CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Terkejut X-Ray Tunjuk Mata Pisau Tertanam Di Dada

30-3-2021 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2644| Komen: 8

Description: Seorang lelaki dari Filipina terkejut apabila mengetahui mata pisau sepanjang empat inci atau 10 sentimeter tersangkut dalam dadanya selepas melakukan pemeriksaan imbasan x-ray.
Seorang lelaki dari Filipina terkejut apabila mengetahui mata pisau sepanjang empat inci atau 10 sentimeter tersangkut dalam dadanya selepas melakukan pemeriksaan imbasan x-ray. 


Lapor Oddity Central, Kent Ryan Tomao, 25, berasa keliru apabila doktor memaklumkan bahawa sebuah objek menyerupai mata pisau tersangkut dalam dadanya dan berhampiran dengan satu daripada paru-parunya.


Kredit foto: Oddity Central

Tomao menjalani pemeriksaan x-ray itu bagi memohon kerja di lombong di Agusan del Sur dan tidak pernah menyangka mengalami masalah demikian.      

Lelaki itu memberitahu doktor, dia kadang kala mengalami rasa sakit seperti ditikam di bahagian dada ketika musim sejuk namun tidak terlalu memikirkan mengenai perkara itu.


“Saya selalu tertanya-tanya mengapa saya merasakan sakit di bahagian dada ketika musim sejuk, tetapi saya tidak menyangka ada pisau di dalam dada,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia mengetahui bagaimana pisau itu berada dalam dadanya, Tomao berkata, dia pernah menjadi mangsa tikaman setahun lalu.

Tomao mendakwa, ketika kejadian yang berlaku pada Jun tahun lalu dia sedang menunggang motosikal ketika diserang dan ditikam oleh sekumpulan orang muda.

Menurutnya, dia tidak dapat mengingati dengan jelas kejadian itu kecuali ketika dia hampir maut apabila dikejarkan ke hospital dan kini berharap mata pisau itu dapat dikeluarkan supaya dia boleh memohon pekerjaan di lombong berkenaan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 28-3-2021 11:23 AM
rugi nya..boleh saman juta juta
Quote batmana 28-3-2021 12:40 PM
ada +ve, -ve org cmni, jenis redha, tkmo susahkn dktor tu, bagi dia smua org buat silap, mmg pemaaf org cmni.

cube klu kene ngn org lain, mau disaman juta2, smpai lesen dktor tu mgkin ditarik
Quote darkness 28-3-2021 01:08 PM
Teruk jgla kalau sampai dah masuk hospital, tak kena xray..kalau sy dah la komplen hosp
Quote noor2 28-3-2021 02:16 PM
Mungkin dia rasa terhutang budi... doktor tu telah menyelamatkan nyawanya walau tertinggal pisau...teringat pula video polis melepaskan penjenayah yg menyelamatkan nya masa tercekik...
Quote Jitu 28-3-2021 03:24 PM
fuhhh ngeri
Quote notM 28-3-2021 03:28 PM
Pelik sepelik muka
Quote axl_bach 28-3-2021 03:32 PM
Mcm kat perut jer....kat bawah diafragma tu
Quote Jorja 31-3-2021 06:53 AM
Dah setahun dah ada kt dalam badan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.066116 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top