CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Mamah Dek Usia, Nasha Aziz Tetap Unggul!

31-3-2021 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32419| Komen: 165

Susah betul nak mengikuti perkembangan peragawati dan pelakon Malaysia, Nasha Aziz. Manakan tidak, Nasha tidak sama artis-artis tempatan yang lain yang aktif di media sosial.  



Seperti mana yang kita tahu, Nasha Aziz akan memasuki usia 50 tahun pada Mei ini, namun dia kelihatan seperti tak dimamah usia dan kekal seperti remaja. 

Kecantikan luar biasa Nasha telah dibuktikan melalui sebuah foto yang dimuat naik oleh jurusolek profesional Khir Khalid tanpa suntingan dan filter. 

Murai MY cuba mendekati Khir sebagai jurusolek artis atau ‘makeup artis’ yang bertanggungjawab memberikan sentuhan magis pada wajah Nasha sehinggakan dia kelihatan luar biasa.

Siapa sangka selepas 10 tahun, Khir akui dia sangat teruja kerana berpeluang bekerja semula dengan wanita yang merupakan inspirasi buatnya. 





“Bagi saya nasha seorang sukar untuk didekati. tetapi sebagai seorang makeup artis, saya begitu teruja bila dapat tahu akan bekerja dengan Nasha.

“Ini kerana pada zaman kegemilangannya di era-90an, dirinya menjadi dambaan ramai untuk menjadi penghias kulit majalah, iklan TV, dan bila jadi pelakon, dia menjadi rebutan pengarah filem terkenal,” katanya kepada Murai my.

Bertanya mengenai penampilan Nasha yang luar biasa pada foto tersebut, ini rahsia yang dibongkarkannya.

“Sebenarnya, solekan pada wajah Nasha sangat minimalis dan tidak begitu tebal. Matlamat saya hanya mahu menjadikan Nasha umpama bidadari dan semua orang tahu dia memang cantik secara semula jadi.

“Walau bagaimanapun, semasa wajah Nasha disolek, saya menggunakan ‘face tape’ untuk menegangkan wajahnya supaya nampak lebih menawan selain menggunakan teknik makeup ringkas dan polos. Cuma saya hanya tambah seri wajahnya dengan ‘highlighter," kongsinya.

Akui lebih senang bekerja dengan artis-artis lama, Khir berkata, mereka mempunyai pesona yang tidak ada pada artis zaman sekarang.

“Cara mereka datang ke set, dan mereka akan biarkan makeup artis untuk buat apa-apa pun di wajah mereka.

“Zaman dah berubah, tapi saya sangat rindukan pesona artis-artis zaman dahulu. Memang berbeza!” katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan Nasha, Khir mendedahkan, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-17 ini sememangnya sangat berbakat dalam menjiwai watak.

“Terus terang saya cakap, Nasha ada karakter tersendiri. dia akan mesra dengan orang sekitarnya. kalau bercakap pasal cerewet, sudah semestinya setiap artis itu harus teliti dan pandai memilih. tetapi nasha tahu dengan siapa dia bekerja malah dia kenal siapa yang hebat dalam industri ini. dia tahu hasil kerja orang yang bekerja dengannnya. bagi saya, tiada masalah tatkala bekerjasama dengannya.

“Mungkin ramai tak tahu, nasha seorang yang sangat ceria. sangat mengagumkan, dari hasil solekan di wajahnya, nasha mampu membawa watak tertentu ketika dia menggayakan dirinya ke cermin. tak kira sama ada menjadi model atau pelakon, dia akan membawa watak dengan berkesan. Itulah Nasha Aziz, tetap unggul sampai bila-bila," katanya.


Foto Oleh Khir Khalid Untuk Rizman Ruzaini Couture Raya 2021:






Dibanjiri kata-kata pujian di ruangan komen di Instagramnya, Khir akui dia sangat berbangga dengan hasil kerjanya. 

