CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Dihukum Sekolah Kerana Gunting Rambut Terlalu Pendek

31-3-2021 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2523| Komen: 13

Seorang ibu mendakwa pihak pengurusan sekolah menghukum anaknya dengan meletakkan pelajar itu di dalam bilik pengasingan hanya kerana rambutnya dipotong terlalu pendek.


Kredit foto: Tristan Potter / SWNS


Lapor Metro, seperti individu lain, Niall tidak dapat pergi ke kedai gunting rambut atau salon susulan perintah berkurung akibat Covid-19 yang dilaksanakan di Britain sebelum ini.

Sehubungan itu, ibunya, Hannah Clews, 33, terpaksa menggunting sendiri rambut anaknya pada 19 Mac lalu iaitu sehari sebelum sesi persekolahan bermula.

Namun, pada hari pertama persekolahan, guru di Sekolah Tinggi St Michael’s Church of England menempatkan pelajar berusia 12 tahun itu di dalam bilik pengasingan kerana rambutnya terlalu pendek. 

Clews dari Rowley Regis di West Midlands mendakwa anaknya diletakkan dalam bilik berkenaan sepanjang hari termasuk waktu rehat dan tidak dibenarkan keluar langsung.


Polisi sekolah memaklumkan rambut pelajar dikehendaki mempunyai warna tunggal, semula jadi dan tidak terlalu pendek berbanding gred dua serta tidak dibenarkan membuat gaya rambut ‘melampau’.


Tristan Potter / SWNS

“Saya bukan tukang gunting, saya hanya memotong rambut di bahagian tepi agar kelihatan rapi apabila ke sekolah kerana anak saya tidak berasa selesa dengan rambutnya yang semakin panjang. 

“Saya sedar ia melanggar polisi namun sekali lagi ingin tegaskan bahawa saya bukan tukang gunting dan tidak berniat untuk memotong terlalu pendek,” katanya.

Sementara itu, pengurusan sekolah memaklumkan Niall harus berada dalam bilik pengasingan tanpa dibenarkan untuk bertemu dengan rakan ketika waktu rehat sehingga rambutnya panjang semula.


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 31-3-2021 12:41 PM
Ni bukan kes terlalu pendek rasanya tapi kes cikgu geram tengok jambul kerintingnya tu, takut bakal jadi style ikut-ikutan seisi sekolah pulak nanti.
Quote Dwdrum 31-3-2021 12:44 PM
Trending kan sekarang rambut instant noodles...
Quote alesandra 31-3-2021 01:21 PM
buruknya rambut ko nak.nanti bila ko tua ..ko akn menyesal
Quote tikusmontok 31-3-2021 01:23 PM
diasing kerana menimbulkan kegusaran di klgn student, dah mcm bulu jembut.
Quote whadda 31-3-2021 04:00 PM
dah alang2 nak pendek nape tak ditarah je selonggok depan tu
Quote notM 31-3-2021 04:02 PM
Pendek sangat pun x boleh.....sebab USA takut dengan North Korea
Quote lavendernovella 31-3-2021 04:46 PM
Hiya Ginger!!
Quote skinsandstars 31-3-2021 05:37 PM
ala.mak nak femes, anak pun sama. apa jenislah potong rambut camtu. yang atas dan depan tu tetaplah berjurai, takde pulak anak kau rimas ye.
Quote aderaderker 31-3-2021 05:47 PM
Hi Twinnies..

IMG_20210331_174555.jpg
IMG_20210331_174546.jpg

Quote angelofish 31-3-2021 06:22 PM
nama sekolah pon ada unsur unsur church...cuba bayangkan jika eropah masih di kuasai gereja.sekular tak wujud...
Quote rosmahisham 1-4-2021 10:17 AM
Buruk naw rambutnye..udoh la muka cam gitu..klu aku jd cikgu nye pon geramm
Quote depresio 1-4-2021 11:15 AM
Gaya melampau
Tu je
Quote putriTS 1-4-2021 11:23 AM
Bukan sebab rambut tepi yg shaved tu...rambut atas tu yg serabut xnak pulak pendekkan.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057756 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top