CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shakilla Khoriri Bengang Dituduh Kekwat

25-3-2021 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5523| Komen: 21

Shakilla Khoriri mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada netizen yang mendakwa dirinya bersikap sombong ketika berada di luar atau pusat membeli-belah.

Hairan dengan tuduhan tersebut, Shakilla menjelaskan ada kala dia tidak menyedari orang yang di sekeliling kerana memberi tumpuan kepada anak perempuannya iaitu Ameena Sofia.




Pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri ini meminta agar semua pihak memahami situasi ketika itu dan tidak mengharapkan dirinya akan tersenyum sepanjang masa.

"Banyak sangat dekat DM yang kata nampak saya dekat sini, sana... tanya kenapa nampak sombong. Apa maksud you, I sombong? Dah la I pakai face mask, korang tak tahu pun reaksi muka I macam mana.

"Lagi satu, you tak ada sapa I pun macam mana you boleh cakap I sombong. Kedua, I kalau pergi mall... kalau seorang tu mungkin I berjumpa kawan atau meeting. Kalau tak... I dengan Fizi (suami) dan Ameena.


"Kalau I dengan Ameena, memang fokus I seratus peratus pada dia. Jadi I tak kan perasan orang di keliling sangat. Kalau ada yang sempat, i senyum. Janganla expect I senyum 24 jam," kata Shakilla.



Isteri kepada penyampai radio Suria FM itu berkongsi penjelasan tersebut menerusi video yang dimuat naik di laman Instastory miliknya.

Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun ini memberitahu tujuan dia berkongsi perkara itu bukan disebabkan marah namun hanya berasa keliru dengan niat mereka yang membuat tuduhan tersebut.

Malah, apa yang membuatkan pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador ini berasa lucu apabila terdapat antara mereka yang secara tiba-tiba mempersoalkan popularitinya.

"I tak marah... hanya cakap sebab kadang-kadang I tak faham, you ingat I ni nak sapa you macam mana ya. Ada yang kelakar... 'ni siapa ya, Shakilla? Shakilla Khoriri siapa ya?'.

"I tak kisah langsung kalau you tak kenal tapi you nak apa ya sebenarnya. I tak kisah kalau I tak famous... sebab I memang tak famous, I bukan berlakon untuk famous. Kalau famous, tak ada duit buat apa.

"I bukan marah... tapi cuba beritahu apa yang korang nak daripada selebriti bila jumpa di luar. Apa yang you nak kami buat? Kami juga manusia biasa, ada masa penat. I tahu, mesti ada yang kata I kekwat," ujarnya.


Kredit foto: IG Shakilla

Shakilla mendirikan rumah tangga dengan Fizi pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia yang kini berusia setahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 25-3-2021 11:21 AM
sapeni? {:nose
Quote maxim 25-3-2021 11:23 AM
kalau ko lalu sebelah aku pn xkenal ko sape sis..ingt indon sesat mana
Quote slyfynx 25-3-2021 11:34 AM
Ni yang konon2 buat video lawak baling pampers ade najis kat laki die tu kan?
Bangang
Quote JalaEmas 25-3-2021 11:34 AM
relevan lg ke sheols dlm industri..  sendurina
Quote Noraniza_Iblis 25-3-2021 12:04 PM
iollss slalu keliru sheols dgn Aishah Azman..
whatever laa dek.. ko tak kekwat pun..
mmg ko who are yusss sgt..
aku tak ingat satu jadah haram drama pun yg ko blakon...

yg aku ingt sbb laki ko helokk..tu je...
Quote anony-mous 25-3-2021 12:11 PM
Ya ampun sapo ni??? Nama xpnah dgr, muka xpenah nmpk. Dia sdri create gosip ni / byr wartawan ke siss??
Quote haryatie 25-3-2021 12:43 PM
sape dia ni ..retis ker
Quote September14 25-3-2021 01:10 PM
Ayooo ada ke org dm.. klu ada pun ntah2 x smpai 2 org.. ni spesis syura jgk kut
Quote tipah89 25-3-2021 04:00 PM
i oll dulu pernah la, pernahla kan follow ig dia ni,tapi sebab dia ni boring jadi i oll unfollow sajork
Quote Perawankota 25-3-2021 06:07 PM
Kenal tapi tak kenal.. So, tak perlu kot nak tegur klu terjumpa
Quote dudaberhias 25-3-2021 06:16 PM
Macam mana orang boleh ingat ko sombong sedangkan iols tengok pun who are yusss.

Delusional rasa diri popular ke macam mana?
Quote kivio 25-3-2021 07:52 PM
dudaberhias replied at 25-3-2021 06:16 PM
Macam mana orang boleh ingat ko sombong sedangkan iols tengok pun who are yusss.

Delusional rasa  ...

Kahkah tula pasal.
Aku nak komen pasal sumbangan biliyau pun, sumbang jadinya.
Kenal sangattt.
Quote MarissaOberlin 26-3-2021 09:54 PM
delusional nyahhh
hakak kalau nampak ko kat mall pun hakak be like ni mak budak mana ni haaa
Quote jiwakacau06 26-3-2021 10:19 PM
JalaEmas replied at 25-3-2021 11:34 AM
relevan lg ke sheols dlm industri..  sendurina

muka dia berderet kt tv kut...
Quote JalaEmas 26-3-2021 10:22 PM
jiwakacau06 replied at 26-3-2021 10:19 PM
muka dia berderet kt tv kut...

i see.. drama ape tu..
Quote kiah_mai_pulak 26-3-2021 10:22 PM
234126 replied at 25-3-2021 11:21 AM
sapeni? {:nose

retis ni mmg femess kat porem cari, tp produk kat TV ke filem, mana satu entah ada muka dia nehhhhh
Quote 234126 27-3-2021 06:34 AM
kiah_mai_pulak replied at 26-3-2021 10:22 PM
retis ni mmg femess kat porem cari, tp produk kat TV ke filem, mana satu entah ada muka dia nehhhh ...

sendu sungguh beliau. kikikiki
Quote cikbudu 27-3-2021 05:14 PM
Klu jmpe rasanya tengok2 gitu je la... Nk tego mgkin tak... Sowiii
Quote TerataiMelur02 27-3-2021 05:22 PM
Perasan sangat popular padahal senduuuu

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.106120 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top