“Untuk menjadi makeup artis profesional tidak semestinya perlu terkenal di sosial media. yang paling penting perlu ada kemahiran dan pengetahuan asas untuk mencantikkan seseorang. bukannya dengan menggunakan teknik suntingan pada gambar untuk nampak cantik. Ternyata itu palsu! sebagai makeup artis, anda harus tunjukkan betapa hebatnya anda tanpa memalsukan wajah seseorang di sosial media. Berani saya kata, hampir 70% gambar-gambar solekan di sosial media itu ada bohong.

“Saya masih berbangga dengan hasil kerja saya yang kekal hingga kini hampir lebih 20 tahun dalam industri ini. Alhamdulilah, saya tetap menyayangi kerjaya saya sehingga sekarang," ujarnya


Sumber: Murai
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sofyayra 31-3-2021 01:55 PM
Lawa make up gini. In fact nasha masa dulu mmg lawa, suka style dia masa cerita laila isabella
Quote cicicumel 31-3-2021 01:57 PM
unggul apa jer? ..filem apa yg betul2 memorable she berlakon?mcm xde je...
Quote ReginaGeorge 31-3-2021 02:02 PM
Brapa kali dia alter hidung dia ye {:hooray
Quote bulalof 31-3-2021 02:04 PM
the power of make up.
Quote ren14 31-3-2021 02:06 PM
ReginaGeorge replied at 31-3-2021 02:02 PM
Brapa kali dia alter hidung dia ye {:hooray

tu la kan
seram iols tengok hidung dia
Quote bambimo 31-3-2021 02:08 PM
Iols ada soft spot dgn nasha.. Dia x sombong..lawa xperlu pakai makeup pun kulit flawless.. Tp tu la.....
Quote sharlenetexas 31-3-2021 02:08 PM
cicicumel replied at 31-3-2021 01:57 PM
unggul apa jer? ..filem apa yg betul2 memorable she berlakon?mcm xde je...


Tauke kelab malam Gerak Khas The Movie.
"Datang cari makan ke?" Tanya Suzana.

Sekuel pastu Ida Nerina jadi tauke dadah dan konco militan.

Quote Temenung 31-3-2021 02:13 PM
Mcm dah lama x tgk laila isabella.cinta luar biasa.dedulu astro rajin gak tayang.skarang dah xde pulak
Quote naina 31-3-2021 02:14 PM
Aku suka dia berlakon dulu2. MCM manjahhhh gituu. Cakap dia comel..dia unik la
Quote whadda 31-3-2021 02:15 PM
laila isabella.. sangat memorable
Quote Nenasketum 31-3-2021 02:16 PM
Muka latest ni macam Sajad kawen ngan Alicia’perasan namatey’ Amin dan dapat anak.
Dah kluarkan silicon kat pipi kot. Nanu jer tetap rupa skeri gittew.
Quote sukacactus 31-3-2021 02:21 PM
Lawa dia dr dl (even ada jg alter sana sini)
Dedulu jd model dlm mag remaja, zaman xfamous lg dia pakai nama noraisha aziz
Quote niena90 31-3-2021 02:24 PM
Nampak cantik je dia posing buka mulut skit. Cuba fakenis posing mulut melopong muka kejung tak jadi dia tu sgt la annoying
Quote kaoru44 31-3-2021 02:25 PM
I ingt dia time blakon cter buli dgn afdlin shauki tu..
Quote ketambangkang 31-3-2021 02:36 PM
teringat kes si jebon pasang cctv kat rmh dia
Quote Kampungpeoplesz 31-3-2021 02:39 PM
Shim su-ryeon's twin! Hukhuk Tp sis nasha tetap paling jelita di mata meolls yach
Quote ezacbee 31-3-2021 02:40 PM
kaoru44 replied at 31-3-2021 02:25 PM
I ingt dia time blakon cter buli dgn afdlin shauki tu..

Dr. Ika, cian kena buli dgn bf si Jalal.
Quote 3480 31-3-2021 02:44 PM
Dh rupa anju
Quote kaoru44 31-3-2021 02:45 PM
ezacbee replied at 31-3-2021 02:40 PM
Dr. Ika, cian kena buli dgn bf si Jalal.

I 1st time tgok afdlin blakon..ingtkn dia mmg berisi mcm tu..rupanya time muda kurus..

Lihat semua komen(165)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.040829 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top