
bukit tinggi is it. heheh..
Quote slavehunter 31-3-2021 05:16 PM
Betul ker Uqasha nak kawin Kamal ni? Tak rasa membazir kecantikan ker tak dapat tangkap jerung?
Quote sarah82 31-3-2021 05:21 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan bab2 nikah... Dan semoga jodoh panjang hingga ke Jannah.
Quote dua_chzy 31-3-2021 05:24 PM
slavehunter: Betul ker Uqasha nak kawin Kamal ni? Tak rasa membazir kecantikan ker tak dapat tangkap jerung?


Ai think they both look good togeder. Takyah la jerung. Kecuali hadap nikoh jantan tua kerepot jadik nombor 2 ka 3.

Quote puteribaya 31-3-2021 05:31 PM
slavehunter replied at 31-3-2021 05:16 PM
Betul ker Uqasha nak kawin Kamal ni? Tak rasa membazir kecantikan ker tak dapat tangkap jerung?

ko nih..dah dah laa..x semestinya org cantik kena kawin ngan org kaya..ada gak yg tak cantik..dapat gak orang kaya dan ada yg kurengg kaya dapat bini cantik..percaya lah jodoh rahsia Allah..opss kalu ko muslim laaa
Quote black_handbag 31-3-2021 05:32 PM
kesah pulak aku. sekarang org dok mabuk dgn pernikahan jahlop serba putih tu. dia ni kawin tak penting pon bg aku
Quote puteribaya 31-3-2021 05:33 PM
dua_chzy replied at 31-3-2021 05:24 PM
Ai think they both look good togeder. Takyah la jerung. Kecuali hadap nikoh jantan tua kerepot j ...

betui sis..nak muntoh ijo dah bila org cakap nak tangkap jerung,,hishhh..jerung2 pun banyak dah kena tangkap sbb rasuah..so the chances are slimmer than before
Quote Beribear 31-3-2021 05:35 PM
slavehunter: Betul ker Uqasha nak kawin Kamal ni? Tak rasa membazir kecantikan ker tak dapat tangkap jerung?


Dah pernah menangkap jerung tp jerung melepaskan diri hihihi.. Lg pon okay apa dua ni, sesuaiii
Quote dudaberhias 31-3-2021 05:39 PM
The chateau ke? Jangan dekat japanese village yang haus tu sudah dik, penat rombongan sedara mara nak naik mendaki semua ujung2 takde rupa japanese mana pun kat atas tu, japanese pun takde. Yang ada cina dan melayu berkimono.
Quote msdummy.2018 31-3-2021 05:46 PM
Antara uqasha and nelissa aku lagi suka rgk uqasha berlakon...watak dia mcm2...
Quote Wayree 31-3-2021 06:24 PM
Ku suka nengok uqa nih. . Tp gg uqa tuh plastik sngguh tau.. Ptong stim tau klau tgk drama  uqa trnmpk gigi..tp smpai ke hari ini meol mcm tk purcaya uqa akn kwen gn kemal... Dh abes pikir ke o uqa nih o sheol teringin nk kwen sbb tgk nelly dh kawen mmm kemal kaya kah
Quote Temenung 31-3-2021 06:26 PM
msdummy.2018 replied at 31-3-2021 05:46 PM
Antara uqasha and nelissa aku lagi suka rgk uqasha berlakon...watak dia mcm2...

Nelydia sis..nelissa adik jah
Quote msdummy.2018 31-3-2021 06:39 PM
Edited by msdummy.2018 at 31-3-2021 06:41 PM
Temenung replied at 31-3-2021 06:26 PM
Nelydia sis..nelissa adik jah


Ahahhahaha..sis malu ..salah nama plak....hihihi
Quote Ashna21 31-3-2021 07:03 PM
msdummy.2018 replied at 31-3-2021 05:46 PM
Antara uqasha and nelissa aku lagi suka rgk uqasha berlakon...watak dia mcm2...


Nelydia adik uqasha

Nelissa adik Hajah neeLofa
Quote LadyCarefree 31-3-2021 07:21 PM
slavehunter replied at 31-3-2021 04:16 PM
Betul ker Uqasha nak kawin Kamal ni? Tak rasa membazir kecantikan ker tak dapat tangkap jerung?

Hahahaha gitu ya? Dah cuba banyak tp xlekat
Quote LadyCarefree 31-3-2021 07:22 PM
black_handbag replied at 31-3-2021 04:32 PM
kesah pulak aku. sekarang org dok mabuk dgn pernikahan jahlop serba putih tu. dia ni kawin tak penti ...

Ko ketinggalan. Dah habis lah bab putih. Now bab ke langkawi dan chatime laaaaaaa
Quote LadyCarefree 31-3-2021 07:22 PM
dudaberhias replied at 31-3-2021 04:39 PM
The chateau ke? Jangan dekat japanese village yang haus tu sudah dik, penat rombongan sedara mara na ...

Betoi la sangat. Penat dulu iols mendaki. Bawa anak sedara punya pasal.

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.041164 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top