CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Sarah Imbau Zaman Susah- Duduk Rumah Flat, Bapa Jual Roti Canai

26-3-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23210| Komen: 114

"Sebak rasa bila jejak balik tempat saya dibesarkan dulu. Hampir 22 tahun saya dibesarkan di sini. Mungkin ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu saya sebenarnya dibesarkan di Keramat," kata penyanyi popular, Siti Sarah mengimbau kembali kehidupan lalunya sebelum berjaya bergelar usahawan.


Sarah menerusi Instagram berkata, dia pernah tinggal di rumah flat di Keramat ketika masih bersekolah dulu.

Foto: IG

"Inilah sekolah, tempat mengaji, tempat main, semua dekat dengan rumah ni. Awal-awal jadi artis pun inilah tempat saya tinggal. Semuanya bermula dari bawah. Mana ada terus hidup senang, semua kena ada usaha," tulisnya.



Menurut Sarah, dia juga sebak apabila mengingati kembali ketika bapanya menjual roti canai untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

"Ketika negara mengalami krisis kewangan dan ekonomi pada 1997, abah juga terkena tempiasnya. Dia tak ada kerja langsung. Nak berlakon, mengarah semua tak ada. Nak bayar ansuran kereta pun tak mampu ketika itu," katanya.



Sarah yang juga anak kepada penyanyi dan pelakon, Raisuddin Hamzah berkata, demi tanggungjawab, bapanya membuang rasa malu dan belajar cara membuat roti canai. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 26-3-2021 10:53 AM
prduk apa pulak yang nak keluar ni?
bagitahu la cepat nama produk supaya kami boleh blacklist awal2...

dah berpuluh tahun dalam industri baru nak cerita pasal asal usul susah dulu2...
sebelum ni takde pun nak cerita...

MO sama marketing recycle tahun 2019 sampai 2021
Quote Nana_Man 26-3-2021 11:12 AM
Pompuan ni pregnant ke buncit?
Quote opie5662 26-3-2021 11:13 AM
Start la cerita zaman susah dlu2.... Nk muntah
Quote JalaEmas 26-3-2021 11:14 AM
Nana_Man replied at 26-3-2021 11:12 AM
Pompuan ni pregnant ke buncit?

mengalami buncit barangkali
Quote Nana_Man 26-3-2021 11:23 AM
JalaEmas replied at 26-3-2021 11:14 AM
mengalami buncit barangkali

Hahhahaha.... kalau pregnant bagitau je lah... kalau buncit pun bagitau jgk.
Quote tikusmontok 26-3-2021 11:41 AM
dudaberhias replied at 26-3-2021 10:53 AM
prduk apa pulak yang nak keluar ni?
bagitahu la cepat nama produk supaya kami boleh blacklist awal2 ...

produk sabun basuh kot
Quote samshik 26-3-2021 11:49 AM
Ko sowang je ker yg susah dik??? Series I olls xphm.. Brp kali nk meratib susah deme ni laki bini..
Quote bottombikini 26-3-2021 11:53 AM
retis ni kalau tak cite zaman susah dia cite yg dia mmg tomboi sejak dari kecik yada yada

kretip la sikit skrip tu
Quote arffa 26-3-2021 11:58 AM
Nana_Man replied at 26-3-2021 11:12 AM
Pompuan ni pregnant ke buncit?

Nnampak macam pregnant, sebab cara jalan tu macam perempuan pregnant
Quote Plain-tif 26-3-2021 11:58 AM
Sudah2 lahhhh. Dulu dah pernah cite hidup susah, ni cite lagi. Sudah2 lahhhh!
Quote Muncahhh 26-3-2021 12:00 PM
Ooooo...nextt....
Quote cikperiukkera 26-3-2021 12:02 PM
dudaberhias replied at 26-3-2021 10:53 AM
prduk apa pulak yang nak keluar ni?
bagitahu la cepat nama produk supaya kami boleh blacklist awal2 ...

Nk kluarkan roti canai frozen versi chucky kotttttt.... yihhh sgt founder2 produk timbang kilo mmg suka throwback zaman2 susah ek. Dh tau sgt MO dorg ni.
Quote barfi 26-3-2021 12:06 PM
Ok jek aku tengok video dia tu.. takdela berlagak ke apa.. hak dia la nak throwback zaman susah ke.. walau aku tak minat dan tak follow pun IG depa, tapi biarlah itu hak dorang la.. nak cerita apapun kisah silam mereka.

Nampak cara jalan tu macam preggy.
By the way, forum cari ni makin lama makin sgt terserlah toksik.. semua org buat semua salah dimata forummers. Entah la
Quote missycutie 26-3-2021 12:15 PM
Nana_Man replied at 26-3-2021 11:23 AM
Hahhahaha.... kalau pregnant bagitau je lah... kalau buncit pun bagitau jgk.

ha3...tergelak aku
Quote Nana_Man 26-3-2021 12:17 PM
arffa replied at 26-3-2021 11:58 AM
Nnampak macam pregnant, sebab cara jalan tu macam perempuan pregnant

Nanti i tgk lagi cara dia jalan. Hehe
Quote gekkou 26-3-2021 12:39 PM
rajin betul buat karangan
peminat plak rajin pula baca

btw sarah, aku skang duduk umah flat jua
tidaklah mengenang nasib sedih pun
Quote Boomibulat 26-3-2021 12:42 PM
Budak flat bangun lah  ni..
Quote tobobon 26-3-2021 12:46 PM
actually flat yg sheols tunjuk dlm ig tu takdela pprt sgt... kalau ikutkan..zaman 80an dulu kira mcm kondo lah jugak
Quote bakingsoda 26-3-2021 12:51 PM
ayuh para wanita yg ingin bantu chucky menjadi lebih kayaaaa. lepas bayar dan ambil stok para wanita boleh kambus blkg rumah, kalau duduk rumah flat lempar dari balkoni koridor jah. betul tak @dudaberhias

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044781 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top