CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aiman Tino Tak Main-main Lompat Bidang Perniagaan Makanan

30-3-2021 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6228| Komen: 23

Penyanyi Aiman Tino menegaskan dia serius menceburi bidang perniagaan makanan kerana tidak mahu bergantung sepenuhnya dengan pendapatan sebagai penyanyi dan pelakon.

Menurut Harian Metro, pembukaan cawangan kedua kedai Char Kuey Teow di Masok Food Court Kg Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini membuktikan Aiman, 23, atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri tidak main-main.



Kredit foto: IG Aiman

"Dalam berniaga ini perlukan modal besar. Jadi saya terpaksa gunakan wang simpanan untuk melabur bagi memulakan perniagaan ini. Orang kata saya buat dan tawakal saja. Tapi, jangan main-main. Perniagaan ini saya nampak sesuatu yang besar, sasaran saya pun besar.

"Jadi, saya keluarkan simpanan yang ada. Bukan nak kata banyak duit, tapi adalah simpanan sebelum ini. Alhamdulillah, saya beringat juga untuk menyimpan sejak mula menyanyi. Kalau tidak menyimpan, tak tahu lah boleh buat bisnes macam sekarang atau tak," katanya yang turut bekerjasama dengan rakan kongsi.


Katanya yang menjadikan perniagaannya itu sebagai 'back up', dia bakal membuka di beberapa lokasi lain selain di AEON Wangsa Maju dan di Kampung Baru.

Walaupun bukan sesuatu yang mudah, Aiman mengakui masih banyak perlu dipelajarinya dan dilakukan untuk memajukan diri.



"Namun, dalam kerjaya saya masih menyanyi dan berlakon. Tiada masalah untuk buat semua dalam satu masa," katanya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote crossline 30-3-2021 09:05 AM
Yang kat AEON Wangsa Maju tu kat mana? Dlm AEON ke luar AEON ke? Meols mmg minat Kuey Toew.
Quote September14 30-3-2021 09:07 AM
Lama x g kg baru

Quote bulalof 30-3-2021 09:14 AM

every weekend sentiasa sesak dgn pengunjung.
Quote LadyCarefree 30-3-2021 02:20 PM
Pandai ke dia masak atau bg orang guna nama je? Dulu bukan ke dia ada biznes apa ntah yg tokey bg kereta?
Quote belacan_gurl 30-3-2021 02:28 PM
crossline replied at 30-3-2021 09:05 AM
Yang kat AEON Wangsa Maju tu kat mana? Dlm AEON ke luar AEON ke? Meols mmg minat Kuey Toew.

Aku ada gak nmpk banner si aiman ni.. dari bawah ehhh tu kan aiman tino..sekali dah nk sampai baru tau banner hahahahaha
Quote cempakaa 30-3-2021 02:30 PM
boleh la try nanti. my fav!
Quote Geeayden 30-3-2021 02:36 PM
Bolehlah dtg mkn kat situ
Quote Boomibulat 30-3-2021 02:58 PM
crossline replied at 30-3-2021 09:05 AM
Yang kat AEON Wangsa Maju tu kat mana? Dlm AEON ke luar AEON ke? Meols mmg minat Kuey Toew.

Dlm AEON foodcourt tingkat paling atas..
Quote krimkraker 30-3-2021 05:36 PM
Boomibulat replied at 30-3-2021 02:58 PM
Dlm AEON foodcourt tingkat paling atas..

Lame nyer xpi AEON wangsa maju...bole la jejak kaki sana nanti...
Quote crossline 30-3-2021 05:43 PM
Boomibulat replied at 30-3-2021 02:58 PM
Dlm AEON foodcourt tingkat paling atas..

Tqvm info. Ok nak try.
Quote LostStar 30-3-2021 05:43 PM
kalau dari kedai dia sendiri kat kuala kubu tu mmg sedap dedulu beli.. sanggup tu keluar gunung singgah ke sana.. siap tapau la dua tiga bungkuih utk family..
Quote Normabaru 30-3-2021 05:44 PM
Dkt kg baru ada kedai makan ara..meat cartel si bamtah..  Tp mahai... Laksa sarawak si pelakon apentah tu pon kt sini gk.. Huhu
Quote Normabaru 30-3-2021 05:51 PM
Boomibulat replied at 30-3-2021 02:58 PM
Dlm AEON foodcourt tingkat paling atas..

Reasonable x price dia?
Quote Perawankota 30-3-2021 11:18 PM
Pernah try yg kat dalam Aeon tu.. Maaf lah, rasa biasa2 sangat.. Harga blh lah harga food court.. Aku lagi suka makan char kuey tiaw Malis corner or Sany titiwangsa
Quote swimswim 31-3-2021 07:25 AM
Aku lebih minat nk tau apa tulisan dkt baju dia.. Adakah 'tak perlu stim guys'?
Quote laksmanabentan 31-3-2021 08:46 AM
LostStar replied at 30-3-2021 05:43 PM
kalau dari kedai dia sendiri kat kuala kubu tu mmg sedap dedulu beli.. sanggup tu keluar gunung sing ...

betul2.... balik2 dari bukit kutu tu mmg port wajib aku la....
tapi aku paling suka asam pedas dia...
perhhh... aku boleh hirupp kuah tu sampai licin....
hahahhahaha.....


Quote Boomibulat 31-3-2021 10:36 AM

Sorry x pnh try lg..
Quote chinta89 31-3-2021 03:02 PM
hrp bniaga btl2 la jgn x jaga kualiti then bungkus, ramai artis mcm ni
Quote hasniey 31-3-2021 03:31 PM
Ai pon suke kuetiaw.
Kalau msk sedap laku je dikk

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.053140 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top