View: 12877|Reply: 95
|
Kamal, Uqasha Rancang Majlis Nikah Di Pusat Peranginan Tanah Tinggi Terkemuka
[Copy link]
|
|
Pasangan selebriti, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, bersyukur kerana urusan menjelang hari bahagia mereka dipermudahkan, namun memilih untuk tidak mendedahkan tarikh pernikahan sebenar sehingga ia benar-benar muktamad.
Merancang untuk melangsungkannya di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka untuk majlis akad nikah, bintang drama Setelah Terlafaznya Akad ini juga dijangka mengadakan tiga majlis resepsi.
Bagaimanapun perkara tersebut bergantung kepada situasi semasa ketika ini.
“Ikutkan perancangan, majlis pertama khas untuk keluarga, teman rapat serta media, manakala majlis kedua pula untuk rakan artis. Majlis ketiga pula kami rancang untuk peminat yang banyak memberikan sokonga, insya-Allah,” kata Uqasha.
Sementara itu, Kamal dan Uqasha yang ditemui sejurus program MeleTop pada Selasa turut berkongsi, persiapan hari bahagia itu juga hampir selesai.
“Sudah 80 peratus persiapan sudah pun dibuat. Kita sudah ‘locked’ untuk beberapa perkara misalnya dari segi persalinan kahwin dan makanan yang bakal dihidangkan nanti, insya-Allah.
“Cuma cabaran yang paling besar bagi kami setakat ini ialah jadual kerja. Malah ada ketikanya Uqasha terpaksa uruskan berseorangan kerana komitmen kami berbeza-beza.
“Tetapi tidak mengapa kerana sebahagian besar persiapan, Uqasha yang tentukan,” katanya.
Kredit foto: IG Kamal
Ditanya mengenai apakah reaksi yang diberikan dua adiknya yang juga pelakon, Nelydia dan Raysha Rizrose, Uqasha memberitahu mereka turut tumpang gembira dan teruja.
“Adik-adik sangat positif dan menyokong. Malah ketika ini mereka sentiasa ada bersama-sama saya selain tawarkan diri teman saya uruskan hal berkaitan kahwin,” katanya.
Uqasa dan Kamal pada masa sama turut berharap agar majlis perkahwinan mereka nanti berjalan lancar sebagaimana yang diharapkan terutamanya alam berdepan cabaran COVID-19.
“Harapan saya, keadaan COVID-19 semakin reda apabila tiba waktu kami diijabkabulkan. Jadi, tiada masalah untuk tetamu merentas negeri.
“Alhamdulillah, banyak perkara yang saya belajar ketika membuat persiapan perkahwinan. Apapun, saya hanya ingin Uqasha gembira kerana dia mempunyai majlis perkahwinan impian.
“Apa temanya, biarlah menjadi rahsia terlebih dahulu, insya-Allah kami akan umumkan apabila tiba masanya,” kata Kamal.
Sumber: Media Hiburan |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kan elok gini. Terus terang dh ada persiapan itu ini. Takyah acah2 rahsia rahsia tapi acah2 spill sikit2 sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Kan senang bgthu...smoga dipermudahkn urusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukit tinggi is it. heheh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ker Uqasha nak kawin Kamal ni? Tak rasa membazir kecantikan ker tak dapat tangkap jerung? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan bab2 nikah... Dan semoga jodoh panjang hingga ke Jannah. |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter: Betul ker Uqasha nak kawin Kamal ni? Tak rasa membazir kecantikan ker tak dapat tangkap jerung?
Ai think they both look good togeder. Takyah la jerung. Kecuali hadap nikoh jantan tua kerepot jadik nombor 2 ka 3.
|
|
|
|
|
|
|
|
ko nih..dah dah laa..x semestinya org cantik kena kawin ngan org kaya..ada gak yg tak cantik..dapat gak orang kaya dan ada yg kurengg kaya dapat bini cantik..percaya lah jodoh rahsia Allah..opss kalu ko muslim laaa
|
|
|
|
|
|
|
|
kesah pulak aku. sekarang org dok mabuk dgn pernikahan jahlop serba putih tu. dia ni kawin tak penting pon bg aku |
|
|
|
|
|
|
|
betui sis..nak muntoh ijo dah bila org cakap nak tangkap jerung,,hishhh..jerung2 pun banyak dah kena tangkap sbb rasuah..so the chances are slimmer than before
|
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter: Betul ker Uqasha nak kawin Kamal ni? Tak rasa membazir kecantikan ker tak dapat tangkap jerung?
Dah pernah menangkap jerung tp jerung melepaskan diri hihihi.. Lg pon okay apa dua ni, sesuaiii |
|
|
|
|
|
|
|
The chateau ke? Jangan dekat japanese village yang haus tu sudah dik, penat rombongan sedara mara nak naik mendaki semua ujung2 takde rupa japanese mana pun kat atas tu, japanese pun takde. Yang ada cina dan melayu berkimono. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara uqasha and nelissa aku lagi suka rgk uqasha berlakon...watak dia mcm2... |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 31-3-2021 05:46 PM
Antara uqasha and nelissa aku lagi suka rgk uqasha berlakon...watak dia mcm2...
Nelydia sis..nelissa adik jah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by msdummy.2018 at 31-3-2021 06:41 PM
Temenung replied at 31-3-2021 06:26 PM
Nelydia sis..nelissa adik jah
Ahahhahaha..sis malu ..salah nama plak....hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 31-3-2021 05:46 PM
Antara uqasha and nelissa aku lagi suka rgk uqasha berlakon...watak dia mcm2...
Nelydia adik uqasha
Nelissa adik Hajah neeLofa
|
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 31-3-2021 04:16 PM
Betul ker Uqasha nak kawin Kamal ni? Tak rasa membazir kecantikan ker tak dapat tangkap jerung?
Hahahaha gitu ya? Dah cuba banyak tp xlekat |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 31-3-2021 04:32 PM
kesah pulak aku. sekarang org dok mabuk dgn pernikahan jahlop serba putih tu. dia ni kawin tak penti ...
Ko ketinggalan. Dah habis lah bab putih. Now bab ke langkawi dan chatime laaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 31-3-2021 04:39 PM
The chateau ke? Jangan dekat japanese village yang haus tu sudah dik, penat rombongan sedara mara na ...
Betoi la sangat. Penat dulu iols mendaki. Bawa anak sedara punya pasal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|