CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa, Haris Bulan Madu Di Langkawi, Betul Ke?

30-3-2021 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22327| Komen: 132

Selepas tiga hari mendirikan rumah tangga dan ketika kisah perkahwinan mereka masih lagi diperkatakan, tular pula foto di media sosial yang mendakwa pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail selamat tiba di Pulau Langkawi.



Kredit foto: IG/Twitter

Menerusi Twitter, seorang penggunanya ada memuat naik tangkapan skrin satu posting dari laman Facebook yang memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah sedang jalan beriringan, dipercayai baru sampai ke pulau peranginan berkenaan.

“Betul ke ni? (selamat tiba di Pulau Langkawi). Kalau betul, happy honeymoon,” tulis pengguna Twitter terbabit.



Sementara itu, menerusi Facebook pula, seorang pengguna turut berkongsi beberapa keping fotonya bersama pasangan pengantin baru itu sambil meletakkan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai gambar-gambar tersebut.

Malah setakat ini, tiada sebarang muat naik dikongsi di media sosial masing-masing mengenai perkara itu.


Kredit foto: FB

Sabtu lalu, pasangan tersebut selamat diijabkabul dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan ahli keluarga usahawan itu akan dipanggil memberi keterangan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahannya, baru-baru ini.

Terdahulu, tular satu gambar di media sosial mendakwa majlis perkahwinan bekas hos program MeleTop itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN sehingga mendapat reaksi ramai.


Sumber: Media Hiburan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 29-3-2021 11:40 PM
Isa anak khan juga bakalan diboikot jadi patung cendana.
Quote krustykrab 29-3-2021 11:40 PM
Alang2 gi langkawi tu, blh la gi ziarah sedaraara kt bukit malut tu
Quote haruslah 29-3-2021 11:44 PM
Kalau guna agensi, x kena kobid ehhhh
Pastu, lopak ni dr pkpb kan
Ahhh lantak lah...bayau je 10k
Celah kuku dia je gamaknye
Quote sharlenetexas 29-3-2021 11:45 PM
krustykrab replied at 29-3-2021 11:40 PM
Alang2 gi langkawi tu, blh la gi ziarah sedaraara kt bukit malut tu

Tanya khabar
Quote delia3003 29-3-2021 11:47 PM
Bukan ke negeri2 PKPP je yg boleh makan angin rentas negeri guna agensi?
Quote Manjahati 29-3-2021 11:49 PM
Untungnya jadi org kaya
Quote gideoncross 30-3-2021 12:02 AM

Btul tu, buat apa2 msti x jdi ksalahan sbb duit dh ada dpn mta.
Quote Raman 30-3-2021 12:05 AM
Yizlamik sangat
Quote sfrnna 30-3-2021 12:16 AM
Wah rendah jugak jahlop kat dalam gambar tu ya. Selalu pakai kasut tongkol ja. Skrg baru nampak tinggi sebenar. Kecik ja orangnya
Quote slyfynx 30-3-2021 12:20 AM
Pakai mask pun hidung kuar.
Tu pun patut dah boleh saman langgar SOP kan
Quote bakingsoda 30-3-2021 12:21 AM
biasa la kayangan..terang2 tak leh rentas negeri sbb dari pkpb tapi pedehal stakat kompaun 10k tu. persoalannya asal pakai cam nak gi umrah, masih mengekalkan konsep jabal rahmah ke
Quote eizarz 30-3-2021 12:21 AM
bab* la undang2 mcm ni...ada org boleh rentas negeri sebab benda2 mcm ni...baik la tak payah pkp,pkpb,pkpp yg hanat takda kebaikan ni...
Quote hinata_holic 30-3-2021 01:25 AM
Ok NEXT!!!
Quote doubleA 30-3-2021 02:02 AM
eizarz replied at 30-3-2021 12:21 AM
bab* la undang2 mcm ni...ada org boleh rentas negeri sebab benda2 mcm ni...baik la tak payah pkp,pkp ...

Agree. Ada yg patuh, tapi ada juga yg bebas rentas atas sebab "ada kebenaran", baik tak payah kuatkuasa pkp kalau yg ada kabel boleh lepas, menyusahkan je
Quote tikusmontok 30-3-2021 02:34 AM
Dia ada urusan keje tu...lepasss
Quote haifawehbe 30-3-2021 04:39 AM
dia ni makin bangga langgar sop. mula2 majlis century skrg honeymoon rentas negeri.
kalau isa & risteena kene soal dgn polis tapi tidak pasangan usrah ni mmg double standard la..
Quote kakikuDibibirmu 30-3-2021 05:10 AM
Agensi pelancongan tu perah susu Neelofa tak?
Quote mijot 30-3-2021 05:56 AM
kayangan ni untung kan...polis asik siasat jer
rakyat marhaen lak, terus kena saman...
Quote Buritan 30-3-2021 06:17 AM
mijot replied at 30-3-2021 05:56 AM
kayangan ni untung kan...polis asik siasat jer
rakyat marhaen lak, terus kena saman...

Jd org kayooo ni huntung.... marilaa kita bramai ramei jd org kayooo..

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.148041 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top