CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Layan Perasaan Ketika Karaoke, Tiba-tiba Mikrofon Meletup

30-3-2021 06:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3988| Komen: 19

Description: Kegembiraan seorang lelaki yang sedang asyik berkaraoke berakhir dengan tragedi apabila mikrofon yang dipegangnya secara tiba-tiba meletup dan mengeluarkan asap, lapor laman berita Suara Jogja, hari i ...
Kegembiraan seorang lelaki yang sedang asyik berkaraoke berakhir dengan tragedi apabila mikrofon yang dipegangnya secara tiba-tiba meletup dan mengeluarkan asap, lapor laman berita Suara Jogja, hari ini.


Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Instagram @smart.gram itu, lelaki berkenaan dilihat sedang duduk dan asyik menyanyi sambil ditemani oleh seorang lagi lelaki di sebelahnya.


Kredit foto: IG smart.gram

Secara tiba-tiba, mikrofon yang dipegangnya meletup sehingga mengeluarkan percikan api dan asap, lantas membuatkan lelaki itu terbaring.

Rakannya yang duduk sebelahnya kelihatan terkejut dengan insiden tersebut, lantas dengan segera berlari keluar, dipercayai untuk meminta bantuan.

Lelaki tersebut kemudiannya kelihatan menggerakkan badannya dengan keadaan dirinya yang masih terbaring.

Setakat ini, identiti dan keadaan mangsa masih tidak dapat dikenalpasti.


“Saat-saat berlakunya letupan ketika sedang asyik berkaraoke. Setakat ini, keadaan mangsa masih belum diketahui setelah berlakunya letupan tersebut,” tulis akaun @smart.gram dalam hantaran tersebut.

Sejak dimuatnaik semalam, video itu mendapat tontonan lebih daripada 100,000 kali dengan ratusan komen yang ditinggalkan oleh pengguna.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 30-3-2021 06:56 PM
Hidup ke x mamat tu?{:dot
Quote Perawankota 30-3-2021 07:24 PM
Takutnyaa... Selamat ke idok mamat tu
Quote Nenolen 30-3-2021 07:26 PM
Patutnyer jatuh kesian but berdekah2 kaka gelak
Quote Nenolen 30-3-2021 07:26 PM
Harap baik2 shj mangsa mikropon tu...
Quote capiloton 30-3-2021 07:50 PM
tengah layan perasaan ketika karaoke,
tiba tiba hantu keluar.

[youtube]fmetF5nXXzQ[/youtube]
Quote makneng 30-3-2021 08:35 PM
Sorry mak tergelak... Sbb mak bayangkan suara mamat ni perit.. Sampaikan mic pon boleh meletup. Awas!!!
Quote cupu 30-3-2021 08:45 PM
Hrpnya dia jatuh sbb terkejut shj dan luka kecil. Tak dpt bayang klu melecur muka atau pecah mulut... Malang nnggak berbau.
Quote notM 30-3-2021 08:48 PM
Kena sambar petir katanya
Quote Cieejiee 30-3-2021 09:48 PM
eee takutnyaa
Quote Carcosa 30-3-2021 10:23 PM
Kuatnyaaa. Kawan dia boleh blah gitu je
Quote notM 30-3-2021 10:35 PM
Carcosa replied at 30-3-2021 10:23 PM
Kuatnyaaa. Kawan dia boleh blah gitu je

Kawannya takut la tu...pi minta tolong ke apa
Quote watymuchaz 30-3-2021 10:39 PM
Tgk fb diaorg kata kena sambar petir ni.. Seram.. Kuat jgk letupan nya tu
Quote salmon-suki 30-3-2021 10:39 PM
Sore xsedap laa tu..{:smile{:smile{:smile
Quote kakikuDibibirmu 30-3-2021 10:41 PM
[youtube]ClcPuTipbrg[/youtube]
Quote pyropura 31-3-2021 02:33 AM
Nyanyi lagu apa tu? Seperti mati lampu kaa?
Quote Artemesiaa 1-4-2021 12:36 PM
Benda ciplak ler tu tak ada cop sah guna
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 11:30 AM
Uissshh pun ada jd mcm ni.
Quote supernaturalee 29-4-2021 12:03 PM
Dahsyat nyanyi smpi mic meletup

Soalan: lagu apakah yg dinyanyikan itu
Quote supernaturalee 29-4-2021 12:05 PM
kakikuDibibirmu replied at 30-3-2021 10:41 PM

Fazura eh org pertama yg bg standing ovations lps insiden tu

Btw power suara ziana
Tp x cam lagu ape yg dia nyanyi tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.284931 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top