CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin parah, lebih 500 orang sudah terkorban di Myanmar

31-3-2021 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2274| Komen: 8

Description: YANGON: Lebih 500 orang maut dalam siri demonstrasi bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera Myanmar, menurut kumpulan pemerhati tempatan hari ini.



YANGON: Lebih 500 orang maut dalam siri demonstrasi bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera Myanmar, menurut kumpulan pemerhati tempatan hari ini.

Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik (AAPP) mengesahkan 510 orang awam sudah terkorban tetapi tidak menolak angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Pada 1 Februari lalu, tentera merampas kuasa selepas menahan Aung San Suu Kyi yang juga Kaunselor Negara dan Presiden Myanmar, Win Myint.

Ia selepas tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu.

Tentera Myanmar kemudian mengisytiharkan darurat selama setahun dan melantik Panglima Angkatan Tenteranya, Jeneral Min Aung Hlaing sebagai pemangku Presiden.


Susulan itu, demonstrasi tercetus di seluruh negara bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) juga sudah menangguhkan perjanjian perdagangan dengan Myanmar, selepas lebih 100 orang terkorban pada demonstrasi, hujung minggu lalu.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa dunia untuk mengenakan tekanan kepada junta tentera Myanmar. - AFP


Sumber : Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 31-3-2021 01:36 PM
jgn nanti lari beramai-ramai ke Malaysia sudah lah.......
Quote kelapaparut 31-3-2021 01:43 PM
xpe, malaysia leh bg kerakyatan siap lot rumah baru di pulau peranginan indah lg, kalu nasib baik anak2 boleh sekolah malaysia keje kjaan jd menteri
Quote chinta89 31-3-2021 02:55 PM
kasihan kepada yg tak bersalah
Quote misuke 31-3-2021 10:11 PM
Hati kering sungguh puak hamjad ni
Quote Wimoon 1-4-2021 12:56 AM
Nasib sempat pergi myanmar tahun lps sebelum covid n sana still aman damai.. Rasa sedih pulak jd mcm ni. Teringat pulak kteorang punya driver tuktuk dekat Bagan n Mandalay mcm mana lah hidup dorang skrng ni.
Quote supernaturalee 1-4-2021 10:21 AM
Wimoon replied at 1-4-2021 12:56 AM
Nasib sempat pergi myanmar tahun lps sebelum covid n sana still aman damai.. Rasa sedih pulak jd mcm ...

time2 covid mengganas ke uol pegi

misi kemanusiaan ke ape tu

Quote Wimoon 1-4-2021 04:44 PM
supernaturalee replied at 1-4-2021 10:21 AM
time2 covid mengganas ke uol pegi

misi kemanusiaan ke ape tu

Tak mengganas lg covid masa tu n myanmar masa tu 0 kes covid.selang 2 minggu balik dr sn baru msia buat pkp.
Takde misi kemanusian ke ape..sje buat misi backpacking lihat negara org.
Quote supernaturalee 1-4-2021 04:50 PM
Wimoon replied at 1-4-2021 04:44 PM
Tak mengganas lg covid masa tu n myanmar masa tu 0 kes covid.selang 2 minggu balik dr sn baru msia ...

Owh
Travel


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.169840 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top