CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Belajar YouTube: Tuang Minyak Tanah Pada Rambut, Budak 12 Tahun Mati Terbakar

30-3-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1701| Komen: 0

Description: New Delhi: Gara-gara terpengaruh dengan video di YouTube, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dari Thiruvanathapuram, Kerala, India maut akibat melecur ketika cuba meluruskan rambutnya.
New Delhi: Gara-gara terpengaruh dengan video di YouTube, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dari Thiruvanathapuram, Kerala, India maut akibat melecur ketika cuba meluruskan rambutnya.


Tribunews melaporkan mangsa dikenali Sivanarayanan pada mulanya sempat dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi akhirnya meninggal dunia.

Jurucakap polis memaklumkan, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas mangsa menuang minyak tanah pada rambutnya sebelum menyalakan api.

Namun, mangsa tidak bernasib baik apabila api itu tidak dapat dikawal menyebabkan dirinya terbakar.

"Mangsa dipercayai cuba meniru teknik (meluruskan rambut) selepas menonton video pendandan rambut di YouTube.

"Mangsa ke tandas untuk meniru aksi sama namun percubaannya tidak menjadi apabila api menyambar tubuhnya.

Gambar Hiasan


Menurut doktor, mangsa meninggal dunia akibat melecur teruk.

Difahamkan, teknik meluruskan rambut dengan cara itu popular dalam kalangan pendandan dan pereka fesyen rambut di Eropah.

Namun, orang ramai tidak digalakkan melakukannya tanpa bantuan pendandan profesional. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.166147 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top