View: 1892|Reply: 8
|
[Dunia]
Lelaki terkejut. Imbasan X-ray, pisau empat inci tertanam dalam dada dan sangat
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 28-3-2021 02:48 AM
Pisau empat inci di dada
https://www.hmetro.com.my/global ... -empat-inci-di-dada
Disiarkan pada: Mac 28, 2021 @ 7:10am
Agensi
Ujian sinar X menunjukkan pisau tertanam dalam dada Kent
Manila: Seorang lelaki Filipina yang mengalami sakit dada terkejut sebaik imbasan sinar X mendapati objek menyerupai pisau sepanjang empat inci tertanam di dadanya.
Portal Oddity Central melaporkan Kent Ryan Tomao, 25, bingung ketika doktor memberitahu ada objek menyerupai pisau tersangkut di dadanya dan sangat dekat dengan satu daripada paru-parunya.
Dia menjalani ujian sinar X yang diperlukan sebagai syarat memasuki kerja di lombong Agusan del Sur dan tidak pernah membayangkan ada sesuatu yang tidak kena dengannya.
Dia memberitahu doktor di bandar Kidapawan, dia kerap mengalami sakit dada yang mencucuk terutama cuaca sejuk, tetapi tidak terlalu memikirkannya.
Namun dia tidak menyangka ada pisau di dadanya.
"Saya selalu tertanya-tanya kenapa saya sakit di dada ketika cuaca sejuk, tetapi tidak tahu ada pisau di dada," kata Tomao kepada sebuah stesen radio tempatan.
Ketika ditanya adakah dia tahu bagaimana pisau itu berada di dadanya, Kent memberitahu dia pernah menjadi mangsa tikaman setahun yang lalu.
Dia mendakwa menunggang motosikal sekitar Jun tahun lalu sebelum diserang dan ditikam sekumpulan lelaki.
Dia tidak banyak mengingati kejadian itu kecuali hampir terbunuh dan dibawa ke hospital, dan doktor berjaya menyelamatkannya.
Kent selalu menganggap doktor sudah melakukan semua ujian yang diperlukan sebelum membenarkannya keluar hospital dan tidak pernah membayangkan mereka meninggalkan pisau di dadanya.
"Inilah jawapan kenapa saya kerap sakit dada ketika cuaca sejuk," katanya.
Walaupun penemuan itu mengejutkan, lelaki itu mengatakan dia tidak mempunyai rancangan untuk mengambil sebarang tindakan ke atas doktor yang merawatnya selepas kejadian tikam itu.
Malah dia menolak untuk mendedahkan identiti doktor berkenaan sebagai langkah keselamatan buat dirinya.
Apa yang diingini sekarang adalah mengeluarkan pisau itu supaya dia dapat bekerja di lombong berkenaan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rugi nya..boleh saman juta juta |
|
|
|
|
|
|
|
ada +ve, -ve org cmni, jenis redha, tkmo susahkn dktor tu, bagi dia smua org buat silap, mmg pemaaf org cmni.
cube klu kene ngn org lain, mau disaman juta2, smpai lesen dktor tu mgkin ditarik |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk jgla kalau sampai dah masuk hospital, tak kena xray..kalau sy dah la komplen hosp |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dia rasa terhutang budi... doktor tu telah menyelamatkan nyawanya walau tertinggal pisau...teringat pula video polis melepaskan penjenayah yg menyelamatkan nya masa tercekik... |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhh ngeri |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm kat perut jer....kat bawah diafragma tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dah setahun dah ada kt dalam badan |
|
|
|
|
|
|
| |
|