Dalam dunia ini, terdapat pelbagai cara untuk menjamu selera mengikut adat dan budaya bangsa masing-masing. Ada yang mengunakan tangan untuk menyuap makanan, ada juga yang menggunakan chopstick atau penyepit dan paling ramai menggunakan sudu dan garfu selari dengan budaya barat. Makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang biasa di Malaysia dan negara-negara tetangga. Ia turut diamalkan di Timur Tengah, Afrika, Amerika Selatan dan beberapa negara lagi. Namun bagaimana pula jika makan makanan berkuah dengan hanya menggunakan tangan dan bukannya sudu? Ternyata, baru-baru ini video tular di Twitter memaparkan seorang gadis sedang makan laksa dengan menggunakan tangan telah menimbulkan perdebatan dan rasa pelik dikalangan sesetengah warganet.
Tapi sebenarnya tak ada apa yang pelik pun sebab kalau makan nasi kita boleh suap pakai tangan apa pula beza makan laksa pakai tangan. Lagi pun, difahamkan makan laksa menggunakan tangan adalah suatu perkara biasa di beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Johor. Itulah keindahan budaya masing-masing dan kita perlu hormati budaya orang baru lah orang pun akan hormati budaya kita pula. Yang penting bukan menjadi satu kesalahan pun tak gunakan sudu atau garfu ketika makan makanan berkuah. Janji, perut kenyang dan makanan tak bersepah. Betul tak? |
ADVERTISEMENT