Kisah kecurangan dalam rumah tangga sering terjadi sehingga menyebabkan keretakan dalam hubungan suami isteri yang asalnya bahagia malah lebih menyedihkan ada juga yang berakhir dengan penceraian. Terbaru, seorang wanita dikenali sebagai Nurul Sakinah berkongsi tentang pengalamannya dicurangi suami menerusi sebuah video yang dimuatnaik di aplikasi Tiktok miliknya. Dalam video berkenaan, Sakinah mendedahkan dia telah menerima panggilan daripada seorang "runner" yang memaklumkan suaminya meminta untuk menghantar hadiah "kejutan". Penghantar atau "runner" yang sepatutnya membuat kejutan istimewa itu mendedahkan suaminya ada menghantar satu lagi tempahan kepada seseorang bernama "Aida Farhani".
Berang kerana rasa tertipu dan dicurangi, Sakinah memuat naik paparan skrin dari runner berkenaan serta bertindak membuang semua hadiah ke dalam tong sampah. Meninjau ke ruangan komen, warganet turut meluahkan rasa geram terhadap lelaki curang itu. Namun, ramai yang memuji tindakan "runner" yang tidak mahu bersubahat menipu seorang isteri yang telah dicurangi. Melalui status terkini, Sakinah ada memuat naik gambar bersama anak lelakinya dengan kapsyen : "Being a single parent made me stronger than before," Walau bagaimanapun, Sakinah menganggap kejadian yang menimpa dirinya merupakan satu petunjuk dari Allah untuk mendedahkan kecurangan yang berlaku. |
pistolairAbah: tak boleh harap punya runner. pecah amanah
apalancut replied at 26-3-2021 09:15 AM
feminism sgt seller nih. kalau laki tu nak anta kat scandal .. yang bakal dinikahinya apa masalah se ...
ally9970 replied at 26-3-2021 09:18 AM
Dosa tau meruntuhkan masjid...
Normabaru replied at 26-3-2021 09:12 AM
Maaf kaka xsetuju cara bdk ni..
Xprofessional. If xdpt hantar hubungi la sender.. Bkn another re ...
awanysss replied at 26-3-2021 10:28 AM
akak percaya post ni?
demi sesuap content di tiktok..
LadyCarefree replied at 26-3-2021 09:22 AM
Sebab tu la kalau ada bf atau suami, jangan serabotkan otak risau dicurangi atau ditinggalkan. Janga ...
LadyCarefree replied at 26-3-2021 09:22 AM
Sebab tu la kalau ada bf atau suami, jangan serabotkan otak risau dicurangi atau ditinggalkan. Janga ...
ADVERTISEMENT