Seorang suami tergamak meludah, menampar dan mahu mencekik isterinya hanya kerana lewat memasak rendang ayam yang dimintanya. Kejadian tersebut berlaku pada 21 Mac lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di rumah pasangan tersebut di Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang, Selangor.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada mulanya berlaku pertengkaran di antara mangsa yang berusia 66 tahun dan suaminya, 67 tahun. “Punca pertengkaran adalah kerana suspek berang dengan isterinya yang lewat memasak rendang ayam yang diminta. “Semasa pertengkaran berlaku, mangsa telah ditampar di pipi. Suspek juga telah duduk di atas badan mangsa dan meludah muka mangsa. “Suspek turut mahu mencekik mangsa namun telah dilawan dan terjadi pergelutan hingga jatuh dari katil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohamad Farouk, akibat pergelutan itu, mangsa telah mengalami sakit pada badan dan mempunyai kesan lebam di bahagian kanan dagu. Dalam pada itu, ujarnya, suspek menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kecing manis serta memerlukan suntikan insulin sebanyak empat kali sehari. “Mangsa tinggal bersama suspek dan juga ibu suspek yang lumpuh, berusia 86 tahun di rumah yang sama,” katanya. Tambahnya, suasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga. Sumber: Suara Merdeka
|
Friska replied at 28-3-2021 07:25 PM
Orang yang menderita hipertensi, jantungan dan diabetes tipe 1 gampang sekali emosi, senangnya marah ...
msel replied at 28-3-2021 07:39 PM
Baru je tadi jadi depan mata masa beratur nak bayar barang. Sepasang suami isteri beratur belakang a ...
mrsbale replied at 28-3-2021 07:42 PM
Wonder macammana la kat umah dgn anak2nye lagi kalau kat public pun mcmtu.
nurul_akmar replied at 28-3-2021 07:37 PM
Makcik, tinggalkan je la pakcik tu.. buat penat badan je.. dh la org x hargai.. siap kena pukul.. ke ...
chandrahusin replied at 28-3-2021 08:02 PM
.. memerlukan 4 suntikan insulin sehari
Terlepas insulin la ni
Hipo - tu yg boleh sawan baran
noor2 replied at 28-3-2021 07:35 PM
Amboi mbak Friska...mengutuk madu...hehe
Friska replied at 28-3-2021 08:39 PM
Bukan mengutuk Kakak, tetapi orang keliling pada cape menguruskan emosi penderita sakit kronis sep ...
Friska replied at 28-3-2021 08:39 PM
Bukan mengutuk Kakak, tetapi orang keliling pada cape menguruskan emosi penderita sakit kronis sep ...
ADVERTISEMENT